Ticker

6/recent/ticker-posts

Cintailah Seseorang Perempuan Untuk Diperisterikan Bukan Untuk Dijadikan Bahan Cubaan Dalam Percintaan


cinta lelaki

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat kita bersama lagi, jom mulakan hari-hari dengan zikir dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad Saw.Masa bercinta semuanya nampak indah, kita hanya nampak di seorang saje dalam hidup kita. Tak kisah berapa banyak duit yang kita habiskan untuk pastikan dapat dengar suara dia dan dapat lihat dia. Itulah cinta yang zaman dulu hingga kini. Yang tak pernah jemu dek masa hanya untuk orang yang tersayang. Tapi ketika putus cinta dan di tinggalkan cinta mula maki hamun dan berungkit pada si dia.

Ahhh kalau tengok pula di arus media iaitu media elektronik pula di tunjuk cinta yang di ukur berdasarkan barat. Tengoklah movie cinta melayu dah mula ada unsur-unsur barat, berpelukkan , pegang sana sini tanpa rasa malu. Dan itulah yang menjadi "trend" dan menjadi ikutan anak muda sekarang.  

Orang kata cinta perlukan pergorbanan ?

Tentu sekali, pergorbanan menahan nafsu diri bagi jarang bertemu dengannya,. Tahan agar duit tak di habiskan dan boros untuk beli yang bukan-bukan, lebih elok kalau simpan untuk kumpul duit hantaran. Berjaga malam untuk buat doa taubat dan doa istikarah .Ahh macam-macam lagi perlu di korbankan.

Ahh tengoklah anak muda sekarang, kalau bercinta mesti nak pegang-pengang, berpelukkan, cium-cium dan lain-lain untuk tunjukkan bukti cinta. Bila dah dapat madu habis sepah di buang.

Wahai adamku, marilah kita muhasabah diri , perempuan itu di ciptakan untuk kita bukan untuk  mempermainkan perasaan mereka. Bukan di ciptakan untuk kita rosak akhlaknya dan bukan juga untuk di sakiti. 

Didiklah diri kita untuk cintailah seseorang perempuan untuk diperisterikan bukan untuk dijadikan bahan cubaan dalam percintaan yang palsu lagi bernafsu.

Ingat nasihat ustaz azhar indrus ini :) 

nasihat uia


Catat Ulasan

25 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ye,bangga sangat bila buat aksi ringan2...padahal itu adalah mukadimah zina..jauhi ya adik2...
norhasnizakhalid berkata…
betul tu acik, bila dah melampaui batasan menuju kearah yang lebih buruk, amatlah digeruni... bercintalah kerana Allah,..
Khir Khalid berkata…
Dari peluang ibadah mendapat pahala boleh bertukar kepada zina menambah dosa.. cintailah sesaorang dgn ikhlas & sejujurnya.. thanks sharing Acik.
Tanpa Nama berkata…
salam acik..selamat hari raya aidilfitri buat acik dan keluarga.
hawa dijadikan dari tulang rusuk adam untuk dikasihi dan di lindungi. maka jagalah amanah allah itu dengan sebaiknya. begitu juga dengan hawa, cintailah adam dengan kesetiaan moga allah sentiasa merahmati hubungan itu.
Maria Firdz berkata…
Sbb tu dlm sy mncari psgn.. Sy cari yg btul2 serius.. Biasa pling lma sy kwn 2 mggu.. X serius trus putus gtu je...hgga lh jmpe hsbd skrg ni.. Mmg kwn 2 thn tpi pjj je...nk khwin cpt tpi sbb de kekangan lain... Apa2 pun Alhamdulillah..Allah pertemukn jodoh terbik...jika niat kita baik insha Allah..
Shahrul Yusof berkata…
Lelaki yang suka main-mainkan hati para wanita ni tujuannya tidak lain adalah sebagai pemuas nafsu dan juga sebagai simbol kejantanan mereka. Menjadikan wanita-wanita sebagai simbol kemegahan mereka membuatkan lelaki-lelaki sebegini umpama seekor ayam jantan yang tidak ada kerja lain selain dari bersenggama. Lagi banyak ayam betina yang disenyawakan, lebih kuat kokokannya. Tapi takpelah kalau ayam, lagi banyak telur, lagi manusia untung.

Kalau manusia buat perangai macam ayam asyik berzina je kerjanya, habis rosak generasi. Mangsanya perempuan jugak bila dah termengandung anak zina. Last-last anak yang dikandungkan, dicampak ke longkang.
Tetamu Istimewa berkata…
Saya suka dengan tajuk entri ini. Penuh makna yang harus difikirkan.
Tanpa Nama berkata…
sbb tu akak prefer tgk drama korea . dah mmg sah mrk tu kafir tapi masih ada adab sopan dan hormat org tua ...
Fais-SKA berkata…
betul tu..skong dgn pndangan uai tu
Unknown berkata…
Wah tajuk entri dik...1001 kali cik akak tabik spring...hihi....

Betol tu dik...kaum adam nie sepatutnya melindungi bukan mengkhianatikan...Yang kaum hawa tu pun jangan dok mengatal tak tentu pasal...huhu...Hargai dan jagalah apa yang kita ada...
BinMuhammad berkata…
Mengenali lebih rapat ibu bapanya lagi elok..
Berkenalan tidak perlu lama, bercinta lepas kahwin itu lebih terasa nikmatnya...
Unknown berkata…
Bagus Acikk buat entry mcm ni..menyedarkan anak muda yg semakin teruk skrg..
Unknown berkata…
mmg betul apa yg berlaku sekarang..tapi kita perlu juga nilai balik kenapa semua itu berlaku kepada wanita...

terfikir sekejap..kalau lah hukum Allah dilaksanakan...
Mizz Aiza berkata…
setuju sangat.. bercinta demi mendapatkan keredhaan dari Allah..
Zaza Iman berkata…
entri dan penceritaan yg sangat baik =)
Unknown berkata…
bercinta kerana ALLAH :)
Hazmin Hamudin berkata…
Sebab tu la orang kata lagi bagus bercinta lepas kawinkan. Macam mana la nikmatnya tu tak tahu pulak. Hehe
Unknown berkata…
aku sedang cuba untuk mengelakkan benda-benda yang tak elok daripada berlaku... :)

selamat hari raya bro. tak terlambat nak ucapkan kan? hehehe
Bunda_nora berkata…
Betul tu...kalau semua lelaki pegang kata2 dari tajuk ni kan bahgia semua wanita...huhu..
sizziey darliana berkata…
bukan je lelaki sebenarnya .. perempuan yang kadang duk menggedik sana sini .... suka suki je nak bagi pada lelaki ...
Unknown berkata…
pegang2 bila dah jadi suami..dapat pahalakn..=)
Cik Itah berkata…
so true , sebagai seorang pemimpin lelaki kena pandai didik seorang perempuan , bila perangai perempuan terlebih lelaki kena berani tegur dan bukan mengambil kesempatan :)
Unknown berkata…
org lelaki mmg camtu la...diorg ni fikir nak foya2...lebih2 lg yg usia masih muda dah sah2 kalau berkapel tu takde niat nak kawen pon....cuma yg kesian kat perempuan yg bermati-matian ingat si lelaki tu serius lah...setuju dgn pesanan UAI tu...kalau tak ready dan takde niat nak kawen takyah la nak jadi heartbreak kid....
Tanpa Nama berkata…
Kalau tak bercinta lagi baik kot....tapi naluri manusia itu mahukan kasihsayang sehingga tak kenal halal dn haram....