Pengikut

Selasa, 30 April 2013

Jangan Jadikan Allah Pilihan Terakhir Bila Kamu Gembira & Tiba-Tiba Jadi Pilihan Teratas Bila Kamu Sedih.


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas dan berkesempatan untuk update blog ini, maaflah beberapa hari nie acik agak buzy sedikit dengan pelbagai aktiviti dan assignment .Sekarang ini berada di library dan gigihkan diri ini juga untuk update blog acik nie.

Ketika ini mesti ada yang sedang sedih ,gembira , suka , hampa, hiba dan pelbagai perasaan. Tapi itulah hebatnya Kuasa Allah dapat menciptakan semua perasaan ini dan beri peluang untuk kita rasa. Walaupon kadang kala kita tak suka untuk merasai seperti putus cinta, kecewa , rasa kegagalan tapi itulah yang menjadi pembakar semangat untuk kita. Seharusnya kita bersyukur dan menghargainya kerana dapat merasakan semua ini.

Sebab semalam acik chat dan email dengan acik mengatakan kenapa kita perlu rasa jatuh cinta? kenapa dah berusaha bagai nak tapi gagal ? kita berkawan dan kawan tikam dari belakang ?  

Ermm sebenarnya jawapan itu ada dalam diri kita , hanya kita kena sedar saje. Kita banyak abaikan pekara yang kita rasa tak penting tapi itulah menjadikan ada ruangan kosong dalam hati kita. 

Bila masa kita gembira, siapa yang pertama kita cari ? siapa yang tempat kita luahkan perasaan gembira itu ? Mesti kawan kawan dan terutama sekali boyfriend/ girlfriend. Pernah tak kita saat kita bergembira kita mengadu pada ALLAH dan ucapkan terima kasih atas nikmat yang di beri ?

Di kala kita sedih ,hiba barulah kita tercari cari di mana hendak luahkan perasaan kita. Tak salah nak luahkan pada kawan kawan tapi luahkan pada ALLAH kerana Dia adalah mengetahui segala hal dan Dia juga yang membantu kita untuk menyelesaikan masalah kita.

Jangan jadikan Allah pilihan terakhir bila kamu gembira & tiba-tiba jadi pilihan teratas bila awak sedih.Sentiasalah ingat kepada Allah SWT

Itupon untung kalau ingat, ermm.. kadang kita ini lebih mencari pengaruh dan mahu jadi popular dalam masayarakat. Tapi tak pernah pula kita cuba jadi popular dan menjadi sebutan penghuni di atas  iaitu menjadi sebutan para malaikat . 

Sedarlah kawan kawan dalam apa jua keadaan kita kena selalu ingat pada ALLAH kerana hidup dan mati kita hanya untuknya. Acik taip ini untuk muhasabah diri ini yang banyak kekurangan dan sesama kita baiki diri.

Share This!


30 ulasan:

  1. ingatlah Allah sentiasa tak kira diwaktu senang ke,susah ke, sedih ke, sentiasa pcaya yang Allah sentiasa disisi kita..InsyaAllah berkat hidup kita nnt kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu .. kita kena ingat apa jua keadaan

      Padam
  2. setuju dengan entri ni... semuanya berbalik pada Allah SWT yang satu...dan kita kena sentiasa ingat Allah x kira apa jua pun keadaan kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya ALLAH tahu yang terbaik untuk kita

      Padam
  3. sebenarnya jawapan itu ada dalam diri kita suka ayat tu.. :)

    BalasPadam
  4. Manusia mudah lupa dik...bukan tidak sengaja memang disengajakan...
    Betol tu...mengapa kita tak lebihkan dahulu sayang dan cinta kita kepada Allah kan dik....sama-sama kita befkr...dan renung-renungkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah .. mari kita muhasabah diri :)

      Padam
  5. saya suka entri ni . betol, sekarang , waktu tengah gembira kita jadi lupa Pencipta kita . Tapi waktu kita sedih , baru kita merangkak-rangkak nak mengadu pada Allah . Harap-harap jangan kita tak mengadu pada Allah langsung .

    #muhasabah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah ..terima kasih kerana sudi datang ke blog saya :)

      Padam
  6. betul tu acaik..sepatutnya setiap masa kita kena mengingatiNya. kathy harap kita menyedari di saat kita kehilangan cinta manusia,masih ada DIA yang sudi mendengar keluh kesah kita..
    kalau sudi jom join segmen kathy ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. okey kak kathy nanti acik join segmen akak :)

      Padam
  7. As salam acik..betul tu..jangan time susah, sakit, & sedih je baru ingat Allah...Kita sebagai hambaNya, kena selalu ingat Allah tak kira masa.. Just put trust in Allah...
    May Allah bless u...

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam.. bnar sekali :) kita kena percaya dengan ALLAH

      Padam
  8. ingat Tuhan pada masa susah nescaya Dia ingat kita pada waktu susah

    5 roommate yang akan anda temui

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/5-jenis-roommate-yang-mungkin-anda.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu .. dah singgah ke blog ahmad kamil

      Padam
  9. semoga hati ini meletakkan ALLAH SWT no 1..amin =)

    BalasPadam
  10. Salam Acik,
    Ingatlah, Kesenangan itu satu ujian manakala kesusahan itu satu rahmat... Oleh itu jgn leka dgn kesenangan dan jgn mengeluh dgn kesusahan.

    Ingat mengingatilah sesama kita...bersyukurlah dalam apa jua keadaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm btul tu Kesenangan itu satu ujian manakala kesusahan itu satu rahmat...

      Padam
  11. Salam dari saya.
    manusia macam tulah, bila senang mudah lupa tuhan, bila susah baru cari ALLAH.. ALLAH sentiasa memerhati kita tpi kita tak pernah ingat ALLAH...kawan tak semua akan dengar perasaan kita, maka dengan sebaik2x pendengar adalah ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumusalam :) Dia adalah sebaik2 pendengar segala masalah kta dari kecil hingga besar

      Padam
  12. Dalam suka duka, Allah tak pernah meninggalkan kita. Semoga kita juga menjadikan DIA teman paling setia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia akan selalu ada dekat kita ..walau bagaimana pon

      Padam
  13. luahan hati dari hati yang tulus..=)

    perlukan bantuan bro untuk vote blog MB

    http://www.melastikbintang.com/blogger/contest-review-blog-paling-popular.html

    BalasPadam
  14. Sesungguhnya Kau juga dihatiku, tempat ku memohon dan mengadu..Allahuakbar!

    BalasPadam
  15. assalamualaikum ... bila hati berlagu sendu , hanya DIA tempat mengadu ...

    BalasPadam
  16. setuju dgn AP.....
    Allah adalah segalanya...kepadanya kita berserah......Allahuakbar !

    BalasPadam
  17. Allah sentiasa ada dengan kita, tak kira dalam susah dalam senang. Dia sentiasa ada. Allahuakbar..Allah Maha Besar.

    BalasPadam
  18. yup betul tu bro.....jgn lah time susah je baru nak ingat allah...sedangkan hari2 walhal dalam mimpi pon kena ingat allah...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails