Pengikut

Ahad, 14 April 2013

Wahai Perempuanku Tolonglah Jangan Mainkan Lagi Perasaan Ini




Assalamualaikum

Wahai tuhanku Engkau mencipta cinta itu dengan seindah indahnya. Di hiasi dengan sinaran kalbu kasih sayangmu terhadap umatmu. Lumrah hidup ini, adam mencari hawa untuk menghiasi hidupnya yang sepi. Untuk di isi ruangan kekosongan sanubari yang telah lama terbiar. Dan akhirnya cinta mereka bersatu dan berbahagia keranamu.

Tapi aku, aku masih lagi mencari di mana haruman itu hadir, tika sedar hadirnya haruman bungga itu , buatkan aku tercari cari sehingga aku hilang arah hidupku. Aku juga manusia biasa yang  mendambakan cinta dari seorang hawa. Menjadi pelengkap hidupku, memberikan pengertian apa sebenarnya erti cinta keranamu.

Tapi cinta yang hadir dalam  hidupku umpama layang layang yang bebas berterbangan. Yang hanya pandai tarik tali bila dia memerlukan ku, yang pandai menyemai kasih walaupon hakikatnya hati tidak bersama.

Maaf atas ayat yang di atas ini, ketika ini hati ini bagai di hiris hiris oleh belahan pisau. Aku jarang cerita tentang seorang perempuan dalam hidupku. Tapi tika aku mampu tersenyum lagi tapi hati ini siapa yang tahu.

Sebenarnya , petang tadi aku dapat khabar berita dari dari dia, insan yang selalu memberiku harapan , insan yang selalu memberi kata kata semangat dan insan yang selalu ada bersama saat suka dan duka sanggup menipuku.

Rupanya petang tadi adalah hari perkahwinan dia bersama dengan teman lelakinya. Dan menjadikan aku di sebagai pengisi kekosongan hatinya tika dia memerlukan seseorang lelaki.

Puasku dengar kata kata cinta darinya, puas ku dengar janji manis , puasku dengar kata kata yang buat aku percaya,. Rupanya hanyalah satu penipuan perasaan.

Aku bukan alat untuk di jadikan bahan eksperiment soal cinta, aku bukan alat untuk kau melepaskan perasaanmu tanpa memikirkan keadaanku.

Aku menginsafi diriku kini, insan  haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.

Biarpun puas kucuba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal . Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu.Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau aku tak dapat melupakan dirimu.

Ya ALLAH kau kuat hati ini, kau kuatkan imanku agar tak pernah goyah kerana dugaan cinta ini. Ku mohon padamu ya ALLAH, jangan kau biarkan mereka menyakiti hati ini lagi, cukuplah aku merasanya sekali ini. Aku pasrah dan ikhlaskan apa yang berlaku , insyaALLAH aku kuat untuk hadapi semua ini

Duhai mata, tahanlah air mata ini , jangan kau menagis kerana seseorang mempermainkan perasaanmu tapi kau menangis kerana tuhanmu.. kuatkan dirimu.. ermm :")

Share This!


28 ulasan:

  1. Sabar ye awak. Sudah tertulis dia bukan jodoh awak. Awak kena percaya kepada perancangan Allah itu yang terbaik. Insyaallah. Jodoh itu rahsia Allah. Awak akan jumpa yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuatkan semangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saye pasrah dan percye Allah buat ini sbb terbaik untuk saye

      Padam
  2. sedihnya iz.. lelaki yg hadir dlm hidup sha pun bakal bernikah dgn perempuan lain dlm ms terdekat ni :'(

    BalasPadam
  3. Acikk..simpati dengan Acik..harap tabah ye..hmm ini lah pengalaman berharga utk masa depan dan anak2 kelak..Semoga Acik bertemu jodoh dengan orang yang baik..

    BalasPadam
  4. s0 sad,,,wishing u'll get the better pers0n s0on..gud guy is f0r the gud girl..remember ALLAH's pr0mise..^^

    BalasPadam
  5. hati yg disakiti, pasti Allah dah siapkan seorang pendamping yg lebih baik..hanya tunggu waktu dan ketika..

    tak perlu memaksa melupakan si dia dlm waktu terdekat, ambil waktu InsyaAllah...perlahan2 dia akan hilang dr hati...

    tabahkan hati dan percaya telah ada seseorang yg menanti..

    BalasPadam
  6. takpe mungkin Allah dah rancang yang lebih baik unuk acik..

    BalasPadam
  7. sbr ye acik...semua tlh diatur sebaik mgkn oleh Allah SWT agar acik mdpt jdh yg lbh baik dr si dia.pcyalah hukum karma...kdg2 mmg berlaku.buat baik dibalas baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. InsyaAllah.. Muhasah diri ini

      Padam
  8. sabarlh..Allah Maha Mengetahui..huhu*sedeh*

    BalasPadam
  9. bersabarlah awk..dugaan..ada yg tbaik utk awk nti =)

    BalasPadam
  10. assalamualikum ... sesungguhnya dia bukan yg terbaik utk kamu . Bersyukurlah kamu tidak menikahinya . Apa yg acik akan rasa bila acik tau dia bermain kayu 3 di belakang acik ? Org cam ni tak ada rasa cinta dalam dirinya . Yang ada hanyalah kehendak diri yg tak terbatas . Selagi boleh menggunakan , dia akan manfaatkan sepenuhnya . Dia akan melangkah pergi bila dia tahu dia tak akan dapat apa - apa lagi . Simpatilah kepada lelaki yang menikahinya . Pasti hancur hatinya bila dia tahu siapa sebenarnya wanita yg dinikahinya. Sesungguhnya Allah itu MAHA mengetahui akan segalanya . Jangan disesali , jangan ditangisi ... akan ada yang lebih baik nanti . Allah menguji kita sesuai dengan keimanan kita . Kita hanya akan tahu keburukannya bila kita kehilangan dia ... bila ingat dia , maafkanlah perbuatannya ... inshaa Allah akan ada rahmat keatasnya . INGAT ! itu adalah ujian Allah ... mesti redha ... jadikan ia sebagai pengajaran untuk menilai peribadi manusia di masa kan datang .
    Jangan lupa minta pada Allah dalam setiap doa acik " diberi ketenangan jiwa dan fikiran serta dipermudahkan segala urusan dalam melaui kehidupan seharian " ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm kak vee bila dengar nasihat ini buat aacik lebih kuat dan ikhlaskan yg berlaku

      Padam
  11. nak komen benda yg sama.. tami @harumanvee dah kata... kalau seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan.. memainkan hati kita.. it shows dia bukan untuk kita..

    BalasPadam
  12. adeh.. nape wat entri sedih2 ni.. teman pun rasa sedih baca entri ni.. byk kan sabar yea.. mungkin Allah nak sediakan pelangi utk awk d masa akan dtg.. =)

    BalasPadam
  13. takpe bro....mmg dah jodoh dia dgn org lain....nak melupakan kenangan lama tu mmg payah...tapi hidup mesti diteruskan...mungkin akan dtg kenangan baru yg lebih best akan "overwrite" kenangan perempuan yg dah bernikah tu....umur kau masih muda bro...masih byk peluang mananti di hadapan....chill dan rileks... :)

    BalasPadam
  14. Alahai..sedihnya. Soal hati memang susah nak ditafsir dan difahami. Tak apa Acik. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. InsyaAllah..pasti ada jodoh buat Acik untuk perempuan yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

    Untuk ceriakan hati, Acik fikirkan sahaja, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. hehe..Ceriakan hidup anda. Jangan sedih. Allah sentiasa ada di sisi. Senyum. ^________^

    BalasPadam
  15. takpelah Acik...sabar banyak2 ehh...kalau betul perempuan tu ikhlas dia takkan buat macam tu pada Acik...sekurang2nya Acik nampak semuanya sebelum berkahwin dengan dia...Allah tu maha mengetahui...Acik tunggu dan sabar dengan perancangan Allah ye...InsyaAllah ada yg lebih baik untuk lelaki yg baik macam Acik...aaminn

    BalasPadam
  16. Acik banyakkan bersabar ye..
    Insyaallah... Bersangka baik, Allah swt sedang merangka sesuatu.. =D
    Semoga bertemu dengan insan yang ikhlas menerima Acik....

    P/s : Thanks atas doa Acik tu ye....

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails