Pengikut

Jumaat, 17 Mei 2013

Macam Mana Kita Nak Pilih Seseorang Yang Terbaik Sebagai Orang Paling Kita Sayang Dan Jodoh Berkekalan ?



Assalamaualaikum

Baru sempat update blog, abis kelas terus bergegas mengadap laptop. Bukan apa semalam terlalu banyak rakan rakan blogger remaja yang minta acik kongsikan tentang cinta. Wahh cinta lagi ? itulah yang di perlukan anak muda kita, cinta cinta dan cinta. Tak pelah tak jadi masalah pon ,so jom bace sedikit kisah pengajaran ini :)

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka dengan itu terimalah seserang itu seadanya dan hargainya. Jangan dah tak ada baru nak tercari cari. Cinta itu perlu ada "give and take" bukan hanya sekadar dari sebelah pihak saje.Ikhlaslah mencintai seseorang itu kerana Allah taala.

Share This!


20 ulasan:

  1. akak setuju sangat.. hargai dan terimalah kelebihan dan kekurangan orang yang kita sayangi dengan seadanya..

    BalasPadam
  2. wah sekarang perumpamaan rumput pula...suka sangat...nak komen nie.....

    Bila kita melihat....buka mata seluas-luasnya....lantaran minda berfikir....memilih untuk mencari yang lebih baik dari yang baik....Begitu jugalah cinta.....bila hati dah sayang layaknya kita menyintai dengan apa seadanya....bukan hanya tahu melafazkan....tapi pandai mempraktikalkan dengan menggunakan iman dan hati....Ikhlas dan sentiasa jujur dengan setiap langkah...tanpa perlu menoleh ke arah nafsu semata-mata...memang mencari itu kerja kita manusia...tapi hakikat pencarian kita biarlah dengan berlantaskan kata iman kita...insyaAllah Allah pasti temukan kita dengan cinta kita....dan Allah akan pelihara cinta kita...andai kita pelihara cinta kita kepadaNYA .....Lantaran itu...bila dah sayang, cinta dan kasih pada pasangan ...jangan lupa noktahkanlah jalan cinta kita itu...

    BalasPadam
  3. haa sungguh tuh..dah ada yg cantik tuh jgn nk memandai cari yg paling cantik plak..hehe..

    cuba utk menjadi setia bukan perkara mudah..tp at least kita cuba..=)

    BalasPadam
  4. jangan menoleh ke belakang..terus ke depan..
    sentap.. hehehe.. hargai lah org yg berada di depan mata..

    BalasPadam
  5. Bila baca cerita ni buat saya terkenang kisah dulu-dulu.. kadang2 ada rasa bersalah dalam diri.. tp cepat2 patahkan rasa tu.. fikir positif bahawa saya dah pilih yg terbaik dan xkan berpaling lagi..

    BalasPadam
  6. Bila baca cerita ni buat saya terkenang kisah dulu-dulu.. kadang2 ada rasa bersalah dalam diri.. tp cepat2 patahkan rasa tu.. fikir positif bahawa saya dah pilih yg terbaik dan xkan berpaling lagi..

    BalasPadam
  7. betul tu acik..kena terima pasangan kita seadanya sepertimana dia menerima kekurangan kita..

    BalasPadam
  8. tertarik dengan entry nie dengan perumpamaan dengan rumput...belajar untuk menerima dan bersyukur apa kita dapat..

    BalasPadam
  9. Dah jumpa kotak komen ni...
    Salam Acik, menarik sekali kisahnya...perumpamaan yg begitu simbolik

    BalasPadam
  10. tak perlu memilih . perjalanan masa dan tempoh tu yg akan memberi jawapan .perlu pandai menilai , mentafsir dan beri timbang tara . kita perlu sensitif dengan setiap klu / hint yg ada . Allah pasti beri ... ingat ! kita mencari soulmate yg akan bersama kita hingga ke syurga ...

    BalasPadam
  11. perumpamaan yg menarik....kalau lah boleh main undur2 mmg senang la jawabnya...heheh

    BalasPadam
  12. nak membuat pilihan dalam hidup bukan senang tapi yang bakal memikul tanggungjwb itu yg dicari dan beragama

    BalasPadam
  13. cinta cinta dan cinta, cinta kadang2 sukar ditafsir, kerna cinta hanya dapat dirasai bukan diperlakukan, seandainya hati sudah jatuh cinta, jagailah ia

    BalasPadam
  14. tiada manusia yang sempurna begitu juga kita. Jadi bila dah menyayangi seseorang terimalah dia seadanya dari segi kelebihan dan kekurangannya. Seperti mana dia juga mampu menerima kelebihan dan kekurangan kita :)

    BalasPadam
  15. cinta itu memberi & bukan memaksa.
    cintai seseorang dgn ikhlas.
    tq

    BalasPadam
  16. Betul Acik..
    AJ setuju..
    Nak buat pilihan tu bukan senamg dan bukan untuk jangka masa pendek.

    BalasPadam
  17. kalau tak sayang nak buat mcmna? kena cari yang lain ke?

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails