Assalamualaikum

Fuh lega, hari ke 2 untuk pendaftaran Uitm bagi pelajar penerapan sudah selesai dan tinggal hari esok pula kemudian hari isnin kelas bermula.Maka dengan itu istiharkan "Uitm Aku Datang !! " . Hehehe sem baru maka dengan itu semangat baru jugalah. Sebenarnya acik nak kongikan satu status kepada kamu semua , sila baca di bawah ini.



Pada acik kemiskinan itu sebagai bukan alasan untuk kita tak berjaya, sebaliknya menjadi pemangkin untuk mengubah nasib diri kita. Bak orang pepatah mengatakan berakit rakit kehulu ,berenang renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang lenang kemudian. Sebaliknya kitalah yang akan mengubah nasib ibu bapa kita bukan salah mereka. 

Kalaulah masa dulu mereka dapat peluang belajar dan peluang yang sedia ada pasti mereka akan sahut cabaran tersebut dan ambil peluang untuk belajar hingga ke menara gading, Sayangnya mereka tidak berpeluang, jadi kita yang berpeluang ini ambillah kesempatan. Kegagalan itu bukan terletak kepada peralatan yang kita gunakan.Yelah gagal sebab tak dapat beli buku ? motif ?? 

Banyak lah medium yang boleh di dapatkan ilmu tersebut, orang dulu siap "copy" berhelai-helai muka surat untuk mahu jimat. Dan teknologi dah maju , apa guna kalau setakat luahkan di facebook, "google lahh maklumat yang di perlukan. Itu semua alasan sahaja. Jangan hampakan harapan ibu bapa kita kepada kita selama ini. 

hahaha "Biar Miskin Asal Tak Berhutang" wahh style juga ayat nie, pada acik biarlah kita mengikut kemampuan kita. Kalau kita ada duit tentulah tak payah nak berhutang. Tapi kalau dah tak ada duit sedar-sedarlah diri,.banyaklah cara boleh dapatkan duit bukan hanya bergantung duit pada mak ayah. Banyak sangat, usaha sikit. Mana ada ada dalam dunia ini lahir-lahir sahaja dah berjaya pastikan ada susah dulu walaupun dari kalangan orang berada. Kalau asyik nak cari salah orang saje , memang kita nampak kita betul tapi bila kita cuba muhasabah diri dan lihat diri kita pastinya kita akan rasanya kita juga ada lakukan kesilapan.

Akhir kata dari acik , Jangan cari salah orang sahaja tapi tengoklah diri kita bagaimana, Ingat miskin itu bukan alasan untuk kita tak berjaya , telah ramai sejarah menunjuk dari kemiskinan itulah lahirnya insan yang berguna untuk bangsa dan agama.