Lelaki Melayu Berlagak Membawa Kereta Mewah Dan Memaki Sesuka Hati | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Sabtu, 13 April 2013

Lelaki Melayu Berlagak Membawa Kereta Mewah Dan Memaki Sesuka Hati



Assalamualaikum

Selamat berehat di rumah kepada mereka yang bercuti dan selamat bekerja kepada mereka yang kena bekerja di hari sabtu nie. Alhamdulilah kerana masih lagi bernafas dan dapat melihat keindahan ciptaan ALLAH. Hari nie kami 1 kelas akan ke Sungai congkak bagi aktiviti kelas untuk merapatkan lagi hubungan kami sesama belajar mascom.

Bila teringat balik apa yang terjadi semalam ,rasa macam tak dapat lupakan saje apa yang di lakukan. Bukan tak nak maafkan tapi sebenarnya tak sanggup kerana sikap manusia yang berlagak mentang mentang kaya ada kereta besar. 

Macam gini sebenarnya, semalam malam acik pergi balik ke kolej berjalan kaki. Masa tu acik dan seorang lagi kawan yang sama sama berjalan kaki kerana bas dah tak ada. Acik dengan kawan nie pon melintas jalan dan tiba di traffic light seksyen 2. Masa tu lampu hijau untuk pejalan kaki dan kami melintas ,( masa tu lampu merah untuk pemandu kereta) tiba tiba ada sebuah kereta ini laju dan behenti emergency dan terlanggar kaki kawan acik, naseb  acik sempat tarik tangan dia , kalau tidak tak tahulah berapa teruknya akan berlaku. 

Naseb tak teruk cuma kaki kawan acik saje sakit, dan pemandu tu bukan nak minta maaf , turun kereta pon tak, pemandu tu lelaki. Dia ketepi dan honnn kami dengar kuat dan dengan turun cermin tingkap nada marah maki maki kami. Acik pon pelik ,dia nak langgar kami , dia pula yang marah kami dan maki. Yang kecewa dia adalah melayu!!! 

Jangan kerana pakai kereta mewah boleh buat sesuka hati.Fikirlah nyawa orang lain. Acik kelam kabut tak sempat nak ambil no plat. Masa tu pula pukul 11, orang pon tak ramai sebab kami ada kelas malam tu. Dan acik bawa dia balik ke kolej.

Paling geram sesama melayu dah dia yang langgar kawan acik tapi dia pulak yang marah, tak ada minta maaf dan behenti tengok keadaan pon tak. Mentang mentang kereta mewah so boleh buat sesuka hati ?

Share This!


30 ulasan:

Unknown berkata...

die bawak kete mewah sbb tu belagak sombong,
tah apa yg dimegahkan dgn harta dunia..

naomei berkata...

isk-isk...kalau cik akak pon mesti cik akak marah.....nie ka adab sopan yang dititik beratkan oleh orang melayu...memang betol memalukan bangsa kita...tak apa acik biar lah dia dengan cara dia, Allah maha melihat apa yang berlaku...yang paling penting adik-adik kak cik selamat je....

Akupenghibur.com berkata...

ermm itulah biarlah dia terus dengan kesombongan dia

Akupenghibur.com berkata...

apa pon memang dah keterlaluan.. geram sungguh

Unknown berkata...

terlampau nyaaa. tak sangka ada jgk org mcm tu. Nasib kwn acik tak teruk. Padahal, kalau Allah nak sekelip mata je boleh hilang kereta mewah tu.

bukankosong berkata...

samalah beb

aku yg keje retail nih lagilah, berdepan customer yg mcm2 perangai & pentingkan diri sendiri

melayu tak payah cakaplah, tgk harga murah semua dianggap murah, bukan nak baca & tgk betul2

lepas tuh nak marah2

puih!

Unknown berkata...

biadap. baru nak kereta mewah dah macam tu. belum naik kereta kebal lg tu. hahaha

Mohamad Firdaus berkata...

Bg org yang naik kereta itu, mungkin dia igt apa yang berlaku pd masa tu adalah satu cubaan untuk menyamun dia kot.. Sbb tu dia tk brani nk trun kereta.

BinMuhammad berkata...

Salam Acik,
Sabarlah...jangan dimarah orang seperti ini, tetapi kasihanilah, kerana dia miskin sebenarnya, miskin keperibadiannya... Marah tidak memberi apa2 faedah malah membawa dosa pula. Maafkanlah dia dan berdoa agar di beri petunjuk. Fikir yg positif...kerana kita lebih kaya darinya.

Unknown berkata...

hmm melayu biasa la tu...dapat yg kaya cam gitu la perangainya...dia ingat rezeki dia tu dtg bergolek2 camtu je kot....nanti Allah tarik itu nikmat baru dia tau....

aku mmg anti dgn org yg dah salah tapi lagi nak eksyen ni....

Unknown berkata...

Itulah manusia zaman skrg...semakin kaya dan senang mereka, menjadi semakin hilang adab dan tatasusila...apapun sabar la yer acik dan kawan acik tuh. Lumrah dunia...apapun, kita tetapkan pendirian dan hati kita supaya tidak menjadi sprt mereka. :)

Unknown berkata...

kalu gua org mcm nie mmg tak dilepaskn huu

Unknown berkata...

Demm....jahatnyee. Agak2 lah nak maki orang pun. Keta tu pun, entah dia punya ke sape punya : entah2 driver je,so tgh bajet lah tu...hmm sabar je lah "aku penghibur". Manusia mmg mcm tu. Nti dia insflh kot bila sampi masa dia nti :)

Unknown berkata...

tu nak kena bagi penumbuk tu

Selangor Mykids Soccer berkata...

Dia bawa keta company jer tu hehehe

Akupenghibur.com berkata...

Ada saje orng cm gini.. Tulah naseb sikit jer kena

Akupenghibur.com berkata...

Biaselah tu.. Hihi melayu ku ohh melayu

Akupenghibur.com berkata...

Naik kete kebal jawabnye kita di lenyek2

Akupenghibur.com berkata...

Klau dia yang langgar kita tu. .Nk samun apanye.. Ishhh

Akupenghibur.com berkata...

Teremosi plak.. Ishh nasib BM ingatkn..fuhh

Akupenghibur.com berkata...

Itulah melayu mudah lupa daratan

Akupenghibur.com berkata...

Aminn mudah mudahan x jd seperti mereka

Akupenghibur.com berkata...

Ishh nk buat cm ne.. X akn nk tinggalkn kwn yg sedang sakit

Akupenghibur.com berkata...

Amin mudah mudahan dia insaf

Akupenghibur.com berkata...

Mungkin jgk

Aimacomel berkata...

geleng kepala dengar cerita acik ni. kawan okeyvtak? moga beliau okey. xpelah acik, org kata buat baik insyaAllah akan dibalas baik. kalau dh buat jahat, tunggu jelahcsampai masa Allah terbaik kan sesuatu agar dia sedar nanti

Hanny Abdullh berkata...

Ni Lah di namakan Melayu lupa diri...dia lupa kekayaan dia dtg dr mana..dia lupa adab dn budaya dato nenek moyang..haiiii susah lah dgn org yg sombong bongkak gini,hilang sudah nilai2 kemanusiaan

Unknown berkata...

Sy pun kena jgk dulu.. mujur tak kena pijak je.. naik kereta laju2 tak nmpak dah budak sekolah tepi jln...kawasan sekolah pn siap potong memotong lagi..mujur xpatah pinggang sy bergesel dgn kereta..

Tanpa Nama berkata...

orang mlayu kan mudah lupa acik, biasa la tuh,ntah2 kete pinjam..huhu astaghfirullahalazim, smoge kwan abg acik cpat smbuh ok.!

Unknown berkata...

Sakitnya hati. Dia buat salah tapi kita pula yang dimaki. Rasa nak kasi pelempang je..hoho. Nasib baik tak patah kaki. Kalau patah, kita patahkan kaki dia pula ye. Dia ingat dia kaya, kalau mati bawa harta masuk kubur ke? huhu..Emotional betul kalau jumpa orang macam ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails