Pengikut

Jumaat, 22 Mac 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Assalamualaikum

 Alhamdulilah, hari jumaat penghulu segala hari, hari yang penuh dengan keberkatan. Seperti biasa hari jumaat blog acik berkongsikan tentang cerita teladan dan kisah kisah pengajaran kepada kamu semua. Walaupon kamu kata kamu dah pernah tahu dan dah pernah baca tentang kisah nie, tak salah jika baca berkali kali. Kerana kita insan yang selalu terlupa dan tak salah pon bace berkali kali maka ilmu akan lebih bertambah. So apa lagi, jom bace tentang  9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

 
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
  YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Share This!


22 ulasan:

  1. kisah2 sebegini takkan pernah jemu dibaca dan diceritakan.. Maha Pemurahnya ALLAH SWT dan betapa kasih dan sayangnya Baginda SAW terhadap umatnya..
    rindu rasanya ingin bertemu Baginda SAW :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu begitu sayang baginda pad kita.... kita saje yang lupakan baginda

      Padam
  2. Salam,
    Menakutkan dan menginsafkan...Terima kasih Acik, perkongsian yg sungguh bermakna.

    p/s: Kenapa xde G+ share utk entri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm ... sama sama BM ..ada BM di bahagian atas header

      Padam
  3. tazkirah yang sgt bermanfaat,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah semoga dapat sedikit pengajaran :)

      Padam
  4. nice sharing bro..sgt berbeza dgn apa yg mnusia skrg mimpi..hehe

    BalasPadam
  5. xdpt byangkn diri sndri nnt mcm mane...
    papepon,thanx share acik.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome.. tak pe sama sama kita muhasabah diri

      Padam
  6. Nice sharing acik :') May Allah bless u...

    btw, tag acik kat sini
    http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/03/malaysias-next-top-lucky-blogger-by-mak.html

    BalasPadam
  7. Nice sharing Acik...terima kasih..selamat hari Jumaat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama selamat hari jumaat juga

      Padam
  8. assalamualaikum ... untuk peringatan kepada kita semua ...

    BalasPadam
  9. Terasa diri banyak kekurangan diri..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails