Pengikut

Jumaat, 9 Ogos 2013

Apabila Lelaki Mengumpat Lebih Teruk Dari Perempuan ?



Assalamualaikum

Alhamdulilah kita sudah berada di hari raya ke 2, seronok apabila dapat berkumpul dengan keluarga dan sanak saudara. Ramai orang yang datang beraya di hari pertama dan kedua. Acik panjatkan syukur kerana Allah masih lagi beri kesempatan untuk acik hidup di dunia ini. Dalam hidup ini setiap orang yang acik jumpa sama ada di alam maya dan alam realiti memberi pengalaman yang berharga dan memberi pengajaran yang berguna serta buat diri ini sentiasa bermuhasabah diri.

Tadi sedang melepak di rumah ,tiba-tiba acik dapat mesej di fan page acik, terkejut juga yelah raya-raya ada juga hantar mesej. 

Penghantar mesej : Assalamualaikum acik, minta maaf gangu hari raya nie. Kak siti dah tak tahan lagi acik kenapa ye orang nie suka sekarang nie suka sangat mengumpat mengata!! cerita orang lain habis di canang sana sini !!! keluarga akak nie di buruk-burukkan dan semua di mata mereka teruk. Mereka kata akak nie perempuan jalang sebab banyak lelaki dan tolak pinangan anak dia, dia tuduh akak macam-macam. Paling sedih dia tu Pak cik akak sendiri. Emmm akak dengar sendiri masa dia berbual dengan sedara masa berkumpul. Baru pagi raya saling bermaafan tapi lepas tu abis kami di kutuk dan di malukan.Apa naseb akak nie, sedihlah cik :(

Lelaki mengumpat ? aduhh teruknya,jangan bikin malu wahai kaumku.  Emm kak mulut orang tak boleh nak tutup kak, mengumpat adalah asam garam dalam masyarakat nie , ada aje di mata mereka ini tak betul, mereka saje yang baik dan hebat. Tahu tak Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah.

Ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah yang berikut:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah  menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Orang sekarang nie pelik sikit ,selalu cakap macam begini :

1." Aku bukan nak mengata .. tapi kau tahu tak dia tu .....  "
2." Aku bukan nak mengata tapi ini cerita benar , dia kan ...."
3. " Aku nie cakap salah tapi tak cakap pon salah , tapi ko nak tahu tak ..."

 Apa pon bunyinya ia tetap mengata, ahh seperti kalau kita nak tahu tentang sesuatu rahsia pada seseorang. 

 “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain. Apakah itu rahsia?

Ingat kita banyak lakukan dosa dalam hidup ini melalui mulut, Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Ada petua untuk mengelakkan megumpat 

Ibnu Abbas pernah berpesan -

1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.

3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W,:

“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”  

4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk.

Jadi muhasabah diri, tengok diri kita, adakah kita bagus sangat ke ? Tak dapat apa pon kalau kita duk mengata tentang orang lain. Tahu tak dalam diam kita dah tunjukkkan imej buruk kita pada orang lain. Oklah menaip di guna handphone nie memang susahlah. lain kali kita taip lebih panjang sikit.Wasalam 

Share This!


16 ulasan:

  1. salam bro, bg fizi la kan, lelaki pempuan sama je..dah ada mulut ka apa guna x cakap..cuma lelaki bak2 mengumpat tidaklah melebih2,,ala-ala macho gitu ble nk ngumpat..tp ble mempuan semua angota badan dia berfungsi..mata menjeling, tangan menunjuk..kepala menhangguk..hurm..totally sama je..mgk dia nk tegur cuma nada cam mengata..think positive..;)

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdullillah saya masih boleh komen blog acik. Minta maaf ye kalau saya ada mengata acik ke sebelum ini.

    BalasPadam
  3. kadang memang niat kita tak mengumpat, tapi secara tak sedar menjadi mengumpat.. kurangkan la berprasangka buruk, inshaAllah boleh hindari mengumpat

    BalasPadam
  4. betul tu acik..terkadang kita pun tak sedar ketelanjuran dalam percakapan kita seharian..
    semoga kita muhasabah diri setiap hari..
    thanks atas perkongsiannya ini ^_^

    BalasPadam
  5. aduiiii.. memang pun kalau lelaki mengumpat lebih dahsyat dari wanita.... pernah terdengar kat ofis masa tu... huhuhu

    BalasPadam
  6. Dzureen ada seorang kawan yang kata "masalah orang Melayu ini adalah terlalu judgemental" tapi dia 24 jam keje kutuk orang lain je, x ke judging juga tu? X paham org yg ckp x serupa bikin

    BalasPadam
  7. hm kena kawal semua ni..kdg2 kita tgok tv pn boleh mgumpat..mmg kena ada hati yg kuat utk elak drp mngata xtntu psal..

    BalasPadam
  8. lelaki mengumpat?menakutkan..huhu

    BalasPadam
  9. akak pernah juga mendengar rakan sepejabat lelaki bergosip, memang menakutkan.. tak kira lelaki atau wanita, berhati-hatilah dengan lidah anda (pesanan untuk diri akak sendiri juga)..

    BalasPadam
  10. masing2 kena jaga lidah..hurm.. kalau kita y kita mcm mana? sblm buat kita kena fikir dulu.. hurm~ jgn berckp kalau benda x pntg --.

    BalasPadam
  11. Kata-kata (lidah) lebih tajam daripada mata pedang.

    BalasPadam
  12. haha ahli mesyuarat tingkap bila bermesyuarat mmg semua gosip2 panas akan terkeluar...apa2 pun mmg setuju dgn entri ni...kena byk muhasabah diri supaya tak byk masa nak muhasabahkan org lain....

    BalasPadam
  13. Hihi...sungguh benar...lelaki kalau ngumpat pedasnya lebih dr perempuan...itu pengalaman akak lerr...hehehe..
    Apapun..elakkan diri dr mengumpat..tak puas hati..cakap depan2..kan senang... dosa pun tak dpt...boleh puas hati lagi...sbb dah ckp terus terang...kan...
    Hurmmm...

    BalasPadam
  14. aduuiii ada gak kaum hamba yang mulut macam ni hehehe...

    BalasPadam
  15. Betul3.. Dasyat klu lelaki mngumpat dlm x sdar blh putuskn silaturrahimm.. Dasyat dr mami jarum..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails