Pengikut

Sabtu, 12 Oktober 2013

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Hakmu


kucing bersyukur

Assalamualaikum
Alhamdulilah acik dah berada di kampung di Kota Tinggi untuk menyambut bersama ahli keluarga hari raya aidiladha dan kami ada sedikit masalah kerana ada ahli keluarga masuk ke hospital .Dalam perjalanan hidup kita mungkin mengalami kekecewaan, kerana sesuatu yang luput dari genggamanmu.
 
Keinginan yang tidak tercapai, keadaan yang jauh dari apa yang kita inginkan, dan kenyataan yang tidak sesuai harapan dan semua hal itu terasa di jiwa.Beruntunglah saat tergoncangnya jiwa kita masih memiliki sedikit iman dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Masih ada kekuatan fikiran untuk mengantarkan pada ketenangan jiwa. Dunia ini tempat dimana kita mengejar keinginan kita, kerana memang kita manusia yang di ciptakan mempunyai keinginan dan kehendak.

Tapi tidak semua yang kita inginkan tercapai. dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu untuk kita tangisi.Banyak orang yang tak sadar bahwa hidup ini tak ada hukum harus berjaya, harus selalu bahagia, harus kaya.Betapa banyak orang yang  berjaya tapi sejatinya tak menyadari bahawa semua itu adalah titipan Allah SWT, dan membuat orang tesebut berbuat sewenang-wenang. begitu juga kekagagalan sering di hadapi dengan tidak bijak.

Padahal kegagalan sejatinya adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.Apapun yang menjadi hak kita di dunia, entah itu rezeki, kedudukan, kekayaan mahupun jodoh pasti Allah akan sampaikan.Tapi apa yang bukan hak kita tak kan dapat kita miliki meskipun kita berjuang keras bermati-matian, meskipun nyaris menghampiri.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan ( tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (LuhMahfuzh) sebelum kami menciptakannya.

Sungguh yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ( kami jelaskan yg demikian itu ) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu supaya kamu

Jangan terlalu gembira terhadap apa yg di berikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.



Acik selalu ingatkan diri jangan bersedih jika sesuatu pekara itu bukan jadi milik kita. InsyaAllah Dia tahu yang terbaik untuk diriku ini. Semoga kamu semua juga begitu terima dengan hati yang tabah dan kuat semangat bahawa dia merancangan sesuatu itu adalah yang terbaik untuk kita.


Wallahu'alam semoga ada manfaatnya untuk kita semua Aamiin

Share This!


35 ulasan:

  1. Benar apa yang Acik tuliskan di sini. Banyak perkara yang menjadi rahsia ALLAH yang tidak kita ketahui. Apa yang perlu ialah berlapang dada bila kita menempuhnya dan banyakkan bersabar.

    BalasPadam
  2. semoga semuanya elok2 saja ye acik.. mama doakan dari kejauhan..

    BalasPadam
  3. betol tu bro..pasrah dengan ketentuan...selamat bercuti bro :)

    BalasPadam
  4. Betul tu Acik.. Hanya Allah yg mengetahui segala2nya.. kita hanya mampu merancang, berusaha & pasrah diatas ketentuannya. Sy doakan agar segalanya baik.. amin. Salam Aidil Adha ye Acik.

    BalasPadam
  5. betol 2 sebab apa yg bukan hak kita sebenrnya bukan lah yg terbaik untuk kita.kan allah akan menganttikan nya dgn yg lebih baik ag..smile always acik

    BalasPadam
  6. semoga urusan keluarga acik berjalan dgn lancar .dan sentiasa berada di bawah lindungn Nya .

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas entry ni..
    sangat memberi motivasi pada diri.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  8. Hikmah kenapa hajat kita tidak dikabulkan tu, kadangkala makan masa bertahun untuk kita ketahuinya. Tidak semestinya perkara yang kita hajati itu mendatangkan kebaikan sepenuhnya kepada kita.

    BalasPadam
  9. La tahzan :) Bila Vee tetiba rasa sebak, mmg Vee slalu bgatu diri sendiri La Tahzan and ingat apa yg Dr Asri sebut dlm video tu. All we have to do is smile and ingat Tuhan mmg sentiasa bersama kita ^^

    BalasPadam
  10. kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baik daripada manusia. He is the best Planner.
    Pucuk pangkalnya hati, bila kita yakin Allah ada dengan kita sentiasa, insyaAllah kita akan redha. Belajar bersangka baik, mesti ada hikmahnya.

    Semoga tabah mereka-mereka yang sedang bersedih dan kecewa

    BalasPadam
  11. selamat bercuti..jgan sedey2..:)

    BalasPadam
  12. acik kat kota yer?selamat beraya acik..

    BalasPadam
  13. insya-Allah acik.. setiap yang Allah tentukan adalah yang terbaik..
    p.s: selamat hari raya aidil adha.. :D

    BalasPadam
  14. Org selalu kata. Tiap2 satu perkara yg kita x suka tu terjadi atau satu2 perkara yg kita nak tp x terjadi ... mesti ada hikmah disebaliknya.

    BalasPadam
  15. Setiap apa yg adalah pinjaman semata2 bkn hak mutlak kita...

    BalasPadam
  16. Salam acik...

    Slmt bercuti ye acik..

    Moga saudara yg masuk hospital tu segera sembuh...moga segala urusan dipermudahkan Allah....

    Allahuakbar..tiada satupun di dunia ini milik kita..semuanya pinjaman semata2..bersyukur keranaAllah berikan apa yg kita perlu..bkn segala yg kita mahu....

    BalasPadam
  17. syukur alhmdllh... jemput lawat dan xchnge list klu sudi hehe Tak Mungkin Benar

    BalasPadam
  18. betul tu kalau dah bukan milik kita maka kita harus redha. insyaa allah ada hikmah disebaliknya

    BalasPadam
  19. Janga bersedih.. La. Tahzan.. :-)

    BalasPadam
  20. Betul tu, semua yg terjadi ketentuan Allah. Kita harus menerima dgn hati yg ikhlas..:)

    BalasPadam
  21. betul tu angah
    suka perkongsian angah ni
    menyedarkan diri ini
    setiap yg terjd pasti ada hikmahnya
    isi tabung nuffnang sini-university of london

    BalasPadam
  22. Satu perkongsian yang menarik..apa pun ujian yang datang, fikirlah secara positif.

    BalasPadam
  23. salam aidil adha.. betul acik..jgn sedih..thinks positif :)

    BalasPadam
  24. Pasti ada hikmah disebalik setiap perkara. Setiasalah positif.
    Selamat bercuti dan selamat menyambut Aidil Adha disamping keluarga tersayang :)

    BalasPadam
  25. mungkin perkara yang kita nak tapi tak dapat sekarang bakal Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna pada masa hadapan kan :D

    BalasPadam
  26. Terima kasih acikk, sangat terkesan. :')
    Moga kita sama2 muhasabah diri.

    BalasPadam
  27. setiap kejayaan pasti bermula dengan kegagalan yg sangat dasyat, kalau hambanya redha dan sabar pasti ada hasil yang lebih lumayan. itu janji allah.. menangis untuk hilangkan rasa sakit, tapi jangan menangis kerana meratap sesuatu yg bukan hak kita.

    selamat hari raya dan selamat bercuti acik.

    BalasPadam
  28. terbaik ~

    tuhan tak bagi apa yang kita nak , tuhan bagi apa yang kita perlu..

    kita hanya merancang , ALLAH juga merancang namun perancangan ALLAH itu lah yang terbaik.

    selamat hari raya haji :)

    BalasPadam
  29. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. DIA adalah sebaik-baik perancang dan setiap perancanganNYA untuk kita kerana itulah selayaknya kita terima

    BalasPadam
  30. Pasti ada hikmah atas apa yg berlaku..

    BalasPadam
  31. Selamat Hari Raya Aidiladha Acik.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails