Assalamualaikum
Alhamdulilah
tiba kita pada penghulu hari, hari yang tenang dan penuh berkah ini, seperti
biasa acik akan kongsikan kisah kisah tauladan bersama agar kita mendapat
manfaatnya juga :). Bila baca tajuk lain semacam je kan ?? ahh baca dulu sampai abis baru tahu intipati cerita ini.Cerita ini penuh dengan tauladan dan memberi makna dalam
keikhlasan serta memberi sesuatu dalam menjaga dan menghormati tetamu. Jom kita bace .
Dikisahkan bahwa semasa berlakunya kekurangan
makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri
rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan
sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah
fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu
memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan
roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong
tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka
Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta
kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia
meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak
gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka
pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta
sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat
kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu
itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan
anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si
ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan
pakaiannya.
Pada
suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan
bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak
tahu bahwa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang
tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan
dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun
berkata, "Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tatacara
harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan
kiri."
Setelah
si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri,
walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar
suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba
Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana
Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu
itu."
Setelah
gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya,
dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun
makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa
menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke
rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka
sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka
sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi
kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan
kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia
datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu
berkah dan seribu rahmat."
25 ulasan:
Tetamu yg datang berziarah boleh menghapuskan dosa2 kecil kita.. sebab tu dalam akidah Islam, Allah suruh kita layan tetamu dgn sebaiknya dan penuh hormat :)
Maha Suci ALLAH..
kisah yang penuh tauladan dan pengajaran..
terima kasih atas perkongsiaannya ^_^
Salam Acik,
Tazkirah yg bermakna di hari Jumaat yg mulia. Solat Jumaat nanti jgn lupa sedekah ikhlas di masjid. Bersedekah...amal jariah utk pahala berterusan buat bekalan di alam barzakh dan di akhirat kelak dan perkongsian ilmu juga satu amal jariah.
p/s: Senyuman manis buat anda semua :) terimalah sedekah dari saya.
betul tu, kalau ada tetamu bwa rezeki tp kdg2 malu pula kalau ada tetamu yg dtg. Kena hapus sikap mcm ni.
rezeki tu milik Allah. jadi, jika ada lebih, apa salahnya bersedekah. :)
teringat kisah ni..sedekahlah dengan ikhlas dan penuh senyuman =)
feztime tahu pasal cerita ni
bagi yang mampu hulurkan sedekah yang ikhlas kpd yg kurang mampu, rezeki tu bukan utk kita sorang ja tapi utk org lain jgk..
Btw, nice sharing acik..May Allah bless u :)
cerita yg menarik...tu la kalau ada rezeki lebih, tak guna nak kedekut2...elok sedekahkan dekat org yg lebih memerlukan....
layan tertama dengan baik di tuntut oleh islam :)
alhamdulilah :) terima kasih kerana sudi membaca :)
wslm :) alhamdulilah ... terima kasih mengingatkan acik
tak pelah ..jangan malu2..layan baik tetamu dapat pahala
betul tu ..kalau ada lebih sikit ..tak salah kalau share kan sedikit kepada mereka yang betul2 memerlukan
betul tu ..jom senyum :)
ohh yeke ..harap dapat sedikit infoo
alhamdulilah.. terima kasih kerana sudi membaca :)
betul tu ..ada rezeki lebih kongsi bersama
Alhamdulillah cik akak dapat ilmu di hari jumaat nie..syukur sangat....
Berbalik kepada kisah di atas...Setiap apa yang kita sedekahkan dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T....Allah S.W.T akan balas dengan sejuta keindahan...gunakan sebaik-baik harta yang kita ada kerana harta itu amanah Allah...Setiap apa yang kita dapat cuma persinggahan dan amanah itu hendaklah dibahagikan untuk yang lebih memerlukan...
assalamualaikum ... yes , tetamu dtg bawa rezeki , tapi ada tuan rumah yg tak suka tetamu dtg . mcm dtg mintak mkn jer ... aduhai ...
Asalamualaikum. Bagus kisah ni.... Dijadikan panduan dan tauladan.
sedih dan sayu baca cerita ini. yang penting kita jangan hina orang :)
Sayu membaca entry acik ni. Thanks yer. Itulah rahmat Allah atas hambaNya yg taat tanpa merungut sedikitpun walaupun tangan dipotong...
Kisah yang bagus untuk kita semua..sedih jugak cerita ni..
Baru pertama kali baca. Banyak sangat2 faedah apatah lagi pahala apabila ketika bersedekah. SubhanaAllah.
Catat Ulasan