Pengikut

Khamis, 23 Januari 2014

Ekspresi Tinta Siber :Penulis Blog,Penceramah Motivasi & Kesedaran Sosial

khir khalid

Assalamualaikum

Dalam kerancakan dunia siber ini menjadikan ramai para mengguna alam maya yang ingin di kenali dan menjadi popular. Tetapi ianya tidak berlaku bagi seorang insan ini yang lebih mengutamakan aktiviti sosial di samping menjadi blogger dalam memberi infomasi. Jika menyebut Khir Khalid mesti ramai yang mengenali dan mungkin juga kamu belum mengenali beliau ,jadi kepada yang belum mengenali mari kita ketahui sedikit latar belakang saudara Khir Khalid.Beliau merupakan pemenang bagi salah satu segmen acik untuk di review.

khir khalid
Khairul Anuar Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Khir Khalid dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di daerah Pontian, Johor. Mendapat pendidikan formal dan sekolah agama negeri Johor di daerah Pontian sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang pemasaran di RIMA College, Johor Bahru.

Mengikuti kursus lanjutan The Chartered Institute of Marketing (C.I.M., U.K.) pada 1994 di Kuala Lumpur, seterusnya ditawarkan ke University of Wolverhampton, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan dengan Kepujian dalam bidang Pemasaran (BA Hons Marketing) pada tahun 1997.Mula berkerja dalam sektor pelaburan sebelum mendalami bidang keusahawanan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Queensland, Australia pada tahun 1999. Penglibatan awal bermula sebagai pengurus acara dan penulis naskhah (copywriter) untuk program-program sosial dan kemasyarakatan (event & promotion) sebelum berkecimpung sepenuhnya dalam aktiviti kesedaran sosial sebagai kerjaya.

Setelah menempuh banyak dugaan kehidupan dan kerjaya, beliau bertekad berkongsi pengalaman, pandangan serta menyumbang pendapat tentang isu kesedaran sosial melalui ceramah, penulisan blog, media dan program-program kemasyarakatan dengan sokongan kerjasama sektor awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) di Malaysia dan antarabangsa.

Anak kelahiran Johor Baharu ini menjadi salah seorang idola acik dalam pengucapan awam mahupun dari segi penulisannya. Acik pernah mewawancara saudara Khir Khalid ataupun pemilik www.http://khirkhalid.com/ di alam maya dan mendapat tempat pertama bagi pembentangan pemilihan personaliti alam maya terbaik. 

Dimana ketika sesi wawancara acik ada menanyakan apakah tujuan menjadi blogger ?

Tujuan saya berblogging adalah untuk memahatkan pengetahuan yag ada agar dapat dijadikan rujukan pengkajian disamping berkongsi pengalaman tentang kehidupan dan mengenali dunia blog melalui ukhwah yang terbina sesama blogger, mudah-mudahan membawa kebaikan juga buat para blogger yang dihormati semua.Disebabkan saya masih baru dalam berblogging, saya berpendapat golongan yang mudah didekati adalah dari kalangan pelajar, remaja & belia serta warga dewasa yang berkeluarga yang menjadikan media sosial sebagai satu sumber maklumat tegar dalam kehidupan mereka. 

Jika siapa mengikuti perkembangan blogger Khir Khalid  beliau mempunyai dua blog iaitu www.khirkhalid.com bagi bahasa melayu dan http://khirwords.blogspot.com/ bagi blog bahasa inggeris. Penulisan beliau di blog khir khalid bermula 5 februari 2013 sehingga kini, walaupun nampak seolah baru tetapi sebenarnya pengisian sangat sempurna. 

Penulisan yang bersahaja, pengguna bahasa yang sangat baik sama ada bahasa melayu mahupun English. Pengolahan ayat begitu baik sekali dan dan penghuraian setiap entri begitu baik sekali. Paling seronok adalah apabila beliau berkongsikan cerita dan pengalaman kehidupan ketika berada di luar negara mahupun aktiviti sosial yang di lakukan. 

Blog ini mengunakan pengenalan "trademark" yang cukup baik " Ekspresi Tinta Siber " yang begitu menarik, "catchy" dan menampakkan kematangan tentang penulisan. Blog ini mempunyai 335 pengikutnya dan 918 pengikut di G+. Paling seronok apabila membuka blog ini kamu akan mendapat mengetahui aktiviti sosial dan perjalanan hidup beliau.

Secara peribadi acik mengenali beliau, beliau sangat baik hati dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Walaupun beliau lebih berilmu tetapi beliau sudi melayan kerenah acik dan persoalan-persoalan yang acik tanyakan pada beliau dan beliau begitu professional dalam setiap apa yang beliau lakukan. 

Beliau bukan hanya sekadar blogger biasa tetapi beliau juga sebagai medium untuk membetulkan persepsi masyarakat terutama tentang kehidupan si sebalik tirai besi atau penjara.
Berdasarkan pengalaman, pelbagai pandangan negatif timbul apabila memperkatakan tentang penjara. Sememangnya tiada siapa di dunia ini yang menginginkan untuk masuk ke penjara. Namun qada’ dan qadar setiap manusia itu berbeza-beza. Sama ada mahu atau tidak, ada yang ditakdirkan ke penjara.Apabila aku mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dalam perihal kepenjaraan, ada juga timbul suara-suara sengal berkata tentang “badi”, “sial” atau “suey”… Ada yang berkata, “banyak peluang lain, apahal penjara dijadikan prospek kerjaya… suey lah!!”.Sememangnya banyak peluang lain jika difikirkan, namun berdasarkan seru hati serta pengalaman membuatkan aku bertekad untuk terlibat membantu jiwa insan agar diri aku juga dapat dibantu, in shaa Allah. Cuma apa yang aku terkilan ialah dalam kebijaksanaan sesetengah orang, boleh pula berkata tentang badi, sial dan suey. Ketahuilah, kepercayaan seperti itu boleh membawa kepada sesuatu yang mensyirikkan. 
Untuk membaca lebih lanjut di sila Click disini Penjera Sejahtera : Memupuk Keinsafan ,Membina Modal Insan 

Menurut beliau detik-detik manis (kejayaan) selama menjadi Penceramah Motivasi & Kesedaran Sosial ialah detik-detik manis yang paling tidak dapat beliau lupakan ialah pada tahun 2008 apabila 6 orang bekas pelajar dari sekolah Hendry Gurney, Telok Mas, Melaka telah berjumpa saya untuk mengucapkan penghargaan terima kasih diatas nasihat & motivasi yg telah saya berikan kepada mereka. Mereka kini telah menjawat jawatan dalam Unit Simpanan Polis Persekutuan (FRU). Walaupun mereka pernah bersekolah di sekolah yg digelar “sekolah budak jahat” tetapi diatas tekad mereka untuk berubah & insaf, mereka telah berjaya & ada diantaranya juga yg berjaya menjawat jawatan sebagai inspektor didalam FRU. Itu adalah salah satu detik yg sgt manis buat saya.

ucapan terakhir daripada beliau berkaitan nasihat dan harapan yang saudara ingin kongsikan kepada masyarakat, blogger lain atau individu yang ingin menjadi seperti beliau. 
Saya bukanlah seorang yang hebat, apa pun saya berpegang kepada amalan berpesan-pesan untuk kebaikan & kebenaran. Saya bukanlah yg terbaik, tetapi melalui pesan-pesan ini, kita juga dapat beroleh ilmu dari insan-insan yang lain untuk menjadi insan yg lebih baik, in shaa Allah.

 Tiada ulasan untuk blog kerana blog beliau pada acik sedap mata memandang bertemakan warna putih dan paling penting header blog yang sangat "smart".  Blognya "loading" tanpa tandingan memang cepat dan laju.Akhir kata dari acik, acik sangat mengagumi beliau dan berharap satu hari nanti dapat bertemu beliau secara personally dan dapat mendengar ceramah beliau. Semoga impian itu tercapai ,amin ya ALLAH.

Berdasarkan pengalaman, pelbagai pandangan negatif timbul apabila memperkatakan tentang penjara. Sememangnya tiada siapa di dunia ini yang menginginkan untuk masuk ke penjara. Namun qada’ dan qadar setiap manusia itu berbeza-beza. Sama ada mahu atau tidak, ada yang ditakdirkan ke penjara…  - See more at: http://www.khirkhalid.com/2013/12/penjara-sejahtera-memupuk-keinsafan.html#sthash.Btx4nUml.dpu 

Share This!


49 ulasan:

  1. terbaek dari acik.. tahniah untuk tuan khir.. :-)

    BalasPadam
  2. syahdu plak baca review achik mengenai khir khalid... hehe... memang betul tuu.. dia seorang blogger yang sangat mesra, peramah, berpandangan luas, soft spoken.. dari segi penulisan dapat mencerminkan peribadi beliau.. dan saya rasa dia kelakar juga orang nya.... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oklah juga kelakar orangnya eh hahaa.. tq Cheq eem :D

      Padam
  3. Assalamualaikum.... menarik.... entry2 d blog beliau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... dah masuk 2 tahun baru komen ni.. apalah saya :)

      Padam
  4. Subhanallah walhamdulillah.. tiada apa yg dpt diperkatakan selain penghargaan terima kasih. Terharu pulak bila membacanya. Semoga membawa kebaikan bersama kpd kita semua.. in shaaAllah.. aamiin.. T kasih Acik.. :) :)

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Salam ukhwah & terima kasih kpd Acik :)

      Padam
  6. akak baru jer mengenali Khir Khalid acik... ^_^

    BalasPadam
  7. yer, en khir adalah sahabat blogger yang sangat baik dan peramah, selalu datang menyinggah di blog mama, selalu memberi kata-kata semangat untuk mama.. berlatar belakangkan sejarah en khir, ternyata beliau seorang yang hebat dan boleh maju dengan jayanya menyaingi blogger hebat di luar sana... :) terbaik review dari acik! tahniah en Khir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamaniza skrng dah sibuk smule ye :) :)

      Padam
  8. nie yang menang peraduan tu kan tahniah

    BalasPadam
  9. haah kita baru juga mengenali en.khir..selalu rajin berkunjung ke blog kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bisnes tudung dan jahit baju terus rancak dan sukses Lya :)

      Padam
  10. Nice entry dan review la acik., yang baik kita kongsi dan sebarkan..moga memberi manfaat pada kita semua..amin.,

    BalasPadam
  11. memang suka singgah blog khir. sebab banyak benda yang bagus dia selalu kongsi.
    bermanfaat jugak la kepada masyarakat. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama x tanya khabar Licha.. semoga sentiasa ceria :)

      Padam
  12. sure bro khir terharu coz ack buat entri khas for him hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah 2 tahun lagi rasa terharu ni Fae :) :)

      Padam
  13. betuk tu, beliau tidak sombong dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu.. akak pun suka entri-entri di blog khir.. entri beliau mengenai penjara itu memberikan informasi yang jelas mengenai mereka yang berada di sebalik tirai besi.. bagus review acik ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg bagus... rindulah time blogging dulu2 :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Betuk pun ok hehee... Mizz Aiza, dimanakah awak skrng... lama dah menghilang nie :) :)

      Padam
  15. Satu lontaran dan kupasan yang baik. Sememangnya, blog Tuan Khir ni sangat informatif dengan bahasa yang sederhana dan mudah difahami. Maka, isi atau perkara yang hendak disampaikan mudah dihadam oleh pembaca Tahniah, acik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan penulis berbicara... bilalah dpt jumpa cikgu Helmi ni.. :)

      Padam
  16. kenal dengan beliau dan beliau banyak memberikan informasi yang baik terutamanya berkenaan dengan isu penjara kalau tidak silap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah tu... bila nak ngeteh kat muo ni Bahrain :)

      Padam
  17. khir memang hebat..review acik pun terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ukhwah Kathy... lama dah eh :)

      Padam
  18. suka baca review ni.
    jadi tertarik nak ke blog en.Khir ^^

    BalasPadam
  19. Mmg suka baca entry beliau sbb pnuh informasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ukhwah MF... lama tak tanya khabar :)

      Padam
  20. Bro Khir memang terbaik. Selalu tulis info yang menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai IM... ada masa hilang tempo juga. Baguslah ada entry acik ni. Termotivasi kembali :)

      Padam
  21. Balasan
    1. Salam ukhwah ZA... kita semua sama2 belajar:)

      Padam
  22. Wah terbaik lah entrinya dik...
    Khir nie memang peramah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai awak... lama tak mengusik cik Akak hehee :) :)

      Padam
  23. Alhamdulillah... terima kasih lagi Acik. Sayu pulak bila ingat balik moment2 berblogging dulu... semoga silaturrahim terus berkekalan... aamiin :) :)

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails