Assalamualaikum
Alhamdulillah acik sampai ke pekan pahang dengan selamat, sebab apa acik datang sini ? mesti bersebab ,sebabnya ialah ada kerja dan nak jumpe anak buah di sini . Rindu dengan mereka sebab tu datang hehehe.Syukur ke hadrat Allah berikan peluang untuk hidup di muka bumi ini. Dan kepada yang nak tolong acik untuk tukar template tu boleh bagitahu saje, kalau kenakan bayaran pon acik tak kisah, please inform.
Hari ini acik nak kongsikan sesuatu, kebiasaanya kita dapat lihat remaja sekarang cepat meluahkan perasaan mereka dan mungkin baru kenal 1, 2 hari dah boleh ucapkan cinta dan sayang. Dah mula rindu dan akan jadikan medium SMS, BBM, watsupp dan sebagainya untuk tempat meluahkan perasaan mereka. Katanya rindu yang teramat bila terpandang muka si kekasih hati.
Top up jangan cakaplah berpuluh ringgit habis pon tak pe, kalau si dia tak ada top up siap tambahkan nilai. Mula mula putik cinta, segalanya manis dan sanggup di berikan.
Yelah anak muda sekarang , cinta itu menjadi utama dan menjadi buruan hati yang mendamba cinta dari kekasih hati tak kiralah lelaki atau perempuan. Tapi kena satu hal , bila kita mudah melafaz cinta dengan sesuka hati dengan sesiapa saje maka cinta itu tak akan menjadi ekslusif untuk si dia kerana cinta itu berkeliaran di bibir untuk di bicarakan.
Acik pernah seorang ustaz yang rapat dengan acik , ustaz tak pe ke kalau kita meluahkan perasaan kita terhadap seseorang yang kita suka ?
Ustaz : tak salah , tapi biarlah perasaan itu di luahkan kerana kita ingin melamar dia sebagai yang halal bagi kita, tak istilah untuk melamar jadi kekasih ini, itu budaya barat, dalam islam kita ada taaruf iaitu sesi perkenalan sebelum ingin jadikan dia yang halal bagi kita.
Tengok islam ada caranya, jika kita ikut caranya , cara yang di tentukan oleh ALLAH, maka ALLAH akan merahmati kita. Dan satu pekara yang acik selalu orang sekarang nie cepat meluahkan perasaan . Tapi tak pernah meluahkan apa yang kita rasa itu kepada ALLAH.
Sebab segala perasaan di dunia ini , ALLAH lebih mengerti dan dia yang mengurniakan perasaan itu, Seharusnya bila kita menyukai seseorang itu bermohonlah pada ALLAH untuk dekatkan hati dia dengan hati dan jadikan jodoh yang berpanjangan antara kamu dan dia . Allah paling suka orang yang bermohon dan mengadu dengannya.
Kita
bercinta guna sms, bbm, whatsapp dan pelbagai cara utk melepaskan rindu.
Tapi org beriman bercinta guna doa, mohon Allah yg pelihara.
Akhir kata, islam adalah cara hidup kita. Segalanya ada di islam, bercinta itu tak salah tapi jadikanlah islam sebagai teras panduan maka cinta kita di lindungi dan di jaga ALLAH .
30 ulasan:
:) betul tu .. dahulukan cinta Allah dulu ..
betul tu :)
like sangat entry yg ini......
Perkara ini agak luas skopnya kan...sebab tiada CINTA yg lebih abadi melainkan CINTA kpd Allah. Golongan muda2 skrg makin dasyat aura mereka dlm hal2 mcm ni...kdg2 menakutkan pun ada...itu lah perlunya pengawasan ibu bapa. Kerana glgn muda skrg sgt mudah tersasar.
Hehe sy setuju.. doa pada Allah tak perlukan wifi, data kuota, kredit dan sebagainya kan :)
Salam Acik...
Ingatlah bahawa jodoh pertemuan, Qada & Qadar itu rahsia Allah dan hanya Dia yg mengetahui. Mohonlah pada Allah, Berdoa dan Cintai Allah barulah Allah akan beri petunjuk dan permudahkan segala urusan.
p/s: Jauh berjalan, Ingatkan nak berjumpa Najib hehe.
Dtg bw sambil follow...nice entri
nice entry dan doa adalah yang terbaik... ^_^
Cinta terhadap Pencipta, adalah satu perasaan yang unik dan sangat haluss..
kena cari cinta Ilahi dulu, baru cintakan duniawi ...
Tak gitu...?
hee
wasalam.. setuju!! orang sekarang bangga bagi tahu dia couple.. hari2 pos gambar berdua. Lepas tu putus paham2 jela habis dimaki2nya. hehe.. cintailah seseorang itu kerana Allah :)
Blog acik aida dah masukkan dalam bloglist April-Jun 2013.. :) tq tau sudi join.
betol kan cik tenang masuk sini . copy jp ayt mention acik kt fb
assalamualaikum ... saya x dapat rasa tu semua . klu ada perkara ptg cuma mssg kat fb jer ... cinta ker ? ... wallahu'alam ...
alhamdulilah
betul tu ...dan seterusnya adalah diri kita sendiri... pilihan di tangan kita juga :)
doa itu bila2 masa ..tak kira masa.. selebihnya terpulang pada kita
wslm :) hbetul tu BM ..hehehehe teringin nk jumpe PM tapi PM jer tak nak jumpe
betul tu ..doa adalah cara yang terbaik
betul tu :) dan seiring pon tak salah :)
ishhh itu yang kita tak nak .. terima kasih
si okey :) thanks nill
walaikumusalam... itu terpulang cara dan perasaan
Memohon & mengadu kepada Allah adalah cara yg terbaik. Doa,usaha,ikhtiar dan tawakal. Semoga doaku dimakbulkan. 'suka seseorg dlm diam"
Serius, tak minat selalu contct. Nk bergayut pun tak suka.
Memohon & mengadu kepada Allah adalah cara yg terbaik. Doa,usaha,ikhtiar dan tawakal. Semoga doaku dimakbulkan. 'suka seseorg dlm diam"
Serius, tak minat selalu contct. Nk bergayut pun tak suka.
alhamdulilah semoga kamu di lindungi ALLAH
hehe betul tu bro...cepat betul bebudak ni luahkan cinta...padahal niat untuk cinta yg halal tu takde...tak keterlaluan kalau aku cakap ramai remaja yg bercinta tu sekadar nak hilangkan kesunyian disamping niat nak bermesra2 semata2....
insyaALLAH..semoga ALLAH melindungi kita daripada membuat maksiat secara sedar ataupun tidak.aminn.
:) muhasabah diri seketika... Selalu beringat Hanya ALLAH yang sentiasa memerhati kita ..
singgah disini sebentar.. nice entri.. background song pun best.. =)
tersangat lah benar. Rasanya cinta dri orang tua pun dah cukup. Bercinta lepas kahwin kan syokk. :) Kalau dgn kwn2 tak kisah lah nak bersyg. lewls.
Warkah cinta..saya suka drama itu, ada sambungan lagi tu. Cinta itu bukan sekadar perkataan tapi lafaz satu ikrar janji. Kalau cinta sekadar dibibir dan bertuhankan hawa dan nafsu itu yang banyak maksiat berlaku tu.
Betul, cintai dalam diam dengan doa moga Allah kurniakan jodoh yang terbaik buat kita. Teringat cerita Fatimah anak Nabi Muhammad, dia menyintai Saidina Ali pun dalam diam dan akhirnya memang Saidina Ali jodoh buatnya. Unik dan indah cara islam ni.
Catat Ulasan