Pengikut

Selasa, 16 April 2013

Jika Kamu Bertiga Maka Janganlah Dua Daripada Kamu Bercakap-cakap Meninggalkan Yang Ketiga



Assalamualaikum

Alhamdulilah hari nie dapat bernafas dan melihat indahhnya alam ciptaan Allah ini. Bangun saje hari nie acik dah lupakan apa yang berlaku semalam untuk biarlah tak tension..hehehhee. Ahhh hari nie acik nak kongsi sesuatu pekara ini kepada kamu semua.

Pernah tak kamu duduk bertiga, duduk bersembang sama ada di cafe, kantin, restoran dan di mana saje. Yang paling penting ada kamu kawan kamu dan seorang lagi kawan. Duk berbual , tapi rasa macam di pinggirkan kerana 2 kawan anda bersembangkan dan buat kamu macam tak ada di situ.

Pernah tak ?? Ishh tipulah tak pernah...

Siapa pernah rasa situasi nie ? mesti sakit hatikan, yelah kadang mereka bersembang tentang yang kita tak tahu. Bila nak mencelah tak tahu nak kata apa dan di biarkan saje kita nie .Kadang kita rasa benda ini remeh temeh jer tapi sebenarnya tidak elok kita membiarkan apabila 2 antara kamu bercakap cakap dan meninggalkan yang ketiga perbuatan itu tidak di sukai oleh Rasullulah.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Kadang fikir balik begitu hebatnya rasullulah, peribadi yang unggul . Hargai setiap sahabat yang dia ada dan tak pernah melukakan hati sahabatnya walaupon sekecil mana pon. Tapi orang sekarang ?? 

Orang sekarang pentingkan diri , lebih bersifat selektif untuk berkawan , dan kawan tersebut mestilah yang hebat dan mempunyai persamaan dengan dia serta berkepentingan untuk dia . Kalau tak memang dia tak layan kita nie.
 
Dan sebenar acik terkejut bila dapat dapat tahu dan lihat sendiri ramai kawan yang "fake" di depan mampu mengeluarkan kata kata indah dan support kita , tapi di belakang kita ?? mengutuk dan mencaci kita. Kita jadi bahan persendaan mereka. Dan sifat setia kawan seolah olah tak pernah wujud kerana orang sekarang lebih bersifat peribadi.

Kadang acik fikir jgk kenapa perlu sedih dengan umpatan orang? Bukankah di Akhirat nanti, kita perlukan mereka yg mengumpat ini untuk tolong pikul dosa-dosa kita?

Dan kadang kala kita kena tengok jugak diri kita, mungkin ada silap yang kita tak sedar dan mungkin kita terlalu ego untuk memulakan permbicaraan. Orang lebih suka kepada orang yang ramah dan boleh bertukar tukar buah fikiran lagi lagi berkongsi minat yang sama.

Acik buat entry ini atas permintaan seorang sahabat yang rasa dirinya di pinggirkan. Semalam menagis telefon acik untuk memberitahu hal ini, semoga ada sedikit iktibar yang dapat kita ambil dari entry ini. 

Bukan apa kadang kita perasan pekara ini, kita anggap benda ini remeh temeh tapi ada individu yang mengambil serius dan terasa hati.

Ya Allah jadikan aku kawan dan sahabat yang baik untuk mereka dan biarlah kami berkawan dengan ikhlas dan terima seadanya seseorang itu tanpa menilai rupa paras , harta benda dan kedudukan . Ya Allah semoga persahabatan yang terjalin ini mendapat keredhaanmu. KepadaMu aku meminta dan kepadamu aku berserah.

Share This!


31 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Abaikan je umpatan orang kat sekeliling, even kawan saya sendiri pun suka mengumpat kita. Grrr. Nanti di akhirat, tahulah dorang akan azab Tuhan yang amat memedihkan. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup tepat sekali.. kita bersabar saje :)

      Padam
  3. memang terasa hati sekiranya kita diketepikan dlm tiga tu...rasa macam nasi tambah jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe nasi tambah dan bertambahkan hehehe

      Padam
  4. Salam,
    Jangan bersedih jika dipinggirkan rakan dan sahabat. Muhasabah diri dan lihat kekurangan dan kelemahan diri dan perbaiki, jangan sesekali menyalahkan orang lain.
    Jangan takut dipinggirkan rakan tapi takutlah jika anda dipinggirkan oleh Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. betul tu BM... seharusnya kita takut dipinggirkan rakan tapi takutlah jika dipinggirkan oleh Allah.

      Padam
  5. ima pernah.walaupun yg 2 org tu sebenarnya bukan cakap pasal kita, tapi hati tetap terasa. Cikgu sekolah rendah dulu pun pernah pesan. x boleh berbisik-bisk antara 2 org bila kita bertiga.Kalau nak bisik juga, sana pergi kat hutan sana. masih ingt pesan cikgu tu sampai skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heehee aahh nak berbisik.. masuk hutan heheehe

      Padam
  6. ohhh akk kalau kena mcm tu terus je minta diri.. kerana byk lagi blh kita buat selain dr duduk ditengah dan tidak diendahkan mcm tu hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. lebih baik larikan diri dari kita sakit hati

      Padam
  7. pernah berkali-kali jugak alami sume nie.. huhu sabar sume nie lumrah kehidupan, boleh relate dgn entri smlm ni haha

    BalasPadam
  8. ohh...terasa jugak kalau org buat kita macam tuh...
    but kita sempoi dah la...dah perangai orang kekadang memang begitu...jangan kita buat orang macam tu dah la...
    hidup ni kadang2 kita kena jaga juga hati orang...nanti kena kat
    batang hidung baru tersedar

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. sebab tu perlu saling beringat

      Padam
  9. Tak perlu ditangisi dengan apa yang berlaku...anggap ia dugaan untuk kita...biarlah orang nak kata apa pun tentang kita..yang penting kita bersabar...kerana Allah memang sentiasa menyayangi orang yang sentiasa bersabar...

    nanti cik akak datang singgah balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak cik ..kena sabar dengan apa yang berlaku :) sabar itukan separuh dari iman

      Padam
  10. pernah rasa macam tu jugak, sebab tu sekarang kita lebih senang sorang-sorang, ada kawan okey, tak ada pun tak pe.. still boleh stay alone.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup... kena independent.. jangan terlalu bergantung :)

      Padam
  11. pernah2 tapi selalu smpan dlm hati je,, buat tk tau je,, huhu :)

    BalasPadam
  12. Pernah pernah..saya pn tanya la "hey, cakap pasal apa tu,? Cu cite cu cite".. padahal dlm hati "nak kena penampor gak 2 ekor ni" (tipu jee)..hehe sy tak la fikir mcm tu kot..cuma agak terasa hati laa..rasa nk blah cepat2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhhh kan ... memang makan hati jelah

      Padam
  13. assalamualaikum ... klu kwn tu asik cite psl org lain kat kita , dia juga akan jaja citer kita kat org lain , klu kwn tu tetiba jer bawa org lain wpun dah offer kita , maknanya kita ni cuma isi tpt kosong jer . klu senang wat tak tau , bila sedih / susah cari kita ... cari jer la kawan lain ... tapi klu kwn wat camni x per lagi la , jgn sahabat ... sedey

    BalasPadam
  14. salam.perasaan sedih tu pasti ade bila kwn kite sndir yg pnggirkan kita..tp sblum kita salah kan sapa2 adanye lbih elok kite pndang diri kite dulu..mana salah silapnye shngga kita di buat sebegitu..singgah sini + follow here..follower ke-3333

    BalasPadam
  15. betul tu acik, kadang2 memang terasa kalau diperlakukan begitu, kalau kita dapat rasa begitu, org lain pun mcm tu jugakkan? samalah menghargai perasaan

    BalasPadam
  16. Yeke..pernah juga tapi biasanya lepas tengok diorang tak foukus,beredar je dari situ dari sakit hati

    BalasPadam
  17. Susah nak hidup kalau kita terlalu bergantung pada orang lain kan..Susah juga nak cari kawan sejati. Tapi menarik perkongsian ini sebab saya pun baru tahu. Terima kasih share.

    BalasPadam
  18. hehe mmg biasa perkara camni berlaku...semoga kita tak kecikkan hati kawan2 kita....kalau kita yg kena mungkin kita boleh sabar, buat cool dsb...tapi jgn la kita pulak yg termasuk dalam dua org yang meminggirkan org ketiga tu.....(peringatan utk diri sendiri jugak)

    BalasPadam
  19. penah ja. tp kita simpan dlm hati.. huhu, moga kita tak buat dekat org lain mcm ni.. :)

    BalasPadam
  20. Kalau nak pinggirkan seorang lagi, baik bercakap kala berdua...
    Even takde mengena dengan orang tui pun, dia akan tetap terasa..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails