Pengikut

Ahad, 21 April 2013

Jangan Biarkan Mak Ayah Kita Menangis Kerana Perangai Dan Sikap Kita




Assalamualaikum

Hai alhamdulilah dapat lagi menaip di blog yang simple ini, ahh ramai yang cakap template acik nie berat bila nak loading untuk comment. Minta maaf yer nanti acik tukar template, kepada yang sudi membantu acik harapan mengunung di berikan. Acik sedang cari blogger yang sanggup edit dan tukarkan template blog acik nie..

Berbalik kepada cerita hari ini , acik sebenarnya pilu kadang lihat perangai anak remaja sekarang. Bukan apa kadang mereka buat sesuatu hanya ikut kemahuan nafsu dan kepentingan diri tanpa menghiraukan orang sekeliling terutama mak ayah dia.

Semalam acik pergi ke kedai makan  baru balik event, so orderlah makanan, ada seorang mak cik nie dia telefon anaknya, biasalah mak cik mane pandai sangat guna handphone yang canggih canggih nie dan bila dia telefon anak dia , anak dia kata tak dengar suara mak dia. Lepas tu mak cik tu loud speaker. So segala perbualan di dapat acik dengar dengan jelas.

Mak cik : along apa khabar ? mak rindu along ? along bila nak balik ?? 

Anak : Khabar baik, along sibuklah mak, banyak kerja nak buat, entahlah mak along pon tak bila along balik, nanti along balik la .aaahh mak jangan lupa tau masukkan duit RM 300 pada along , along tak ada duit dah nie, duit PTPTN dan abis.

Mak cik : anak mak macam mane belajar ? nanti mak masukkan duit tu, along jangan lupa solat , bace al  quran..subuh tu jangan lupa bangun dan kalau ada duit sikit sedekah kat masjid

Anak : mak !!! jangan membebel boleh tak !! along dah besar , along tahu semua tu !! tak payah nak ingatkan along , along tahu apa yang along buat, mane baik dan buruk.. ala nak sedekah buat apa ,duit nak makan sendiri pon tak cukup.lepas tu anak tu terus tamatkan panggilan. mak cik tu panggil anaknya dan terus memanggil.

lepas kejadian tu , mak cik tu terus menangis , dan menangis ..

Fuhh acik hela nafas jadinya dengan anak sekarang , kalau nak minta duit pandai kemain baik lagi ayat . Tapi bila ada duit senyap tanpa khbar berita.Serius acik katakan sebenarnya bersyukurnya kamu dah besar besar gini ada orang nak ingatkan tentang solat kita dan jaga kebajikan kita. Memang dengar macam semacam jer , bila dah besar ini masih mak nak ingatkan semua tu. Tapi apa salahnye ??


Hargai ibu bapa  kita selagi mereka ada, selagi mereka mampu ingatkan kita lagi, saat mereka tiada, kita akan rindu semua tu , tapi takkan nak biarkan dah tak ada baru nak teringat ? so hargai mereka!!

Jangan biarkan mak ayah kita menangis kerana perangai kita, sikap kita,sebab anak yang buat mak ayah menagis adalah anak derhaka.

Pernah satu hari acik tanya ustaz : ustaz kenapa ada anak yang tak solat, buat dosa tapi dia berjaya dan mendapat limpah rezeki dari ALLAH ? 

Ustaz : Salah satu sebabnya adalah doa ibu bapanya yang tanpa henti untuk kesejahteraan anak itu.Sebab ibu bapa nak tengok anak mereka berjaya walaupon anak anak lupakan mereka. Perginya ibu bapa tersebut maka hilanglah keredhaan ALLAH untuk dia..

Sebab jangan sombong dengan kejayaan yang kita miliki hari ini, kejayaan itu bukan hanya setakat usaha kita, tapi adalah doa dari mereka yang menyayangi kita. Terutama ibu kita  yang dekat dengan kita.

Acik nie bukanlah baik sangat, tapi satu pekara yang acik pentingkan adalah hormati ibu bapa dan sayangilah mereka seadanya sebaigama dia boleh jaga dan terima kita.

Dan pekara yang tak dapat acik lupakan ,suatu ketika dulu ada seorang ibu tua ini terjatuh bawa barangan anaknya.Dan anaknya kemain lagi marah dan memaki ibunya di depan ramai orang , dan berungkit setiap apa yang di berikan pada ibunya.

Kalau di fikirkan mak ayah kita tak pernah berungkit dengan apa pon yang dia berikan apda kita , tapi kita ? sombong dan angkuhnya bila ada duit ? duit bukan segalanya .. tapi kasih sayang itu yang hakiki.

ingat redha Allah bergantung redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kita.

Acik tulis entry ini dengan berlinang air mata bila teringat anak muda sekarang ini. Dan acik harap sangat , acik dapat bersama mak dengan ayah acik sampai acik pejamkan mata ini. Kalau boleh acik nak balas dulu jasa mereka yang telah membesarkan acik dan sentiasa memberikan semangat kepada acik sehingga sekarang , Ini bukan satu janji tapi satu ikhtikad dalam diri untuk berbakti kepada mereka.

Ingat hanya anak soleh/solehah yang di perlukan mereka untuk kesejahteraan mereka di sana nanti.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w.

 "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya." (Hadis sahih riwayat Muslim)


Terima kasih kerana sudi membaca :)

Share This!


17 ulasan:

Hasri Anis berkata...

terima kasih atas entri yang sangat2 menyentuh perasaan ini.. entri ini telah membuatkan saya teringat kat seseorang ..

D'ya D'ana berkata...

sedih baca entri ni,, huhu btul3 kadang2 tak pham knapa diorang boleh marah2 ibu bapa diorang macam tu, pelik, saya pon tak tau la mcam mna nak hdup kalau mak ngan ayah tak ada nnt. hnya doa untuk mereka je yang mampu,, :(

Nurul Aini berkata...

Sedihnya..Kita selalu minta itu ini..tapi kita kadang2 tak sedar atau pura-pura tak sedar bahawa ibu dan ayah kita juga mempunyai masalah. Mereka simpan, dan pendam je. Mungkin betul, apa yang cikgu2 ataupun orang2 tua cakap. Kita akan rasa bagaimana yang ibubapa kita rasa setelah kita menjadi ibubapa.

Aku Penghibur berkata...

alhamdulilah... wahh teringat kat sape tu ??

Aku Penghibur berkata...

ermm betul tu ..acik pon tak dapat bayangkan cm mane :(

Aku Penghibur berkata...

tepat sekali ..betul tu

Bahrain Ramlan berkata...

sedih baca kisah kat atas..makin maju dunia nie, makin teruk pulak perangai remaja2x skrang...bukan nak hormat apatah lagi nak ucapkan terima kasih kat mak.hmmm. takot2x mak tak mengaku anak krang..syurga pun tak dapat..

KY berkata...

kadang2 sesetengah anak2 muda sekarang blh dikatakan kurang ajar kalau bercakap denan org tua...pengorbanan ibu tak kan dapat kita balas sampai bila2 pun, laipun mereka bukannya mahukan harta benda, yg mereka mahu perhatia dan kasih sayang sajakan?

waddah jannah berkata...

astarfirrullalazim..
moga ika x tergolong dalam org mcm tu.
semoga Allah bagi dia hidayah..
semoga mak dia diberi ketabahan dengan sikap anaknya.. amiin..
sesungguhnya Allah maha mendengar.. :'(

Khir Khalid berkata...

Mmg benar.. Ramai remaja sekarang ni yg mementingkan diri & sanggup menyusahkan ibubapa sendiri. Tiada kesedaran.. Tq Acik, entri yg penuh kesedaran.

Hatimi Tahirruddin berkata...

betul tu bro...hehe bukan susah sgt dengar je keluhan mak atau bapa kita tu....tak payah la sampai nak letak telepon...

ps: tak sabar nak tgk template baru tu nanti... :)

Zaza berkata...

sedihnya..moga tak jadi mcm tu kan..insyaALLAH sama2 jg sikap terhadap mak ayh..

Mohd Ridzwan Abdullah berkata...

Kasihilah ibu bapa sementara masih ada...jangan putus2 doakan kesejahteraan mereka. itu lah yg terbaik. Kerana doa anak yg soleh mampu membantu mereka jugak...di samping, redha mereka menentukan redha Allah...Thanks acik. :)

Khairul Zamri berkata...

pakai template thesis nak?

Mieza Jhaa K berkata...

Sedihnya baca kisah ni.. sanggup buat mcm tu kt mak.. xder hati perut langsung.. mcm mana duit PTPTN bleh hbis? Parok jgk belanja tu..

Amanina berkata...

nice entry.. agak tersentuh bila baca :)

Iha Zaliza berkata...

Airmata sy bergenang jgk masa membaca ni acik.. entri2 yg melibatkan ibubapa mmg boleh buat hati rasa sayu.. berikan petunjuk pada anak2 yg pernah derhaka pada org tua mereka.. moga kita sentiasa dilindungi dari memiliki sifat sebegitu..
#nanti sy cuba cari template yg sesuai utk acik.. x janji tapi sy cuba :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails