Pengikut

Jumaat, 31 Mei 2013

Kadang Kita Lihat Tubuh Badan Sihat , Tapi Hati Dan Jiwa Menderita Sakit

hati menderita, hati parah, hati sakit


Assalamualaikum

Dalam sepanjang perjalanan hidup kita, kita dah jumpa dengan bermacam orang dan dan pelbagai ragam mereka . Tetapi jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.


Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.

Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap benda lagha, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."


 
Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Oleh itu kita kena check hati kita, kadang kita nampak badan sehat tapi hati dan jiwa kita menderita dan parah. Jom kita muhasabah diri. Jauh mane kita leka, kita kena sedar dan kembali ke jalan ini. Acik pon banyak salah dan silap, sama sam kita  perbaiki diri dan berubah kearah kebaikan :)

Share This!


19 ulasan:

  1. btol tu bro. sihat luaran blom tentu sihat dalaman..byk kes2 bunuh diri, dan mcm2 lagi tu semua sbb dalaman sakit la tu.

    bru terfikir yg selama ni kita asyik sibuk jaga kesihatan luaran semata2..

    BalasPadam
  2. Allahu Akhbar. hati yg sakit krna kita bnyak lkukan mksiat dan disa.. taubat itu penawarnya.. Al quran penenangnya..

    BalasPadam
  3. honestly...kakak suka dengan entry ni acik... ya betul, sentiasalah cek hati kita...jangan biarkan hati kita dalam keadaan yang tidak sihat...

    BalasPadam
  4. sesungguhnya dengan meningati Allah jualah jiwa akan menjadi tenang... jaga hubungan dengan Allah dan masyarakat disekeliling kita..insyaAllah.. :))

    BalasPadam
  5. Bila kita sentiasa ingat Allah, Allah akan sentiasa ingat kita..

    BalasPadam
  6. akak pun tak sihat hari ni acik...

    BalasPadam
  7. akak setuju sangat.. jagalah hati jauh dari perasaan negatif.. doa adalah senjata orang mukmin.. thanks atas perkongsian ni.. :D

    BalasPadam
  8. perkongsian yg sangat berguna. thanks. tgh merawat sakit dlaman. heheh.

    BalasPadam
  9. dalam hati , elakkan da perasan cemburu dan hasad dengki pada org lain ...

    BalasPadam
  10. Sihat zahir dan batin...itulah yg terbaik. Zahir kita check dgn doktor, hati...kita muhasabah, semuanya ada rawatan dan penawarnya.

    BalasPadam
  11. sakit dan stress sbb bebanan keje yg x abis2..siap 1 9 lg x siap..haha

    BalasPadam
  12. Suka entry ini!! Sakit bila ada datangnya kerja yang berlambak :)

    BalasPadam
  13. Muhasabah diri..jaga hati kita..jangan sampai sakit dan tenat..

    BalasPadam
  14. Jaga hati, jaga niat, jaga diri, semoga hati kita sentiasa terpelihara oeh NYA...

    BalasPadam
  15. assalam acik.

    sy pun mengalami begitu. kadang-kadang sakit sangat, sy bukan berdengki sapa-sapa pun, cuma sy asyik berfikir negatif...

    insya-Allah sy cuba sedaya upaya :(

    BalasPadam
  16. mari kita amalkan amalan utk memelihara kesihatan hati...

    BalasPadam
  17. suka entri ni acik.. satu perkongsian yg bagus.. jom sama2 check hati :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails