Assalamualaikum

Selamat berehat di rumah kepada mereka yang bercuti dan selamat bekerja kepada mereka yang kena bekerja di hari sabtu nie. Alhamdulilah kerana masih lagi bernafas dan dapat melihat keindahan ciptaan ALLAH. Hari nie kami 1 kelas akan ke Sungai congkak bagi aktiviti kelas untuk merapatkan lagi hubungan kami sesama belajar mascom.

Bila teringat balik apa yang terjadi semalam ,rasa macam tak dapat lupakan saje apa yang di lakukan. Bukan tak nak maafkan tapi sebenarnya tak sanggup kerana sikap manusia yang berlagak mentang mentang kaya ada kereta besar. 

Macam gini sebenarnya, semalam malam acik pergi balik ke kolej berjalan kaki. Masa tu acik dan seorang lagi kawan yang sama sama berjalan kaki kerana bas dah tak ada. Acik dengan kawan nie pon melintas jalan dan tiba di traffic light seksyen 2. Masa tu lampu hijau untuk pejalan kaki dan kami melintas ,( masa tu lampu merah untuk pemandu kereta) tiba tiba ada sebuah kereta ini laju dan behenti emergency dan terlanggar kaki kawan acik, naseb  acik sempat tarik tangan dia , kalau tidak tak tahulah berapa teruknya akan berlaku. 

Naseb tak teruk cuma kaki kawan acik saje sakit, dan pemandu tu bukan nak minta maaf , turun kereta pon tak, pemandu tu lelaki. Dia ketepi dan honnn kami dengar kuat dan dengan turun cermin tingkap nada marah maki maki kami. Acik pon pelik ,dia nak langgar kami , dia pula yang marah kami dan maki. Yang kecewa dia adalah melayu!!! 

Jangan kerana pakai kereta mewah boleh buat sesuka hati.Fikirlah nyawa orang lain. Acik kelam kabut tak sempat nak ambil no plat. Masa tu pula pukul 11, orang pon tak ramai sebab kami ada kelas malam tu. Dan acik bawa dia balik ke kolej.

Paling geram sesama melayu dah dia yang langgar kawan acik tapi dia pulak yang marah, tak ada minta maaf dan behenti tengok keadaan pon tak. Mentang mentang kereta mewah so boleh buat sesuka hati ?