Pengikut

Isnin, 15 April 2013

Jangan Ingat Orang Yang Pendiam Tak Pandai , Jangan Ingat Orang Yang Sabar Takkan Mengamuk , Jangan Ingat Orang Yang Setia Tak Boleh Curang



Assalamualaikum

Alhamdulilah Allah masih berikan kekuatan kepada diri ini untuk teruskan hidup dan kuatkan hati ini untuk jangan kecewa lagi. Tipulah kalau kata hati ini tak rasa apa apa kerana orang yang kita percaya sanggup buat seperti itu..ishhh abaikan sajelah.

Ahhh minta maaf sebelumnya kerana semalam acik off handphone dan tak jawab semua pertanyaan yang kamu berikan di page acik. Hari ini acik nak kongsikan sesuatu kepada kamu semua. Siapa sini seorang yang pendiam ?? 


Biasalah orang yang pendiam ini biasanya di anggap passive dan jenis yang tak bercampur gaul. Di katakan orang diam nie tak pandai sebab "diam" sebab tak tahu. Yelah kat kelas diam jer, bila bagi pendapat pon agak susah nak berikan,yelah orang pendiam memang susah nak bersuara tapi tak semestinya dia tak pandai. Orang diam ini biasanye "diam diam ubi berisi" .Ahh tapi bila dia dah berkata kata pedas ayat ayatnya dan mungkin ada yang sentap, tapi bila dah bercakap memang susah nak berhenti. Diam itu biar bertempat,  biar  mereka pandang kita bagaimana sekalipun janji kita tahu diri kita bagaimana.


Ahh mesti adakan adik beradik, kawan kawan atau sesiapa saje yang jenis tawaduk dan sabar dalam segala yang di lakukan. Dia tenang saje orangnye, bila orang cari pasal dengan dia , dia tenang saje dan mampu tersenyum. Bila orang marah walaupon bukan kesalahan diri ,di tunduk saje . Orang kutuk dia,  maki dia dia facebook dan kata dia macam macam dia sabar lagi. Orang kena kan dia,dia masih lagi sabar . Tapi satu ketika bila tahap kesabaran dia dah habis maka jangan terkejut nuklear akan meletup dan mungkin akan lebih parah apa yang di katakan , akan ada yang sentap dan menyesal sebab pernah buat dia. Bahaya tau kalau jenis orang senyap ini , makan dalam oooo



Dan yang ketiga, jangan ingat orang yang setia tak boleh curang. Jangan asyik nak mainkan perasaan orang lain saje, kita cukup setia dengan dia tapi di belakang kita ada orang lain, kita masih boleh terima sebab katanya khilaf , tetapi buat lagi perangai yang sama bila nampak orang baru. Tapi jangan sampai satu tahap dia dah face up dengan semua ini dan mungkin akan tinggalkan kamu untuk seseorang yang dapat terima kamu seadanya, masa itu jangan pulak terhegeh hegeh... jangan mainkan perasaan ,jika kita tak mahu orang mainkan perasaan kita.

Nampak tak di sini, manusia mempunyai pelbagai perangai, lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Apa pon kita kena muhasabah diri dan saling membaiki diri bukan menyakiti orang lain. Setiap perubahan yang kita lakukan biarlah kearah kebaikan bukan makin teruk. Filldunia wal akirat. Oklah sampai sini dulu ..adios :)

Share This!


27 ulasan:

Mohd Ridzwan Abdullah berkata...

Wan rs wan jns yg agak diam...sbb nak kata ramah sgt pun tak, senyap sgt pun tak...cuma wan akan cakap time perlu saja. Kalau tgk mmg pun wan jns senyap. Tapi kalau bab2 kongsi2 atau menulis kat blog misalnya, wan sgt suka dan byk benda nk bgtau...sbb semua rs nk cakap tuh ada kat dlm hati jerk. Apapun wan harap acik ok yer dgn kehidupan acik... :)

veesandii berkata...

assalamualaikum ... kakak saya bukan seorg pendiam tapi cool . Dia tak melawan kalau org kenakan dia , tak membenci malah tlg org yg kenakan / jaja cerita dia . Tapi , bila dia balas balik , mmg terkedu la dengar ... bagi saya , saya x berapa suka dgn org pendiam nih sbb x tau apa dia fikir , apa dia suka n x suka . susah juga nak dibawa berbincang ... emmm

Khairul Zamri berkata...

terbaik bro, antara fitrah manusia yg harus kita ketahui, senyap tak bererti dia lemah :)

KY berkata...

sikap2 itulah yang menwarnai kehidupan kita supaya ianya kelihatan lebih menarik, kalau cakap pasal pendiam, akk bukan golongannya..nak kata banyak cakap pun tak juga...

Mieza Jhaa K berkata...

Suami saya seorang yg sangat pendiam dan sangat sabar orangnya.. Tapi orang pendiam ni macam bom jangka tau..bila dah lama sangat memendam rasa.. Dia pasti akan tinggalkan kita suatu hari nanti jika kita tidak menghargainya..

Bin Muhammad berkata...

Salam Acik,
Saya orang yg pendiam jika bersemuka. Hanya berkata2 bila perlu sahaja...Tapi di dunia blog ni terpaksa meramahkan diri dan lebih mudah menulis dari berkata2...

tenku butang berkata...

org pendiam ni mmg penyabar orgnya tp klu dh bertalu2 di asak n diuji, jgn terkejut plak satu hari dia akan memberontak.. sebab? dh terlalu lama bersabar n ibarat gunung berapi yg meletop lea jadinya bila kesabaran dh x terkawal lg.. heeee.. (ada tempias ke teman sikit.. kui3)

Aku Penghibur berkata...

Hihi biasekah tu wan...amin harap semakin membaik

Aku Penghibur berkata...

Walaikumusalam.. Kadang betul jgk kak..orang pendiam susah nk buat discuss kadang makan hati

Aku Penghibur berkata...

Betul tu.. Diam x beerti lemah

Aku Penghibur berkata...

Betul tu kak hihi.. Mewarnai sangat

Hasri Anis berkata...

Saya jenis yg pendiam. Cuma tak tahu samada berisi atau tak. Memang diakui bahawa sikap tu banyak sangat membantu.. tapi kadang2 ketegasan tu diperlukan. Orang marah..saya diam. Orang tengking..saya diam. Orang hina..saya diam. Orang puji..saya diam.
Lepas tu, saya akan lupakan dan hapuskannya supaya saya tak mengingatinya lagi agar hati saya terpelihara dari rasa dendam, riak, ujub, khibr, takbur dan sombong.
Macam mana saya buat?? Mohon pada ALLAH. Hanya DIA yg mampu melakukannya. Tak ada yg mustahil jika kita betul2 menyakini akan-NYA.

~hanya pada masa2 tertentu saja saya akan bersuara. InsyaALLAH..

Aku Penghibur berkata...

Hihi sekali bersuara.. Mkn dln

Aku Penghibur berkata...

Hihi sekali bersuara.. Mkn dln

Aku Penghibur berkata...

Wslm.. X pe.. Pendiam berinfomasi tak pe..hihu

Aku Penghibur berkata...

Hihi betul tu... Meletop aummm

Aku Penghibur berkata...

Wahh bagusnye!!!!alhmdulilah ada jgk cm tu

Hatimi Tahirruddin berkata...

nampaknya dpd kebanyakan komen2 di atas, rata2 para blogger ni pendiam rupanya..kihkihkih...termasuklah aku ni pon...kalau dgn org tak kenal jrg aku nak berbual2 kecuali perlu....tapi dgn org kenal takde la tahap sampai buat hal sendiri....

Seneorita Baharin berkata...

hmm betul tu acik, setuju sangat2 dgn entry acik ni....Jangan sangka air yang tenang xde buaya kan...apa2pun igt apa yg jd ada hikmahnya :)

Bahrain Ramlan berkata...

Setuju apa yang dikatankan oleh akupenghibur...
kita tak boleh jangka perkara yang berlaku....

Aku Penghibur berkata...

hihi pendiam jgk rupanya :)

Abdul Munir berkata...

Setuju sangat-sangat apa yang dikatakan

Nurul Aini berkata...

Betul..sokong. Kalau orang pendiam ni meletup bomnya..habis memang pedas ayat yang terkeluar. Kita diam bukan bererti kita bodoh, tapi kita cakap apa yang perlu sahaja. Banyak cakap nanti banyak pula dosa, dan banyak pula hati yg terluka.

ANNA MARIANA berkata...

setuju... :)

cik kaki ketawe berkata...

emm,sy ni bukan pendiam...hehhe...tapi kalau dengan kawan2 jelah sy gila2...dengan orang lain orang sellau cakap sy ni bengis org nye...bagi sy org pendiam dan penyabar ni jangan lah dibuat main sangat...sekali dia mrah sy yang ganas ni pun kecut...apa2 pun kita kena hormatlah setiap orang kan Acik... =)

Busyra Bt Takiyudin berkata...

setuju dengan entri ni.. :)

AyueJean AJ berkata...

AJ setuju sangat..
jangan disangka air yang tenag takde buaya.
Lambat laun bile kesabaran menipis, semua perkara boileh jadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails