Pengikut

Sabtu, 7 September 2013

Biar Miskin Asalkan Tak Berhutang



Assalamualaikum

Fuh lega, hari ke 2 untuk pendaftaran Uitm bagi pelajar penerapan sudah selesai dan tinggal hari esok pula kemudian hari isnin kelas bermula.Maka dengan itu istiharkan "Uitm Aku Datang !! " . Hehehe sem baru maka dengan itu semangat baru jugalah. Sebenarnya acik nak kongikan satu status kepada kamu semua , sila baca di bawah ini.



Pada acik kemiskinan itu sebagai bukan alasan untuk kita tak berjaya, sebaliknya menjadi pemangkin untuk mengubah nasib diri kita. Bak orang pepatah mengatakan berakit rakit kehulu ,berenang renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang lenang kemudian. Sebaliknya kitalah yang akan mengubah nasib ibu bapa kita bukan salah mereka. 

Kalaulah masa dulu mereka dapat peluang belajar dan peluang yang sedia ada pasti mereka akan sahut cabaran tersebut dan ambil peluang untuk belajar hingga ke menara gading, Sayangnya mereka tidak berpeluang, jadi kita yang berpeluang ini ambillah kesempatan. Kegagalan itu bukan terletak kepada peralatan yang kita gunakan.Yelah gagal sebab tak dapat beli buku ? motif ?? 

Banyak lah medium yang boleh di dapatkan ilmu tersebut, orang dulu siap "copy" berhelai-helai muka surat untuk mahu jimat. Dan teknologi dah maju , apa guna kalau setakat luahkan di facebook, "google lahh maklumat yang di perlukan. Itu semua alasan sahaja. Jangan hampakan harapan ibu bapa kita kepada kita selama ini. 

hahaha "Biar Miskin Asal Tak Berhutang" wahh style juga ayat nie, pada acik biarlah kita mengikut kemampuan kita. Kalau kita ada duit tentulah tak payah nak berhutang. Tapi kalau dah tak ada duit sedar-sedarlah diri,.banyaklah cara boleh dapatkan duit bukan hanya bergantung duit pada mak ayah. Banyak sangat, usaha sikit. Mana ada ada dalam dunia ini lahir-lahir sahaja dah berjaya pastikan ada susah dulu walaupun dari kalangan orang berada. Kalau asyik nak cari salah orang saje , memang kita nampak kita betul tapi bila kita cuba muhasabah diri dan lihat diri kita pastinya kita akan rasanya kita juga ada lakukan kesilapan.

Akhir kata dari acik , Jangan cari salah orang sahaja tapi tengoklah diri kita bagaimana, Ingat miskin itu bukan alasan untuk kita tak berjaya , telah ramai sejarah menunjuk dari kemiskinan itulah lahirnya insan yang berguna untuk bangsa dan agama. 

Share This!


36 ulasan:

  1. Kemiskinan mengajar kita ketabahan, kesabaran, kejayaan dan hakikat sebuah kehidupan.

    BalasPadam
  2. biar miskin wang ringgit insyaAllah boleh berubah jika rajin .. asalkan jangan miskin akhlak/budi bahasa..

    BalasPadam
  3. Banyak yang kita boleh belajar dari kemiskinan untuk kita muhasabah diri.

    BalasPadam
  4. betul tu acik.. kemiskinanlah yang memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk berjaya..
    p.s: teringat kisah yang akak baca dalam blog someone, seorang pemuda di china sanggup menyaman ibubapanya kerana tidak mampu membiayai kos dia untuk belajar di universiti.. dah la ayah dia sakit.. tu dah jadi si tanggang moden..

    BalasPadam
  5. kadang-kadang terpaksa pinjam bila terdesak, apa boleh buatkan...

    kita boleh pinjam, tapi jangan lupa bayar.

    BalasPadam
  6. Setuju dengan pendapat Acik..Zaman sekarang mana ada orang yang tek berhutang.. beli rumah, beli kereta.. semuanya hutang.. Kalau kaya terlajak, sungguhlah tak berhutang..Negara kita pun berhutang.. hehe..nyawa kita juga pinjaman.. :-) Dah pinjam..kena kasi balik lah..

    BalasPadam
  7. Boleh je pinjam dan berhutang asalkan bayar.. Ni yg dikejar ptptn tu sbb dh berjaya tpi xnk byr hutang... Spttnya dia kna faham lah mksud biar miskin asal x berhutang tu...

    BalasPadam
  8. yes.. kemiskinan bukan alasan, malah zaza byk membaca buku2 motivasi ttg kejayaan, miskin tak bermakna tak berjaya, kurang pandai pun tak bermakna tak boleh berjaya =)

    BalasPadam
  9. Biar miskin asal tak berhutang...Hmmm, Ye ke? Tapi adakah miskin tapi bahagia? Jika Ya...OK
    Tapi kalau miskin, keluarga tidak bahagia. Ibu bapa jadi sasaran kemarahan dan dipersalahkan...adakah salah untuk berhutang demi mencapai kejayaan dan mendakap kebahagiaan...?
    Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri!

    BalasPadam
  10. jgn beralasan , ada banyak cara..miskin bukan bermakna tak mampu nak teruskan cita2...juga tak salah berhutang tp kenalah bayar balik..ada tempoh dan waktu yg ditetapkan..kalau ikut tak kan jd masalah..

    BalasPadam
  11. betul tu acik. Nad pun skrg nie elak untuk berhutang dengan orang. payah la sebab asyik teringat. *kalau jumpe acik nnty agak2 Nad boleh cam acik tak ? keke*

    BalasPadam
  12. tertarik dengan tajuk nie..biar miskin tapi tak berhutang..yang penting hidup jangan dibebani dengan hutang. Nabi Muhammad S.A.W sendiri diceritakan tidak menyembahyangkan orang yang berhutang..

    BalasPadam
  13. bila baca kisah kemiskinan org lain..buat diri aku menghargai apa yang kini dimiliki..^^

    BalasPadam
  14. salam hujung minggu acik,wah tahniah dah selesai semua urusan ye.

    owh tentang topik yang best tajuknya,jangan kita marah2 kalau parents tak mampu.mereka dah didik dan besarkan kita menjadi 'orang' pun dah alhamdulillah,selebihnya..kitalah.kalau tak cukup duit,kena bijak cari peluang kerja part-time ke..buat bisnes online ke untuk tampung keperluan kita semasa di U,kan :)

    BalasPadam
  15. setuju sangat dengan acik..If you born as a poor thats not your fault.. If you die as a poor thats your fault :)

    BalasPadam
  16. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka sendiri tidak mengubahnya...kita sering mencari alasan kenapa berlaku perkara itu dan ini tetapi tidak mencari jawapan dan penyelesaian kenapa berlaku itu dan ini..

    jemput singgah sini...
    http://mindakabur.blogspot.com/2013/09/hidup-bergelandangan.html

    BalasPadam
  17. Kerana miskinlah azam kita makin kuat utk berjaya..nak mengubah nasib keluarga. Skrg aku xmampu miliki, suatu hari akan ku kecapi.

    BalasPadam
  18. betul tu apa yg acik kata..kena usaha baru hasil dtg..jgn salahkan org lain lak..

    BalasPadam
  19. betol ape acik ckp tu.. status camtuh buat org judge negatif je pd tuannye.. x sptutnye buat status cmtu.. mak abah miskin ke kurang kaya ke bkn alasan utk ssh nk bljr. smuanye berbalik pd diri sndiri je nak bjya atau tak.. ini smua nk senang je.. nmpk sgt diri sndiri tu lemah. chiss~


    *alamak TERpanjang pulak komen ni acik hehe

    BalasPadam
  20. setuju ngan acik...jangan sekali jadikan kesesakan hidup itu satu alasan utk berjaya...berusahalah sebaik mungkin dan jangan lupa Allah...InsyaAllah kejayaan akan menanti dimasa hadapan....biar miskin asalkan tak berhutang hm...btul juga ayat tu...Rasulullah juga menyuruh umatnya agar mengelakkan diri dari berhutang...cuma kalau tak ada jalan lain tu...nak buat macam mana...janji pandai pinjam pandai bayar...seperti kata acik tu...banyak cara nak cari duit ni...semuanya bergantung pada diri kita sendiri InsyaAllah

    BalasPadam
  21. orang miskin tetapi berhutang lebih parah lagi...jadi lebih baik kalau kaya dan tiada hutang..

    BalasPadam
  22. salam...ada masa nanti singgah pula la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..

    http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html

    BalasPadam
  23. ye,setuju sangat2..tabiat berhutang jangan di amalkan..

    BalasPadam
  24. sepatutnya adik ni menjadikan kesusahan tu sebagai semangat dan cabaran untuk dia ubah masa depan dia dan keluarga..bukan merungut dan pertikaikan kemampuan yang tak banyak mana tu..bersyukur la dengan apa yang ada..sekurangnya dia lgi bertuah dari mereka kat luar sana tu..

    BalasPadam
  25. Walaupun tak berhutang, tapi merungut pulak. Sama je. Nak berlagak tak berhutuang, tapi merungut.

    BalasPadam
  26. mama setuju acik, miskin bukan penghalang kejayaan sebaliknya jadikan pembakar semangat!!

    BalasPadam
  27. miskin tu bukan alasan....
    bukan kita mahu dilahirkanb miskin kan....
    metilah tak nak kan....
    itulah kehidupan...kita tak perlu nak menindak...
    nak sesuatu biarlah berusaha

    BalasPadam
  28. betul tu acik..kita harus berusaha sendiri demi kehidupan mendatang

    BalasPadam
  29. berhutang jangan ,miskin takpa hhahak

    BalasPadam
  30. yes..betul...biar miskin asalkan hati senang..^^

    BalasPadam
  31. Hutang boleh buat penyebab x masuk syurga. Klu berhutang biar berpada..
    Biar miskin jasad tp kaya jiwa dgn amalan.. in Shaa Allah, hidup berkat, walau x kaya tp bahagia dunia akhirat.. amin.

    BalasPadam
  32. aah..betul tu acik
    nak mencari kejayaan..jgn cuba mencipta alasan
    bila hutang..byr la hutang..hukumnya sememangnya begitu

    BalasPadam
  33. tak salah meminjam tapi kelak jelaskan semula :)

    BalasPadam
  34. betul2.. jangan hanya tahu berhutang saja kan, bayarnya tidak..

    BalasPadam
  35. betul tu acik..kemiskinan bukan penghalang untuk kita berjaya..boleh kalau nak berhutang mcm PTPTN tapi bila berhutang tu nanti habis belajar dapat kerja..bayarlah balik kan ..

    BalasPadam
  36. btol 2 acik..kalau tgok skrg ramai je org miskin yg berjaya, sbb dia thu peritnya khidupan diorg..mstilah diorg cuba nk ubah..rsanya lbh baik mskin dan tak berhutang drp kaya tp hutang keliling pggang..org miskin pn bnyak kerajaan bg kemudahan..boleh je minta biasiswa @ pinjaman..tp kenalah cuba ubah msa dpan sndri..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails