Assalamualaikum
Alhamdulilah segala urusan di permudahkan oleh Allah, hari ini ada ada 7 temujanji yang perlu di tunaskan, alhamdulilah tepat pukul 9 malam segala temujanji itu dapat di tunaikan. Esok acik share kan kisah yang acik sempat interview pada pagi tadi, luahan seorang isteri dan ibu yang menzahirkan rasa kecewanya. Tungu entri esok.
kadang kala Allah uji kita dengan nikmat yang di berikan, kadang di datangkan nikmat hidup yang terhingga untuk menilai sejauh mana keimanan kita, dan kadang Allah datang musibah untuk lihat bagaimana kita laluinya.
Acik teringat kata kata dari afiq rakan dari UIA tadi :
Sejauh mana kita melangkah jangan kita terlalu mendongak ke langit untuk melihat indahnya sang pelangi ,kita lupa pada tanah yang berbudi. Pelangi itu bukan hanya ada untuk selamanya, di kala sang pelangi hilang mula hati gundah gelisah dan gelabah mencari di mana sinar pelangi . Sedangkan sang tanah tetap berbudi walaupon tak pernah mengharapkan apa apa.Kita perlu tahu di mana kedudukan kita.
Ayat yang mendalam, hidup kita umpama roda ,kadang di atas dan kadang di bawah, apa yang acik lalui saat ini, kata pujian , kata kata buatkan diri kita bagus itu juga ujian darinya untuk diri ini. Semoga Allah kuatkan hati ini agar tak mendabik dada untuk nikmat sementara ini.
Dan ribuan terima kasih kepada shima dan rakan rakan kerana memilih acik untuk di interview bagi racangan dunia blogger. Acik ada sedikit gambar untuk interview petang tadi :)
Alhamdulilah semoga blog acik di terima ramai dan di redhai Allah ,apa yang sampaikan hanya sekadar luahan dan pandangan tentang erti kehidupan remaja, cinta dan agama. Semoga kamu terhibur dengan blog acik .Wasalam
17 ulasan:
smga terus maju :)
terbaiklah acik...teruskan buat entri yang bermanfaat untuk bacaan kami....
wah..tahniah acik, entry2 acik mmg best2 =) teruskan usaha
wah! tahniah bro! btul...amat stuju ngan pandangan rakan anda dari UIA tu...walau tiap apa keadaan ingatlah bahawa Allah sntiasa mmerhatikan kita, bnyak berdoa agar tidak tergolong ddalm golongan yang Allah mungkari~ thanks..realy luv this entry
Semoga acik terus memacu kejayaan...
p/s: Makin chubby le...hehe
@AiSyA LiEzA alhamdulilah thanks :)
@Kathy Rbain isyaAllah kak acik akan teruskan
@zaza alhamdulilah terima kasih kerana membaca :)
@krole terima kasih kerana sudi bace entry yang tak seberapa nie
@BM heehehehe terlebih chubby nie
Subhanallah, semoga terus maju jaya yaa. All the best and keep it up!. :)
Keep success! ;) Untungnya dpt interview hehe
InsyaAllah, saya akan jadi pembaca tegar blog Acikk ni..
Assalam acik, Alhamdulillah..smoga blog acik ni trus maju jaya :) in.shaa.Allah...
ooh selesai sudah....7 temujanji tu...mmg byk dan letih...hehe
wah...semoga makin mantap lg penulisan acik d blog ni. Kengkadang akak rasa macam blog kaunseling pulak masuk sini..hihiihhi...
wah tahniah acik.. blog acik mmg ada 'ada isi'.. pujian ikhlas ni, moga terus berjaya dalam bidang blog ye.. :)
Catat Ulasan