Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas dan berkesempatan untuk update blog ini, maaflah beberapa hari nie acik agak buzy sedikit dengan pelbagai aktiviti dan assignment .Sekarang ini berada di library dan gigihkan diri ini juga untuk update blog acik nie.

Ketika ini mesti ada yang sedang sedih ,gembira , suka , hampa, hiba dan pelbagai perasaan. Tapi itulah hebatnya Kuasa Allah dapat menciptakan semua perasaan ini dan beri peluang untuk kita rasa. Walaupon kadang kala kita tak suka untuk merasai seperti putus cinta, kecewa , rasa kegagalan tapi itulah yang menjadi pembakar semangat untuk kita. Seharusnya kita bersyukur dan menghargainya kerana dapat merasakan semua ini.

Sebab semalam acik chat dan email dengan acik mengatakan kenapa kita perlu rasa jatuh cinta? kenapa dah berusaha bagai nak tapi gagal ? kita berkawan dan kawan tikam dari belakang ?  

Ermm sebenarnya jawapan itu ada dalam diri kita , hanya kita kena sedar saje. Kita banyak abaikan pekara yang kita rasa tak penting tapi itulah menjadikan ada ruangan kosong dalam hati kita. 

Bila masa kita gembira, siapa yang pertama kita cari ? siapa yang tempat kita luahkan perasaan gembira itu ? Mesti kawan kawan dan terutama sekali boyfriend/ girlfriend. Pernah tak kita saat kita bergembira kita mengadu pada ALLAH dan ucapkan terima kasih atas nikmat yang di beri ?

Di kala kita sedih ,hiba barulah kita tercari cari di mana hendak luahkan perasaan kita. Tak salah nak luahkan pada kawan kawan tapi luahkan pada ALLAH kerana Dia adalah mengetahui segala hal dan Dia juga yang membantu kita untuk menyelesaikan masalah kita.

Jangan jadikan Allah pilihan terakhir bila kamu gembira & tiba-tiba jadi pilihan teratas bila awak sedih.Sentiasalah ingat kepada Allah SWT

Itupon untung kalau ingat, ermm.. kadang kita ini lebih mencari pengaruh dan mahu jadi popular dalam masayarakat. Tapi tak pernah pula kita cuba jadi popular dan menjadi sebutan penghuni di atas  iaitu menjadi sebutan para malaikat . 

Sedarlah kawan kawan dalam apa jua keadaan kita kena selalu ingat pada ALLAH kerana hidup dan mati kita hanya untuknya. Acik taip ini untuk muhasabah diri ini yang banyak kekurangan dan sesama kita baiki diri.