Pengikut

Rabu, 1 Mei 2013

Rahsia Tersembunyi : Lelaki Lebih Merana Berbanding Perempuan Bila Putus Cinta ?




Assalamualaikum 

Selamat hari pekerja semua, selamat bercuti jugak. Sebelum itu minta maaflah sebab entry yang pertama itu adalah entry auto post macam gitulah , sebab sekarang nie acik sibuk banyak sebab tu kena buat entry auto post.. Hari ini acik nak kongsikan sesuatu.

Sehebat mana seseorang itu pastinya ada kelemahan yang tersembunyi dan kadang di tutupi setiap kelemahan itu . Kita ambil dari sisi positive bahawa kelemahan boleh jadi kekuatan sebenarnya tapi bagi mereka yang tahu siapa diri mereka yang sebenar. Dan begitu juga hati kita, jika kita tak cuba kuatkan hati ,maka lemahlah dia, jika kita putus asa , hati akan merana. Percaya pada ketentuan Allah.

Ahhh cinta dan cinta setiap hari akan di bahas di mana  mana sahaja, siapa pernah putus cinta ?? Putus cinta memang sangat menyakit dan pahit tak seperti jatuh cinta. Sakit beb sebab acik pon pernah rasa juga masa zaman budak budak nak kenal cinta cintun ini. Kalau kita lihat di dalam filem mahupon realiti kebiasaanya di tonjolkan bahawa kaum hawa begitu sengsara bila putus cinta dan trauma yang melampau.Dan dapat kita lihat lelaki putus cinta cool saje seperti tak ada perasaan , paling tidak hanya mengamuk.

Siapa kata lelaki putus cinta itu cool saje ? kebenaran yang sebenar lelaki lebih merana dan sengsara bila putus cinta ? percayalah.Menurut kajian nisbah lelaki bunuh diri kerana putus cinta 3:1 . Ini acik tak meraguinya kerana lelaki ini banyak pendam perasaan di campur dengan ego mereka. Kadang ada saje yang cakap siapa suruh ego . Sedangkan ego itu di ciptakan oleh ALLAH jadi tak perlu pertikaikan yang buat ianya rendah dan tinggi ego itu adalah diri kita sendiri.

Serious, lelaki kalau putus cinta memang teruk sebab ini apa yang acik lihat dari kawan kawan dan orang sekeliling. Ambil masa yang lama untuk pulih , tapi bila depan kawan kawan kena tunjukkan tak ada apa apa ,padahal dalam bilik menagis tersedu sedu. Ini realiti.

Mana tak frust kadang kala dah banyak duit kita keluarkan untuk "si gadis idaman" dan dah siap bawa jumpa keluarga. Ada kes sanggup berhutang dengan bank dan along untuk tampung pembelanjaan "si gadis idaman". Waktu dah banyak habis bersama .

Kadang kala sanggup buat apa saje untuk dapatkan si dia kembali. dan siapa salah itu tak perlu bahas kerana mengikut situasi kisah cinta mereka tersendiri.

Pernah dulu , kawan acik siap tak datang kelas 1 minggu duduk terperap dalam bilik dan keputusannya pon merundum. Tapi itulah namanya ujian dari ALLAH.Sebenarnya begitu bagi kaum hawa mereka begitu juga derita kerna putus cinta. Entri ini bertujuan untuk memberitahu semua orang bahawa siapa yang putus cinta itu memang akan sakit dan merana.Tak kiralah lelaki atau perempuan. 

Sebab tadi ada yang hantar mesej dengan acik bahawa dia kata "Lelaki tak tahu rasanya sakitnya putus cinta". Tak pelah apa pon kepada siapa yang sedang putus cinta jangan sedih lama lama, ALLAH jarakkan kita dengan si dia untuk kita muhasabah diri dan membaiki diri. Boleh jadi dia orang yang rugi sebab melepas kita yang benar benar sayang dia. Sebab itu jodoh itu Rahsia ALLAH. InsyaALLAH kita akan dapat lebih baik .


Bila putus cinta pasti hati akan tak tenteram .Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”


Share This!


38 ulasan:

  1. Kawan sy pernah jugak mengadu dulu yg putus cinta ni mmg menyakitkan diri dia.. sbb lelaki kena kawal perasaan tak macam perempuan.. sekali kaum adam frust, memang lambat nak pulih.. tu kata kawan la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..sy dah 12 taun pon blm pulih.. Still single smpi skg.. Hati dah tertutup dan sakitnya Allah saja yg tahu.

      Padam
  2. memang hebat kan cinta acik...boleh buat orang cam tu...kenapa dan mengapa..semua tu salah kita juga..tak pernah nak menghargai apatah lagi nak mensyukuri nikmat kasih sayang yang Allah bagi...Kenapa bila dah putus sayang...putus cinta...putus kasih...baru nak ingat sakitnya..pelik kan..kenapa waktu terputus tu..tak fikir cam tu..hahaha...manusia manusia...setiap apa yang berlaku memang dah tersurat...cuma kita nampak yang tersurat je...yang tersirat itu hak hakiki Allah...mengapa kita tak sujud kepadanya...minta perlindungan rasa kasih sayang, rasa cinta kita dan rasa kasih kita...doa mintak diredhi poerhubungan kita...

    Cinta cuma persinggahan...bahtera cinta memang ada....kadang boleh membuatkan kita hanyut...kadang membuat kita menangis sedih, kadang membuat hati kita tak tenang...dan macam lagi penangan cinta nie...

    Lelaki & perempuan memang diciptakan untuk mencari cinta...merasa menyemai cinta dan keperitan cinta memang azali milik kita manusia....

    Apa yang penting...setiap perhubungan perlu ada keikhlasan, kejujuran dan kepercayaan...
    Paling penting berserah dan berserah kepada Allah...mohon hidayah...agar apa yang kita impikan menjadi kenyataan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sakit nye lepas sye putus cinta ngan awek sye. Hidup sye x tentu arah. X tenteram

      Padam
    2. Sakit nye lepas sye putus cinta ngan awek sye. Hidup sye x tentu arah. X tenteram

      Padam
  3. Heheh. Terdiam =) Dulu Vee pun percaya benda ni, tapi banyak lelaki tak nak mengaku and slowly it fades away. Tp skrg dah percaya balik :p

    BalasPadam
  4. hahha,,moral of the story,,lelaki jgn nak bzir duit tok pmpuan,,and pmpuan jgn nak guna duit lelaki yg bukan sah jadi milik kita,,:)

    BalasPadam
  5. wanita kalau putus cinta.... memendam rasa...... tapi lelaki ada yg memberontak.......
    apa apa pun.... sekiranya berlaku perpisahan... kuatkan semangat... dekat diri pada tuhan.....

    BalasPadam
  6. eeemmm...macam tu ekk, akk pun tak pasti mcm mana rasa putus cinta, heeee...tetapi rasanya memang pedihkan, dikianati insan tersayang..

    akk pernah tulis artikel tentang cinta lelaki lebih hebat dari wanita, cubalah baca

    BalasPadam
  7. hurmmmm.... If i can learn on how to act cool whenever i get hurt.. :)

    BalasPadam
  8. ye kan?apa pun lelaki dan wanita semua punya perasaan. jika dua2 ada perasaan cinta maka kedua2akan ada rasa kecewa dan terluka.

    BalasPadam
  9. Semua orang pasti akan ada rasa sakit jika kecewa dan sebagainya sebab semua orang ada perasaan. Lelaki tak tunjuk emosi dia sebab sememangnya Allah dah ciptakan lelaki sedemikian rupa. Hati dan perasaan mereka hanya Allah yang tahu. Kalau dua-dua tunjuk emosi, masalah juga.

    BalasPadam
  10. owhh baru tau pasal neh... hmm tp rasanya siapa yg putus cinta mmg akan merasa sakit, tp kekadang manusia tu ego kan, xnak tunjuk prasaan tu...pendam sorang2 tu la yg dok jadi macam2 kan....apa2pun kena kawal emosi...

    BalasPadam
  11. mungkin lelaki yg betul2 serius dalam percintaan akan rasa kecewa ni....hmmm aku tak expert nak komen lebih2 dalam hal ni....

    BalasPadam
  12. slm acik...owh ada jugak kwn lelaki kak lea yg pts cinta.diorg mmg cool bila di depan kwn2..tp balik rumah sure rs sebak sbb slma ni diorg ada gf utk berkongsi suka duka bersama.

    ada kwn ms tgh crta ttg pglmn pts cinta,mata merah menahan kecewa cinta x kesampaian.tp diorg ni cpt pulih sbb segan nk tjk dpn kwn yg diorg lemah sbb cinta :)

    BalasPadam
  13. tak sangka pula, sebab lelaki ni ego tinggi sangat. Malu nak tayang perasaan dia kat org lain? betul ke? hehhe.

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ... akak krg setuju bab nih . gender tu bkn ukuran . tapi camna individu itu menerimanya dan mengatasinya . x kira lelaki atau perempuan . ada individu jenis cinta buta , ada jenis cinta dtg dan pergi ,ada jenis cinta material , ada jenis cinta realistik ada gak cinta tunggal . hanya pemikiran , kekuatan jiwa dan iman yg membezakan mrk . bkn gender ...

    BalasPadam
  15. huhu ada betulnya tu saya pun pernah alaminya, sangat perit juga :)

    BalasPadam
  16. Lelaki atau perempuan itu sama dikala kecewa...hanya ingin terlihat pada zahir atau tidak.

    p/s: Semoga Allah permudahkan segala urusan Acik. Good luck!

    BalasPadam
  17. memang susah nk tgk para lelaki bersedih lepas putus.. ermm apa pun terpulang pd individu

    BalasPadam
  18. yea, betul tu chik, lelaki ni lau break mmg frust. tapi, dia tak nak ditengok lemah. tu yang ego tak bagi tunjuk.
    But, still dorang kdg-2 x ego cerita ngan perempuan yang dia caya :)

    BalasPadam
  19. betul ada..ada setengah lelaki kadang2 begitu =)

    BalasPadam
  20. Baru je break :') Agaknya macam mana dia skrg kn? =(

    BalasPadam
  21. lain org lain cara handle putus cinta..

    BalasPadam
  22. broken heart bleed tears :'(

    BalasPadam
  23. hot la entry ni. hehe. sama je kan, baik laki baik perempuan. dua-duda ad perasaan kan :) org laki lbh merana mgkn sbb laki ni kalau dh syg, syg sgt kan.. kalau dia nak, dia sgh2.. bl putus tu merana XD

    BalasPadam
  24. eh,,betul juga kan..lelaki ego..tak pernah pulak trfikir mcm ni..kwn lelaki sya slalu mgadu masa clash dgn GF dia dlu..tgok dri muka memang tw dia frust giler

    BalasPadam
  25. Hehe benar sekali..saya rilex je..sakit kejap2.. tp dia merayu agar sy kembali hampir 2 tahun.. nak buat macam mana dah tak berjodoh..kita kena terima..ada ramai lagi yang lebih baik dan mencintai kita seadanya..

    BalasPadam
  26. Maleh nak cri yg lain sbb cinta aku tu tunggal hanya sekali iaitu pd dia ,walaupun aku sendiri yg declare putus .putus bukan sebab curang tp ada sbb tersendiri yg jauh aku nampak bahaya.jadi kalau lah prempuan tu boleh menunggu cinta selepas nikah alhamdulillah la kalau tidak terpakse lah aku cri yg lain wlaupun pernah berjanji dulu :'(

    BalasPadam
  27. memang sakit....minggu pertama boleh di tahan lagi...after that mmg sukar....setiap benda akan buat kita ingat dia....memang ambik masa nak lupa...walaupun dia dah move on kita masih ingatkan dia...apa jalan penyelesaiannya??? kalau sekadar mencari orang baru tapi hati masih dekat dia, tak da guna jugak....

    BalasPadam
  28. Saya rasa.. Dlm cerita ni
    . saya la lelaki.. Sy gf yang banyak hbiskan duit n masa utk dia.. sy mnx putus sbb sy yg da xle tahan dgn hububgan ni.. A guy shouldnt put the burden on the girl he loves rites..

    BalasPadam
  29. Itu tunjukkn betapa tulusnya cinta dan kasih seorang lelaki terhadap perempuan yg dcintai. Kesimpulannya, jge baik2 pasangan mu, baik perempuan or lelaki...

    BalasPadam
  30. Itu tunjukkn betapa tulusnya cinta dan kasih seorang lelaki terhadap perempuan yg dcintai. Kesimpulannya, jge baik2 pasangan mu, baik perempuan or lelaki...

    BalasPadam
  31. Dulu sye ade kenal sorg prempuan ni,dia adik kpd kawan sye,punya lame kitorang dok main senyum2 dulu,sye ni jenis penakut nak ngorat perempuan,maklumlah dia kot cinta pertama sye..last2 sye Curi nombor telefon dia kat abg dia,start pade tu kitorang sering berhubung dan mase tu jugaklah kitorang menjalinkan hubungan,4 tahun kitorang couple,sye dh janji dgn die yg sye akn capai cite2 sye utk kahwin dan bina sebuah kluarga bhagia dgn dia..mase kitorang couple,sye slalu bgitau dkat dia yg sye btul2 ikhlas sygkn dia dan sye betul jujur kerana Allah,dia pon same..sye trtarik dgn prwatakan dia yg sopan santun,tak macam gadis yg gedik and lain2..dlm relationship kami,sye tak pernah sekalipon brniat nk menduakan atau mentigakan dia..huhu,.tapi Allah nak tunjukkan kebenaran pada saye,suatu hari sye dpt lihat dgn mata sye sendiri yg dia ade orang lain,empat tahun saye menaruh harapan pada dia,kenal mak ayah masing2,dan selama 4 tahun jugaklah saye menjaga hati saye utk dia..dah byk knangan kitorang ciptakan,tapi trgamak dia tipu sye selama ni..sye trauma smpai skrg sye dah takde hati utk mana2 perempuan,saye dah kebal dgn pujuk rayu dan airmata perempuan..sampai sekarang sye belum berjumpa jodoh sye sdangkan dia dah punya suami dan 2 orang anak.hurm bahagia utk dia tpi tidak utk sye..pade mane2 perempuan,tolong jgn mainkan perasaan lelaki yg benar2 ikhlas dgn korang,sbb lelaki yg benar2 sayangkan kau ade,tapi 1 dalam 1000..

    BalasPadam
  32. Dulu sye ade kenal sorg prempuan ni,dia adik kpd kawan sye,punya lame kitorang dok main senyum2 dulu,sye ni jenis penakut nak ngorat perempuan,maklumlah dia kot cinta pertama sye..last2 sye Curi nombor telefon dia kat abg dia,start pade tu kitorang sering berhubung dan mase tu jugaklah kitorang menjalinkan hubungan,4 tahun kitorang couple,sye dh janji dgn die yg sye akn capai cite2 sye utk kahwin dan bina sebuah kluarga bhagia dgn dia..mase kitorang couple,sye slalu bgitau dkat dia yg sye btul2 ikhlas sygkn dia dan sye betul jujur kerana Allah,dia pon same..sye trtarik dgn prwatakan dia yg sopan santun,tak macam gadis yg gedik and lain2..dlm relationship kami,sye tak pernah sekalipon brniat nk menduakan atau mentigakan dia..huhu,.tapi Allah nak tunjukkan kebenaran pada saye,suatu hari sye dpt lihat dgn mata sye sendiri yg dia ade orang lain,empat tahun saye menaruh harapan pada dia,kenal mak ayah masing2,dan selama 4 tahun jugaklah saye menjaga hati saye utk dia..dah byk knangan kitorang ciptakan,tapi trgamak dia tipu sye selama ni..sye trauma smpai skrg sye dah takde hati utk mana2 perempuan,saye dah kebal dgn pujuk rayu dan airmata perempuan..sampai sekarang sye belum berjumpa jodoh sye sdangkan dia dah punya suami dan 2 orang anak.hurm bahagia utk dia tpi tidak utk sye..pade mane2 perempuan,tolong jgn mainkan perasaan lelaki yg benar2 ikhlas dgn korang,sbb lelaki yg benar2 sayangkan kau ade,tapi 1 dalam 1000..

    BalasPadam
  33. Harapan musnah setelah si dia tetap dgn pilihannya. 12 tahun berlalu sakitnya masih sperti baru smlm terjadi. Allah sj tahu hati ini..
    P/S: membujang smpi skg. Hati dah trttup utk jatuh cinta lg.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails