Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bersama di hujung minggu yang ceria bersama keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog acik nie. Dalam hidup ini kita tak boleh hidup keseorangan melainkan nanti apabila kita sudah di alam kubur nak tak nak kita kena keseorangan juga. Acik ucapkan terima kasih kepada kamu semua yang sudi berkawan dengan acik dan acik juga bersyukur kerana dapat bertemu dengan kamu semua.
Hidup nie kita perlukan kawan dan sahabat yang selalu memberi peransangan dalam hidup kita, tak kiranya dalam sedar mahupun tidak. Kenangan demi kenangan kita ukir bersama dan pelbagai peristiwa telah berlaku yang memberikan impak dalam hidup kita.
Ahh apalagi di kesempatan yang ada kami semua bekas pelajar kelas 5 STM ( Sains Teknologi Maklumat ) berkumpul untuk menjaya Mini Reunion. Penganjur kali ini adalah Farahin dan di bantu oleh Aini Fariha dan rakan-rakannya. Kali ini lokasinya di Air Tawar 3. Alhamdulilah ramai yang dapat hadirkan diri dan ada juga tak dapat hadirkan diri kerana ada pekara yang tak dapat di elakkan.
Apabila sekian lama tak berjumpa, wahh banyak pekara yang ingin di kongsikan bersama dari kenangan dahulu hinggalah perjalanan hidup masing-masing. Alhamdulilah acik berbangga dengan rakan-rakan yang sudah berjaya ,ada yang sudah berkahwin dan ada juga sudah mempunyai kereta besar.Alhamdulilah itu rezeki dan berkat usaha kamu semua.
Ahh sempat lagi berposing dengan pelbagai gaya, kami juga sempat pergi ke kampung sebelah di teluk sengat untuk bergambar di tepi pandai. Bersantai sambil berbual bersama-sama. Cepatnya masa berlalu , pejam celik, pejam celik dah 23 usia kami. Dah 6 Tahun kami tinggalkan zaman persekolahan. Masa itu kami ambil SPM pada 2007.
Apapun acik berharap sangat persahabatan ini akan di teruskan lagi dan semoga di rahmati Allah, apa pon tahun depan kita berkumpul bersama-sama lagi dan kita lihat siapa yang ramai anak ?? hurey tapi acik lambat lagi ,tahun depan baru habis belajar jadi baru nak mencari tapak untuk membina hidup ini.
Akhir kata dari acik, siapalah diri kita tanpa orang yang ada di sekeliling kita, Jangan terlalu mendongak kelangit sehingga tanah yang berbudi di lupakan. Wasalam
25 ulasan:
wuwuwuwu...ahkak pun rindu zaman sekolah dulu...bila raya..mesti jalan beraya dengan kengkawan sekolah..lepas abis sekolah masih dpt jumpa dan beraya beramai2..lepas dah berkeluarga...semakin dgn komitmen dgn keluarga memasing..huhuhu...selamat hari raya acik
salam bro..ramai tu bunga..x der ke yg berkenang di hati..hehe :)
Seronoknya. Dulu pernah juga diadakan, tapi kini semuanya senyap sepi.
Bestnya dapat reunion reramai mcm ni...
Dah lma juga tak reunion ngan member2 akak..
Selamat Hari Raya...
Memang seronok Reunion ni. Buatlah selalu sebelum masing2 menginjak ke alam rumahtangga kerana bila tiba saat itu nanti...semakin sukar untuk bertemu dan reunion lagi.
baru je berkonvoi raya dengan kawan..memang seronok beraya dengan kawan2x...teringat memori ketika sekolah..
hihi, seronokkan..mama sejak dewasa.. ecewahh.. dah kurang dapat menghabiskan masa bersama kengkawan.. maklum le dah berfamily..
wah bestnye acik...teringin sgt nak bat reunion camni ngan kwn2 skolah krole..tp tak prnah ksampaian...huhu msti seronok kan acik? msti sembang mmanjang tng kenangan waktu skolah dulu kan hahaha~
kathy sejak merantau ni tak sempat lagi nak reunion dengan rakan2 lama..bestnyer kalau dapat jumpa balik...
Wah.. seronok dpt berkumpul semula dgn sahabat2 lama.. mesti banyak cerita2 kenangan lama yg keluar smpi x kering gusi kan.. :)
bestnya kawan2 semua masih berkmpul. Nad xde da huhu
mmg sonok kalau dapat jumpa mcm tuu... hee~
Lama dh tak buat reunion dgn kawan zaman IPT.. kawan zaman sekolah semua entah kemana..
dapat rase prasaan hepi tu ble jumpe kwn2 lame...sempat jgak bt iftar sme2 hari tu... =)
sekolah kitrng tak pernah buat reunion walaupun nak masuk 10 tahun tgalkan skola wuaaaa sedihnya hehe
best kn jumpa mmber2 lama..lebih2 lgi bile tgk sume muka mcm mak dan bapak budak hehe..
p/s:klau xterlambt, selamat hari raya bro
jeles la zaza tgk acik buat reunion..waaa...zaza dgn kawan2 entah bila..xde kesempatan..hehe..tp rindu btl dgn kawan2 sekolah..
Dalam gambar achik nmpk paling sihat hehehe, untung dpt reunion
dapat jumpa kawan2 yg lama mmg best =) nk2 dpat berkumpul ramai bersama..
Rindu jugak zaman sekolah yg dh lama sgt ditinggalkan.. hampir 10 thn.
mesti meriah kan acik bersama teman2.
Wah jejak kasih yekk
air tawar 3 tu tpt makcik akak ... heheheee
Wah.. Bestnya.. Kami blm smpat nk buat reunion.. Huhu.. Best kn kmpul smula stlah lma berpisah..
best !! besnyee dpt reunion.. feberet event ni.. hemm skrg ni da xdpt reunion sgt,kwn2 smua da sibuk dgn kuage msg2. yg tgl hny kenangan :')
meriahnya.. akak dah lama tak jumpa kawan-kawan lama macam ni..
Catat Ulasan