Assalamualaikum
Baru sempat nak bagitahu minggu nie, sebenarnya acik sedang sibuk recording untuk Dokumentari " Dimanakan Ku Cari Ganti" Tan Sri P . Ramle. Beliau adalah seniman agung yang menjadi favorite acikdan kawan kawan.Semua cerita beliau sangat menghiburkan dan lagu lagunya yang lunak yang tek pernah jemu di dengar.
Dalam dokumentari ini , kami buat khas sepanjang untuk menceritakan tentang kehidupan beliau. Ahhh jangan silap tau kami buat dokumentari ini bukan untuk television tetapi untuk dokumentari Radio. Sebelum tu acik anak ucapkan ribuan terima kasih yang teramat sangat kepada teammate acik iaitu Faiesal dan Hafiizh kerana bertungkus lumus sama sama menyiapkan dokumentari ini. Alhamdulilah hasilnya sungguh baik. Di pembukaan awal dokumentari kami meletakkan lagu "Getara Jiwa".. wow sangat terpesona.
tapi sepanjang kami membuat dokumentari ini baru tahu bahawa P.Ramle pernah bersekolah di sekolah jepun hasil paksaan dari tentera jepun . Peribadi beliau juga patut kita contohi seperti tepati masa, setia kawan dan macam macam lagi.
Tapi memang betul saat editing itu adalah saat yang paling susah sekali sebab kena edit timing by timing dan tentu sekali nak masukkan "voice Over" (VO) itu agak susah jugak nak rekod sebab kena main dengan perasaan .
Oklah acik ada sedikit gambar sekitar recording dokumentari Tan Sri P.Ramlee ini berlangsung.
Paling seronok bila di perdengarkan kepada rakan rakan mendapat sokongan dan mengatakan dokumentari selama 21 minit ini best.alhamduililah kami cuba sedaya upaya hasilkan yang terbaik dan inilah hasilnya.
15 ulasan:
Owh, dimanakan ku cari ganti. patah tak tumbuh, hilang tak berganti.. suka sgt dgn pok pok pok bujang lapok :)
Dokumentari utk apa tu acik??
best tengok hasil karya seniman agung ni.. memang tak pernah jemu tengok cerita yg pernah beliau hasilkan..
Wah..menariknya. Filem2 arwah semunya tak lapok di zaman..begitu juga dengan lagu2nya..malar segar tu.
wahh..tahniah ye..
mesti best kan..=D
Tahniah Acik....
Tan Sri P.Ramlee,
Seminan Agung susah nak jumpa pengganti ni..
untuk assiigment acik kena buat :)
betul tu ..memang taki pernah jemu :)
betul ..bestkan :) hehe
terima kasih ..alhamdulilah best :)
memang tiada pegganti :)
woww...bestnya buat dokumentari, berkaitan P Ramlee lagi..apa2 pun tahniah acik
assalamualaikum ... bila kita mencari , maka ada banyak benda yang sebenarnya kita tak tahu . itulah proses pembelajaran ...
hehe setel dgn jayanya.... :)
P Ramlee ni mmg fasih cakap jepun menurut kata2 org yg pernah bersama beliau dulu....
Saya mmg minat citer dan lagu P.Ramli.. tak jemu tgk walaupun dh berulang kali..
wow hebat, bila buat assignment yg berkaitan dgn kegemaran kita, insya Allah jd lagi mudah.. keperibadian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mmg byk yg boleh kita contohi :)
Catat Ulasan