Pengikut

Sabtu, 18 Mei 2013

Bila Perempuan Bangun Lambat






Assalamualaikum

Fuhhh inilah kehidupan student, sabtu dan ahad masih ada kelas ganti lagi.. alahai penatnya. Hehehe tak pe minggu depan cuti 1 week . Hurey !!!. Ahh Hari ini acik nak buat entry bersantai saje bukan yang complicated dan buat kamu semua berfikir susah susah . Dan ada seseorang perlukan pertolongan kita, kalau ada tips boleh berkongsi dengan bersama.


Ini kes Teha yang katanya susah bangun pagi, ermm pada aciklah tak manis anak dara lewat bangun. Kan elok bangun pagi, solat subuh dan tolong mak pagi pagi siapkan sarapan , barulah  anak solehah dan praktis untuk menjadi isteri. Mak membebel sebab sayang kat kita, untunglah ada mak nak kejut. Cuba lihat orang yang ada ibu semuanya dia kena buat sendiri ,tak ada orang nak ingatkan dia dan rindu akan bebelan mak yang dah lama tak dengar.

Siapa kata lelaki kalau bangun lambat tak kena marah ??? ishhh dusta belaka. Contoh terdekatlah , masa kecil kecil dulu kalau lewat bangun dan tak solat subuh .Comfirm kena marah dan dengar bebelan mak. Tapi bila teringat balik buat acik rasa tersenyum. Alhamdulilah sekarang mampu bangun pagi.

Mak mana tak sayang anak dia ? ahhh itu tanggungjawab mereka selagi mereka bernyawa. Nanti di padang masyar nanti di soal oleh Allah, kenapa tak didik anak kamu untuk bangun pagi dan solat subuh ? ahh guane ??

ok ini tip yang acik amal sejak dulu lagi

Sebelum tidur  baca 3 kul tepuk bantal 3 kali dan cakap "aku bangun pukul enam pagi'.InsyaALLAH akan bangun.

Sebab apa? sebab kita dan set kan otak kita untuk bagun pagi , maka akan bangun.

Dan jangan tidur lewat sangat, pukul 12 dah boleh tidur, kalau nak berfb, twitter and berblog sambung esok yer.


oklah sampai di sini dulu yer , lain kali bersua lagi .. bye bye ..adios :)

Share This!


21 ulasan:

  1. hihi....rasa terkena panahan entri..hihi...cik akak jenis yang lewat bangun juga dik.,..tu lah berjaga punya pasal...kalau hari kerja serius cik akak disiplin...kat kampung pun cik akak disiplin...mungkin sabtu & ahad je cik akak disiplin.,....hihi...

    adik sekali lagi jadi idola cik akak..

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/segmen-blogger-pilihan-saya-by-als.html

    BalasPadam
  2. haha, Kekadang tu kita dah bangun tapi still nak baring-2. kan-3 :)

    BalasPadam
  3. ambil wudhu' sebelum nak tido..
    Pastu baca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah (ayat dia panjang sikit la tp mudah nak ingat)..dan niatkan supaya bangun awal..
    salah satu tips tu acik dah bagitau dah kat atas ^___^

    *saya selalu amalkan dan Alhamdulillah berkesan..

    selamat beramal..
    niat utk amalkan dan sampaikan..
    terima kasih :)

    BalasPadam
  4. terasa pula bila baca perenggan kedua akhir tu.. hihi.. akak selalu juga tidur lewat.. petua tu akak selalu amalkan, alhamdulillah memang menjadi.. :D

    BalasPadam
  5. senang je nak bangun awal sebenarnya...saya pernah buat entry pasal nie...sebenarnya kita kena tudir awal bangun pun senang. cuba tanamnkan niat untuk bangun awal..INSYA ALLAH boleh, saya boleh takkan pompuan tak boleh.. malulah skit...hahaha..tetiba riak plak...

    BalasPadam
  6. Dulu takut nak bangun lambat, nnti mak membebel..ayah marah lg teruk.. sampai sekarang lekat tabiat tido awal bangun awal.. tak biasa tido sampai pukul 9 pagi.. Sungguh tidak berdisiplin. kalau nak bangun pukul 3pagi contohnya, biasanya saya terjaga dgn sendiri tepat 2.45pagi..haha...bagus tak otak saya Acikk?

    BalasPadam
  7. tak tau sapa bagi tips ni..
    dia cakap.. niat dalam hati nak bangun awal pagi..mintak doa Allah kejutkan kita ...

    insyaAllah kita akan di kejutkan..tapi jadi persoalan bila dah dikejutkan.. pi tarik bantal lagi.. hhahaha..so kene ada motvasi diri..

    BalasPadam
  8. muja suke bangun pagi tapi ada masanya rasa macam nak bermalasan,, hehe,, tq for this entry :D

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum Wrmbth tuan penghibur.

    Tips bangun awal.. cepatkan jam 40 minit. Insyaallah berkesan.

    Takpun tidur awal. SUnnah Rasulullah SAW tu. Tidur awal bangun awal untuk hidupkan malam.

    Hari ni pun dah bulan rejab, lepas tu syaban dan ramadhan. Dah dekat benar dengan pesta ibadah achik.

    Moga2 ada rezeki Allah jumpakan kita dengan bulan ni

    BalasPadam
  10. kathy selalu juga tidur lewat,gara2 layan si baby dan abah baby tapi jam6 tetap bangun tengok anak2 sembahyang subuh ke tak?hehehehe..

    BalasPadam
  11. tidur yg berkualiti pasti senang bangun pagi...kalu tidur lewat dan banyak gangguan mimpi bukan2 pulak dah tentu susah bangun pagi...kalu terpakse pun badan lemah lesu...

    BalasPadam
  12. kak mia pula... kalau tidur lambat tapi nak bangun cepat akan telan vitamin c 1000mg sebiji sebelum tidur. bila jam loceng berbunyi (memang kuat) akan bangun.

    ini kalau kak mia tidur lewat antara 12.00 malam hingga 4.00 pagi. boleh bangun kul 6.00 pagi.

    bukan selalu berlaku. mungkin dalam seminggu 2-3 kali. waktu tengahari kenalah tidur sekejap.

    kalau tidur macam biasa, kak mia akan makan pil vitamin c tu sebelah pagi.

    BalasPadam
  13. kalau alyn pula skrg ni nak bangun lewat jadi malu dah dekat ibu dan abah..maklumlahkan dah besar panjang..bila bangun abah dgn ibu jeling2 kat anak dia ni..bg alyn sebagai perempuan, amalan bangun pagi ni kena praktik dari sekarang..nanti dah kahwin jadi susah pula..

    BalasPadam
  14. tak de masalah bangun lambat kalau kita solat subuh . Kalau kita dah biasa bangun pukul 6 , maka malaikat akan kejutkan kita bila tiba pukul 6 . Cam tu gak kalau sebelum tidor kita dah niat bangun pukul 6 , maka malaikat akan sedarkan kita bila tiba pukul 6 . On alarm kat phone letak kat sebelah telinga . klu x boleh bangun juga , mmg dah pemalas lah kan !

    BalasPadam
  15. perempuan tak diajar suh bangun lambat. nanti bila dh bergelar isteri, byk kerja tergendala bila asyik bgn lambat

    BalasPadam
  16. terbaik semua tips2 ada dikongsikan di sini...semoga teha tak lewat lg lepas ni.... :)

    BalasPadam
  17. Adehhh... terkena pulak!!!
    Kihkihkih..
    AJ kalau weekend mulalah bangun lambat...

    BalasPadam
  18. kunci jam la..kalau rase nak peram lame2,kunci awal cket..huhu

    BalasPadam
  19. KM pulak jenis suka lepas solat subuh tido balik. Tapi sejak bersuami ni automatik bangun awal haha... nak kena petir kalau bangun lambat? Tak kirala KM tido kul 12 ke kul 1 ke kul 2 ke, memang automatik bangun awal.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails