Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bersama-sama di hari yang gembira. Excited nak sambut beraya tinggal beberapa hari je lagi. Sedihnya nak tinggalkan bulan ramadhan yang penuh berkah ini. Seonok bila adik beradik ada di rumah berkumpul ramai-ramai dan buat kerja sama-sama. Paling seronok berbuka ramai-ramai. Saat begini sukar untuk dapatkan ,tak perlu berbuka di tempat yang mewah dan di hotel cukuplah di rumah makan masakan ibu yang tercinta.

Tadi di facebook ada yang memberikan penyataan seperti ini 

" susahnya jadi perempuan nie, semuanya kena kawal ,semuanya kena jadi baik .. kena bercakap dengan sopan, ketawa tak boleh kuat-kuat dan macam-macam lagi.. face up ler ..

Sebelum tu pernah dengar tak lagu wanita nyanyian de hearty ? 

ini liriknya 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Maksudnya yang mendalamkan ?

Allah menciptaan sesuatu pastinya ada hikmah yang tersembunyi yang kadang kita sendiri tak tahu dan tak ingin cari tahu. Wanita itu pelengkap kepada kaum adam dan yang menghiasi hari-hari sepi seorang lelaki adalah wanita.

Jadi acik tanya pada kakak acik  dan minta pendapatnya tentang seronokya jadi wanita ? 

Jawapan kakak acik " Seronok tau jadi wanita / perempuan ,nak dapat pahala senang je.Duduk dalam rumah pun boleh dapat pahala sama macam lelaki.

Sapu sampah dalam rumah dapat pahala,
basuh baju dapat pahala,
kemas rumah dapat pahala,
basuh pinggan dapat pahala,
mop lantai dapat pahala,
potong bawang dapat pahala,
memasak dapat pahala,
lipat baju dapat pahala,
jaga makan minum suami dapat pahala,
jaga kebajikan anak dapat pahala.
bertutur pekara baik dapat pahala,
menutup aurat dapat pahala,
melahirkan anak mendapat pahala yang besar,
menjaga kehormatan dapat pahala
dan banyak lagi

Banyaknya pahala wanita boleh dapat. SubhanAllah. 
 
Senangkan ? lelaki pon sama macam tu ,setiap apa yang di lakukan ganjarannya pahala . Oklah acik ada di dalam kereta nie, pening kepada nak taip panjang-panjang. Lain kali kita bercerita lagi :) Wasalam.