Pengikut

Ahad, 8 September 2013

Allah Tak Menjanjikan Setiap Perkahwinan Itu Akan Dapat Anak



Assalamualaikum

Alhamdulilah untuk pendaftaran pelajar kolej kediaman berjalan dengan jayanya. Syukur ya Allah kerana permudahkan urusan. Badan nie memang penat sangat tapi tak apalah demi pembaca blog yang acik sayang acik korbankan sedikit cerita untuk tauladan kepada kamu semua. Petang tadi ada seorang isteri ini berkongsi cerita tentang soal anak ,untuk ketahui lebih lanjut silalah baca di bawah ini.

Assalamualaikum acik, akak ini pembaca blog acik, lama dah akak ikuti blog acik, jadi akak rasa akak nak terpanggil untuk kongsikan cerita kepada acik dan pembaca blog acik. Harapkan dapat beri motivasi dan kekuatan kepada wanita di luar sana yang masih lagi belum mendapatkan zuriat .Sebelum tu boleh panggil akak long saje.

Acik : Walaikumusalam kak long, alhamdulilah terima kasih kak, boleh kak kita sama-sama kongsi cerita. 

Kak Long : Akak sebenarnya nak kongsi cerita yang telah hampir 15 tahun akak pendam seorang diri.Setiap pasangan yang berkawin pastinya mahukan zuriat hasil perkahwinan mereka. Ada itu siap "bunting pelamin" selepas mereka berkahwin, tapi pekara itu tidak berlaku pada akak, bukannya akak tak mahu anak awal tapi rezeki ada anak belum lagi pada akak dan suami, akak serahkan pada rezeki dari Allah.

Yang jadikan akak sedih dan pilu adalah sebahgian dari masyarakat kita majoriti melayu ,ramai sangat menganggap perkahwinan itu seperti satu perlumbaan ,siapa yang cepat mengandung dan siapa yang dapat anak dahulu. Dan yang lambat ini pula selalunya di katakan tidak suburlah dan macam -macam lagi. Pada mulanya memang akak tertekan dan akak akan menangis bila cerita tentang anak , lagi-lagi bila tengok bayi dik akak menangis seorang diri hanya Allah yang tahu. Tapi alhmdulilah suami akak selalu beri sokongan pada akak dan kami berusaha dan terus berusaha.

Kadang dik orang cakap memang tak jaga hati kita " ala dia tu tentunya mandul" . Sedap sahaja berbicara sedemikian rupa dan tuan badan ini yang sengsara. Paling tersentuh bila di kampung orang asyik tanya bila nak ada anak ? Sampai satu tahap tu dik akak tak mampu nak jawab pertanyaan mereka dik .Kadang mereka lupa anak itu rezeki yang Allah berikan pada pasangan yang berkahwin ,mereka bukan tuhan untuk menentukan akak ini ada anak atau tidak . Akak puas cuba perubatan tradisional mahupun moden tapi masih tak berhasil. Kadang terfikir "tak subur ke aku ? tapi mak ada anak 7 orang dan adik beradik suami akak ada 10 orang ? tak cukup subur ke ?

Dalam kesedihan akak, akak pernah dengar ceramah menyatakan bahawa Allah tak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dapat anak, Allah tak menjanjikan bila kawin sahaja terus dapat anak, tentulah tiba masanya dik Allah akan berikan. Tapi ketahui bahawa hikmah perkahwinan dan perkahwinan itu tentulah boleh membuatkan kita dapat pahala suami isteri. Orang selalu anggap bila kami tak ada anak kami tak bahagia Kami tetap bahagia tapi siapa dalam dunia dik tak mahu ada anak sendiri ? 

Kadang akak tengok ,orang yang buat kerja yang bukan-bukan itu sanggup buang bayi mereka sendiri , mereka tak tahu kami yang belum dapat anak ini ,macam mana rasanya. Kadang orang yang beradai di sekeliling kita yang lebih-lebih dari kita. Mereka pula yang seolahnya menentukan kebahgiaan kita. Siapa kita untuk melawan takdir Allah ? 

Usia akak sekarang dah 38 tahun dik,tapi akak dan suami tak mengalah jika tiada zuriat sendiri kami menumpang kasih dari anak-anak ibu bapanya sudah tiada. Akak ambil anak angkat 2 orang dik ,Alhamdulilah dik dah besar-besar meraka. Mungkin ini hikmah dari Allah bahawa kami dapatkan kasih sayang dari orang lain yang kami jaga ,jika tidak siapalah yang mahu bela nasib anak-anak yang tidak beribu dan berbapa ini. Akak ikhlas dan anggap ini ujian Allah untuk akak sebagai hambaNya.

Akak kongsikan cerita ini kepada adik supaya adik siarkan dan bagitahu kepada semua wanita di luar sana supaya jangan menyerah kalah dan putus asa. Allah telah rancang segalanya dengan penuh teliti dan setiap apa yang berlaku bersebab. Dia sebaik perancangan dik , berusaha dan berdoa kepada Allah itu harus di lakukan dan berikanlah kasih sayang kepada mereka yang memerlukan perhatian kita juga.

Acik : Acik akan selalu doakan kesejahteraan untuk akak dan semua wanita di luar .Jangan cepat berputus asa dan jangan jadikan anak sebagai alasan untuk runtuhkan rumah tangga. Selagi boleh pertahankan ,tahanlah .

Share This!


25 ulasan:

  1. Terkesan dlm jiwa bila baca penulisan Acik ni.. Ujian Allah kpd manusia ni mmg berbagai2.. salah satunya dlm berumahtangga kan. Ada anak pun ujian, x ada anak pun satu ujian. In shaa Allah.. setiap ujian tu pasti ada kebaikannya. Thanks sharing Acik.

    BalasPadam
  2. setuju dengan entry acik ni..anak tu bukan kita yang tentukan ada tau tidak..ia adalah anugerah Allah..orang sekeliling sepatutnya takde hak untuk persoalkan hal ni.

    BalasPadam
  3. itulah ujian daripada ALLAH, sedangkan Isteri Nabi Zakaria bertahun2x lama menananti atau mendambakan seorang anak. Akhirnya selepas selalu beribadah dan berdoa akhirnya dimakbulkan.. Sentiasa bersabar. Itulah ujian dari ALLAH.

    BalasPadam
  4. salam acik,semoga akak tu dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.mungkin bukan rezekinya melahirkan zuriat sendiri di dunia ini,in shaa Allah kesabarannya akan diberi 'sesuatu' di akhirat nanti amin.

    acik semalam masa blogwalking nyaris kak lea menangis,sebak membaca keluhan kawan yang dah bertahun kahwin,tapi masih tak dikurniakan zuriat hinggakan dia berkurung dalam bilik.tertekan hingga mengasingkan diri seketika dari suami.syukur dia kembali kuat,itu semua hasutan syaitan cuba meruntuhkan keimanan kita.

    standardlah orang kita...kalau bunting pelamin dikatanya kita ni tak 'menyempat-nyempat'.kalau lambat mengandung,dikatanya pulak kita ni mandul/nak jaga body dll.owhhhhhhh :(

    BalasPadam
  5. tabahnya hati kakak tu.. betul tu acik, anak tu juga merupakan rezeki dari Allah.. pasti ada hikmah di atas apa yang ditentukan oleh-Nya..

    BalasPadam
  6. Lagi kasihan kat org yg lgsng xde rezeki dpt jodoh drpd xde rezeki dpt anak.

    BalasPadam
  7. Aunty Vee dulu 12 tahun tunggu baby, last2 dpt twin =)

    BalasPadam
  8. Begitulah hebat kuasa Allah kan dik....
    Allah uji kita manusia dengan rasa kesabaran kerana ingin merasa kita sentiasa sujud kepadaNYA....
    Memang Allah dah menjanjikan sesuatu untuk semua khalifahNYA.....tapi sedar-sedar kita lupa dan lalai lantas cepat mengeluh......

    Memang betol...perkahwinan buat aset untuk ada anak...Tp penyatuan dua hati yang ingin berkongsi kisah suka duka, saling memahami dan sentiasa setia.....

    BalasPadam
  9. Tabahnya akak tu..InsyaAllah, Allah janjikan yang terbaik untuk dia dari sudut lain pula..rasanya memang satu dugaan besar bagi setap wanita bila jadi macam tu..Tapi betullah kan, siapa kita untuk lawan takdir Allah...Percaya pada hikmah Allah untuk tiap-tiap satu kejadian tu..

    BalasPadam
  10. Apa yang berlaku ada hikmahnya..

    BalasPadam
  11. Ujian Allah ni pelbagai kan....terpulang pada kita bagaiman nak menanganinya...
    Syukur akak ni da amik anak angkat..semoga murah rezeki beliau...
    Mentaliti orang kita tak mampu nak ubah, kan...

    x0x0 ^_^

    BalasPadam
  12. Tgk tajuk pun dh terkesan dihati.. Tak peduli dh berapa kali mereka nk tanya.. yg pnting kami sentiasa bahagia.. tiba masa akan ada jgk rezeki..

    BalasPadam
  13. Tgk tajuk pun dh terkesan dihati.. Tak peduli dh berapa kali mereka nk tanya.. yg pnting kami sentiasa bahagia.. tiba masa akan ada jgk rezeki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya yang melaluinya memahami apa yang dirasai...

      Padam
  14. Setiap yang berlaku ada hikmahnya...banyak berdoa.

    BalasPadam
  15. biasala pndangan masyarakat klu xda zuriat mulalah kata " dia mandul kot, dia itulah ini la"... derang tak tau itu semua ujian Allah.. rezeki Allah.

    tp aq respect akak ni dia tabah..

    semoga kesabaran kebahagiaan bersama mu kak... amin..

    BalasPadam
  16. buat kak Long bersabar la akak , Allah lebih mengetahui. Mungkin belum rezeki akak lagi.. ramai yang mendoakan untuk akak termasuk sy .. semoga segalanya dpermudahkan pada akak , amin .

    BalasPadam
  17. sedihnya...rasa cm na nangis...:(

    BalasPadam
  18. nice sharing...kakija tak kan mengalah, akan usaha selagi terdaya. insyallah..semua ini rahsia allah swt.

    BalasPadam
  19. betul acik..kalau sesorang tu berkahwin just utk anak jer..memang huru hara jawabnyer...berusaha dan tawakal lah...

    BalasPadam
  20. Oh, memang menduga keimanan. Sesungguhnya apa-apa yang diuji oleh-Nya hanya pada Dia kita kembali.

    Apa yang penting saya kagum apabila pasangan ini tidak mudah berputus asa.

    BalasPadam
  21. hmm tabah hati akak 2..org mcm nilah Allah syg..manusia ni pnuh dgan ujian..rezeki tu pn Allah rahsiakn, supaya manusia ni bersabar..hrap pasangan yg melalui mcm ni bersbar la..usaha..berdoa dan bertawakkal..

    BalasPadam
  22. Sedih bila dengar luah akak.. Sy faham perasaan akak. Sy sendiri sudah 9thn kahwin tetapi tidak mempunyai zuriat sy sendiri. Sy kahwin dgn seorang ibu tunggal yang mempunyai 4org anak di bawah jagaan nya. Pada mula memang sy tidak hirau kan tentang org ckp pasal anak. Sebab kan sy anggap anak tiri sy sebagai anak sy sendiri. Pada akhir2 ni perkara mengenai anak berubah, apa bila anak tiri sy tahu yg sy bukan ayah kandung mereka.. Hormat dan kasih sayang terhadap sy makin berkurangan, tambah lagi dengan kemuculan ayah kandung mereka yg ingin berjumpa mereka setelah sekian lama menghilang. Siapa kahwin tak nk anak sendiri kan? Tetapi akhir2 juga sy merasa hendak sangat mempunyai anak sendiri.. Isteri sy tidak boleh mampu melahirkan anak lagi atas alasan kesihatan. Saya cuba bawa berbincang tetapi tak sampai hati untuk sy melukakan hati nya. Sy dlm dilema.

    BalasPadam
  23. Baca tajuk entry pon dah buat nak tau apa isi entry.. Memang normal org melayu camni..Belum dikerniakan anak, sibuk dok tnya.. dah dapat sorang, tanya lagi bila boleh dapat adiknye.... ermmm...
    Hopefully akak tu dapat bersar dan die memang kuat...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails