Pengikut

Isnin, 12 Ogos 2013

Penyakit Hati Yang Semakin Teruk Di Zaman Moden Ini



Assalamualaikum

Alhamdulilah sangat seronok beraya lagi-lagi bersama rakan-rakan memang havoc. Sekarang semua sedang musim beraya ,jadi reader pon kurang tapi tak jadi kerana pasti ada yang sudi membaca. Kalau di kira sudah banyak rumah juga yang acik sudah beraya. Dah dengar pelbagai pengalaman yang di kongsikan bersama dari kisah cinta ,kisah kerja sampailah kisah peribadi.

Tetapi yang banyak menjadi bualan mulut adalah tentang satu pekara ini iaitu "Soal Hati ". Ishh bila cakap soal hati sahaja mesti ingatkan tentang cinta. Tidaklah sebenarnya pekara ini tentang hati yang kian di selaputi oleh pekara yang hitam ataupun lagha. Hati yang penuh dengan kedengkian , iri hati, menyampah dan sebagainya.

 Siapa ada pengalaman di dengki oleh rakan sendiri ?

Mesti ramai jawab pernah, masalah ini semakin menjadi-jadi kepada manusia zaman sekarang.Orang sekarang ini pantang tengok orang lebih sedikit dari dia , mulalah iri hati, sakit hati. Kalau setakat itu sahaja tak jadi masalah , ini sampai pergi bomoh nak hantar santau, buat fitnahlah, ambil pelaris dan sebagainya.

Contoh mudah  : Kawan dapat naik pangkat, dia dah kerja lama tapi still position sama, terus tak bertegur dengan dia sebabnya iri hati. Lepas itu menaburlah kata-kata iri hati dan cakap macam-macam,

Contoh kedua : Buka kedai makan : Pantang tengok kedai sebelah itu lebih maju dan ramai pelanggan mulalah esoknya orang kata tak nampak kedai dia tak bukalah, jumpa barang di dapurlah, nasi berulatlah.

Ini kisah benar yang terjadi pada mak cik di sebelah ayah acik . Di mana dia menjadi mangsa iri hati . Mak cik acik ada kedai makan dan ramai orang datang .Tapi entahlah dah namanya dengki di hantarnya santau dan terkena pada mak cik acik. Hidupnya jadi sengsara atas perbuatan manusia yang dengki tersebut .Dia sengsara sehingga dia meninggal dunia.

Hanya kerana iri hati sanggup membuat hidup orang lain derita ?


Ahhh yang paling "famous" dengki sesama kawan sendiri . Yelah tengok kawan lebih sedikit sahaja mulalah iri hati, dah tak bertegur dan hubungan persahabatan jadi dingin.  Malah gembira apabila melihat kesengsaraan orang lain.

Ada juga antara blogger sesama sendiri yang tak boleh nak tengok rakan blogger mendapat rezeki lebih mulalah kata macam-macam . Itu inilah , ada sahaja yang tak kena.

Mak selalu kata kalau kita nak tahu hati kita ini bersih atau tidak. Bila kita dalam situasi apapon yang orang lain dapat lebih (rezeki)  dari kita,  apa hati kita rasa ?

Jika kita rasa rasa tenang dan bahagia atas kemenangan dia , walaupon kekalahan yang kita alami, dan apa jua situasi kita terima dan redha.Maka alhamdulilah hati kita masih selamat

Dan fikir-fikirlah jika hati kita gelisah, cemburu, geram , rasa panas hati dengan kejayaan orang lain maka sila "check" hati kamu.

Kadang kalau di fikirkan,Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Rezeki kita bagaimana, kalau kali ini rezeki dia insyaAllah lain kali rezeki kita pula tak gitu ?

Benarlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW: “Akan menjalar kepada kamu penyakit umat-umat yang terdahulu; hasad dan benci-membenci. Itu sebenarnya pencukur. Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia mencukur agama”. (riwayat At-Tirmidzi).

Hasad hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.

Sifat hasad dengki bukan sahaja boleh membahayakan fizikal malah lebih bahaya daripada itu ia boleh merosakkan agama.

Maka rawatlah hati kita dengan zikir , banyakkan zikir dan ingat Allah.Imam Mawlud ada menyatakan 2 cara untuk merawat hati kita dari kita hasad dengki iaitu pertama apabila kita sedar kita ada iri hati dengan seseorang dan kedua adalah mengakui bahawa iri hati itu hanya memakan diri.

Pucuk pangkalnya adalah dari kita, jika kita pupuk diri dengan kebaikan (bersangka baik)  maka kebaikan itu akan ada selalu dengan kita. Di situ letakkan Allah mahu uji keimanan kita. Jom kita muhasabah diri, check diri kita bagaimana ?

Ya Allah jauhkan Aku dari sebahgian mereka yang sering dengki mengdengki, kuatkan imanku dan teguhkan hatiku agar tidak berpaling darimu .



Share This!


15 ulasan:

Cik Itah@Rama Rama Pendek berkata...

sy pernah kena buatan orang hanya kerana hasad dengki ni..kalau orang lain tak apa jugak ni kawan sendiri..sedih betul..

Mieza Jhaa K berkata...

Byk kes org meniaga kena santau...

Kathy Rbain berkata...

harap2 abang akak tak terima nasib macam tu acik...minta di jauhkan...

cik yaya berkata...

betul tu acik..penyakit hati ni mmg susah nak ubat...sentiasa muhasabah diri..sedangkan mak yaya ni pun sedang didengki oleh org...sedih tgk mak..

krole berkata...

obat untuk penyakit hati ini satu je acik...ibadah...dekatkanlah diri ngan agama insyaAllah perkara begini akan sntiasa terhindar dari diri kita...kesian kat makcik acik kena buatan orang yang dengki, pelaku tersebut msti akan menerima balasannya nanti...kalau tak di dunia...di akhirat kelak~ Al-Fatihah untuk arwah~

Asyik Izas berkata...

kdg2 sedih sgt bila ada kwn2 yg suka berdengki ni..
rosak hubungan tu bila xhbs2 berdengki jer..minta dijauhkan lah perasaan mcm tu.:)

S.K.A berkata...

ish3..bila dngki menguasai diri mmg teruk..tp ada juga dgki yg baik..tp tu untuk memajukan dri sndri tnpa bt jhat kt org lain la..semuanya perkara lahir dr hati..smoga kita tergolong la dikalangan hati yg dipelihara Allah..

Zaza berkata...

harap2 xjumpa lah org yg ada penyakit hati.. tapi pernah juga ada dulu..seorang kawan juga..hurmm.. moga kita dikalangan org yg bersih hatinya..amin

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

susah jika jumpa orang yang ada penyakit PHD (perasaan hasad dengki) ni.. semoga mereka segera insaf dan bertaubat..

BUNDA a.k.a KN berkata...

penyakit hati ni dari d.ulu sampai sekarang tak abis2 diperkatakan....pelagi seperti kes mak cik acik...salam takziah..

AiSyA LiEzA berkata...

sama2lah kta jaga hati kita.. penuhi dengn benda2 baik.. kdg2 perasaan dengki tu hadir jugak tapi kita kena bijak kawal diri kita.bersyukur dgn sgala y dikurniakan olehNya :')

slmt hari raya acik =)

Tetamu Istimewa berkata...

Itulah, penyakit hati susah nak rawat, kecuali diri sendiri.

Hatimi Tahirruddin berkata...

mmg susah nak elakkan dari perasan iri hati ni...tak byk pon sikit2 mesti ada...cuma bezanya tindakan kita lepas terasa iri hati tu...ada yg akan cool down balik dan fikir positif bahawa rezeki itu hak allah nak bagi kat sape....dan ada jugak yg amek jalan lain dgn lakukan perkara2 seperti bomoh, pelaris dan sebagainya....

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Penyakit zaman berzaman yg takder ubat kecuali IMAN...
tapi..zaman sekarang makin menjadi2...seiring dgn perkembangan teknologi...
Minta kita di jauhkan dari mmpunyai sikap dan sifat sebegini...

Maria Firdz berkata...

Penyakit dr dulu zmn berzamn..tpinpling ketara di zmn moden ni lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails