Pengikut

Jumaat, 13 September 2013

Gambaran Tahap-Tahap Pendidikan Sek$ Bagi Anak-Anak Islam


seks education

Assalamualaikum

Minta maaf kerana lambat terbitkan entri kepada kamu , sebenarnya hari ini penuh dengan kelas hingga ke petang. Tergamam hari acik baca salah seorang status pelajar tahun 4 bertanya apa itu "pecah d*ra" yang di dengar dari kakaknya sendiri. Bila cerita tentang seks tentunya menjadi sesuatu yang "taboo" ataupun yang tidak boleh di bicarakan di tempat umum. Ye memang betul tu, tapi sebenarnya kebanyakan mereka tidak faham tentang pendedahan pengetahuan tentang seks. Maksud pengetahuan tentang seks itu bukanlah bermakna pekara yang lucah-lucah dan tidak senonoh.

Kenapa acik cakap seperti ini, kerana kebanyakkan kanak-kanak sekarang ini terlalu terlalu advance dan banyak pekara yang bermain di fikiran mereka di luar jangkaan ,Sebagai contoh kenapa boleh "keluar darah " bagi perempuan. Perlu jelaskan dengan mereka dengan cara yang mudah. Kadang tu mereka cari tahu sendiri dengan kadang maksudnya lain dengan kefahaman mereka.

Mahukah anak kita nanti seperti di gambar bawah ini ?? 


Lagi satu kes rogol agak tinggi dari dulu lagi, dan kebanyakkan mereka adalah dari kalangan pelajar bawah 18 tahun. Dan telah di perdebatkan di mana sahaja. 

Jadi ini gambaran tahap-tahap pendidikan seks bagi anak-anak islam 

Tahap Pra Mumaiyiz hingga Mumaiyiz (4-7 Tahun)

Pada tahap ini, kanak-kanak biasanya sudah didedahkan dengan program Nurseri yang membantu kognitif mereka. Umur 7 tahun dipilih kerana umumnya ia adalah umur Mumaiyiz di sisi para ulama. Hal ini tidak menolak kemungkinan anak-anak mencapai tahap Mumaiyiz sebelum umur 7 tahun. Objektif yanag boleh dicapai di tahap ini ialah membantu kanak-kanak untuk mengenali fungsi tubuh, memahami beberapa perbezaan antara anak lelaki dan perempuan, mengukuhkan rasa malu dan menyiapkan kanak-kanak bagi umur mumaiyiz dan implikasinya kepada mereka dari segi agama, biologi, psikologi dan sosial.  

Berikut adalah perkara-perkara ya ng boleh dilakukan di tahap ini:

1.Mengajar untuk mengenali perbezaan fizikal di antara anak-anak lelaki dan perempuan di tahap umur ini.
2.Membiasakan diri dengan batas-batas pergaulan dan hijab dalam dengan ahli keluarga lelaki dan perempuan dan antara kawan-kawan lelaki dan perempuan sesuai dengan tahap umur mereka dan kaitannya dengan isu seks.
3. Di peringkat umur 6 tahun anak-anak dilatih untuk membiasakan diri tidur berasingan dan sebab di sebaliknya kerana pada umur 7 tahun Islam memerintahkan pemisahan tempat tidur antara anak-anak.
4. Membiasakan anak agar tidur berasingan dari tempat tidur ibu bapa dan sebab di sebaliknya.
5.Mengajar anak-anak agar meminta izin sebelum masuk bilik ibu bapa pada waktu-waktu yang dianjurkan oleh Islam dan sebab di sebaliknya.
6.Melatih anak-anak agar tidak mandi bersama khususnya antara anak lelaki dan perempuan.
7.Membimbing anak-anak memahami topik-topik berkaitan seks melalui didikan istinja’ dan toharah yang betul.
8.Membina kefahaman mengenai mumaiyiz dan implikasinya.

Tahap Pra Baligh (8 – 12 tahun)

Objektif pendidikan seks ditahap ini ialah untuk membina persiapan bagi umur baligh, memahami perubahan fizikal apabila memasuki umur baligh, memahami keperluan hijab(pakaian dan pergaulan) dan tujuannya dan menanam rasa jijik terhadap segala yang berbentuk lucah dalam Islam.
 
Perkara yang boleh dilakukan di tahap ini ialah:

1.Mengukuhkan amalan hijab (samada hijab pakaian atau pergaulan) dalam keluarga dan bersama kawan-kawan. Pada umur 10 tahun ke atas, anak-anak haruslah telah terbiasa untuk memelihara hijab antara lelaki dan wanita yang bukan mahram kerana umurnya yang telah hampir dengan umur baligh. Dalam menunaikan didikan ini,perlulah dikaitkan dengan isu-isu seksual yang sesuai.
2.Memahami konsep mahram sejajar dengan objektif pendidikan seks.
3.Pada umur ini anak-anak sudah harus diberikan kemampuan untuk mempraktikkan toharah dan istinja’ yang betul.
4.Pada umur 10 – 12 tahun, anak-anak harus sudah mampu memahami secara umum erti mimpi, mani, haidh dan fenomena seks yang dinyatakan dalam Fiqh Toharah dan Ibadat ini kerana pada umur 10 tahun seorang kanak-kanak sudah di’mestikan’ untuk bersolat. Untuk itu ia perlu memahami Fiqh Toharah dan Ibadat yang betul bagi memastikan solatnya benar. Oleh kerana pada umur 12 tahun seorang anak biasanya mencapai baligh, maka perlulah mereka dididik mengenai baligh dan tanda-tandanya sebelum memasuki umur baligh yang sebenar. Hal ini perlulah dikaitkan dengan isu-isu seksual.
5.Memahamkan anak-anak apa yang dimaksudkan lucah dalam Islam dan kenapa ia dilarang.

Tahap Pos Baligh (13 – 15 tahun)

Objektif yang boleh dicapai ditahap ialah ialah mendidik anak-anak yang telah meningkat ke alam remaja untuk mempraktik dan meme nuhi sepenuhnya tuntutan hijab (pakaiandan pergaulan) baik dalam keluarga atau di luar rumah, memastikan anak-anak mempunyai kekuatan bagi menjauhi zina dan amalan seks luar tabi’i, memahamkanmereka akan perubahan emosional (cinta, kasih, rasa tertarik pada kawan lelaki/perempuan) dan membina keupayaan mengurus segala perubahan itu sejajar dengan ajaran Islam.Ibu bapa boleh melakukan perkara-perkara berikut bagi mencapai objektif yang dikehendaki:

1.Melakukan aktiviti yang mengukuhi aktiviti di tahap yang lalu.
2.Memahamkan anak-anak mengenai zina dan amalan seks luar tabi’i dalam Islam dan hikmah disebalik larangan terhadapnya.
3.Memahamkan sebab-sebab timbul rasa cinta, kasih dan tertarik kepada yang lain dari segi fisiologi dan psikologi.
4.Membimbing anak-anak untuk mengurus psikologi remaja dan dorongan seks yang semakin meningkat di tahap ini.
6.Membiasakan anak-anak dengan puasa sunat (selain ibadah-ibadah lain) sebagai asas daya tahan mengawal dorongan seks setelah memasuki umur baligh sejajar dengan anjuran Rasulullah s.a.w.

Acik dapatkan di sini (sumber) semoga bermanfaat kepada ibu bapa di luarkan sana, pendidikan seks itu bukan pekara yang lucah sahaja tetapi pengetahuan untuk beri pendedahan dan ini dalam persepsi islam. Lebih baik mencegah dari terkena. Susah nanti.


Share This!


30 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Nice sharing.. Pendidikan seks mmg ada dlm Islam..

Vee Lea berkata...

Great info!! =)

Yumida Huda berkata...

nice sharing acik
aah pendedahan tu penting buat anak2
biar mereka faham

Nao Mei berkata...

nice info dik

krole berkata...

serius...terima kasih kerna kongsi entri ni acik, bila tiba masanya bolehlah nnt krole persiapkan baby zahrah tentang pendedahan seperti ini. Risau dengan dunia yang serba moden skngni... tngok gambar budak-budak kat atas tu pergh!... kena sentiasa pantau anak yang dah reti online...

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI berkata...

budak2 sekarang lagi advance dari kita...sex education ni perlu didedahkan kepada mereka mengikut kematangan usia tapi parents n cikgu pun kena pantau diorang...semakin mencabar dunia , semakin mencabar parents nak jaga anak2..

Nurul Syawani berkata...

penah jumpa status bdk sk0la rendah "apa rasanye bila dapat tido dgn kekasih kita ye" rasa nak pengsan baca! -_-'

Amanina Mads berkata...

nice entry achik.. rasanya lebih baik ibu bapa sendiri yg terangkan kpd anak2 supaya mereka takkan buat status serupa

Dzureen Darwis berkata...

Kalau x silap masa sekolah menengah ada pendidikan seks, subtopik dalam pendidikan jasmani dan kesihatan, lebih kepada awareness terhadap kesihatan. Di PLKN pula ada satu modul khas bertajuk Pendidikan Seks dan Keluarga yang juga lebih kepada awareness.

Norhasniza Khalid berkata...

tengok gambar tu... oh tidak ! apapun nice sharing acik... :)

Asha Lya berkata...

Thanks atas prkongsian..info yg sgt brguna.x smua org taw

Wirda Amir berkata...

salam acik...

akak fikir perlu pendidikan ni dimulai di rumh oleh ibubapa...si ibu blh bercerita pd anak perempuan...bapa kepada anak lelaki...

menarik sgt entry ni...

Kathy Rbain berkata...

ini kathy setuju sangat...tambah2 lagi anak2 semua dah meningkat remaja..

syuk shusuke berkata...

abg acik memang pandai mengongsikan maklumat yang penting :)

puteri airyn berkata...

Budak-budak sekarang ni, pandai segala.. kadang-kadang tanya soalan pun yang kita susah nak jawab..

Zaza berkata...

ilmu2 pengetahuan yg sgt berguna.. tkasih acik :)

||aLeaSaRa|| berkata...

macam kak lea ni,berdepan tempoh yang agak mencabar.mendidik si kembar girl n boy yang baru 11 tahun,kemudian si bongsu lelaki yang 6 tahun.yang bongsu tu memang banyak tanya,kadang2 kak lea kena get ready jawapan yang memudahkan dia faham.budak2 selagi tak faham,dia akna bertanya lagi dan lagi sampai dia puashati

p/s-->owh acik dah baca tak entri terbaru blogger Que Achmad....perghhh.budak2 zaman la ni mudah terpengaruh apabila parents anggap itu perkara biasa huhu....

Nies alhaQ berkata...

Nice sharing acik. Moga perkongsian ini dapat memberi impak positif bagi semua pembaca. :)

Adhie Sunan Saifuddin berkata...

skrang budak2 memang advance bukan sebab apa...segala maklumat dihujung jari...google jer semua akan boleh ditemui... pendekatan pendidikan seks dalam Islam wajib digunapakai oleh ibu bapa untuk mendidik anak2nya

Fizi Zaidi berkata...

dunia akhir zaman bro..apa pun boleh jadi..kita hanya mampu mencegah, berdoa dan tawakal agar semua ini jauh dari dalam diri anak2 kita..insyAllah ..

Wirda Amir berkata...

Acik...akak curik link blog acik ni utk diisi ke bloglist akak supaya akak senang nk kejar entry...akak ni lembab sket dlm dunia blog ni...masih bertatih....

lizz berkata...

nice sharing!!! boleh saje beri pendidikan seks pada anak2 cuma dengan cara yg betul lah.

Lynn Munir berkata...

Bab ini yang paling payah nak cerita ni.....

Cik Itah@RRP berkata...

gambar tu..oh tidak. tak sepatutnya terjadi dengan budak seusia tu..

Shark Kay berkata...

adeh...
anak sapo ler tu..
isk isk isk..
mmg serius nie

Mieza Jhaa K berkata...

Kita dulu malu betol nak sebut benda2 mcm tu.. budak skrg biasa je..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

setuju dengan entri acik.. pendidikan seks memang patut diajar sejak anak masih kecil supaya mereka tahu membataskan pergaulan terutamanya dengan individu atau ahli keluarga sendiri yang berlainan jantina ..

Tetamu Istimewa berkata...

Saya pernah mengajar Pendidikan Kesihatan Tahun 2, dalam kandungannya ada tajuk, sentuhan selamat dan tidak selamat. Jadi, guru perlu menerangkan kepada murid bahagian yang boleh disentuh dan tidak boleh oleh lelaki mahupun perempuan.

S.K.A berkata...

terbaik entri ni..setuju sgt..pntg bg kita ni sbgai negara islam..skrg2 bdak2 skrg dpt jga btas pergaulan mereka dan kenal satu sama lain..advance btol bdak skrg..xthu la mcm mn akan dtg..nice sharing acik

Khir Khalid berkata...

Perkongsian yg sgt baik Acik.. subjek munakahat & nikah kahwin juga mmg patut diperhalusi utk diterapkan sedari kecil agar mereka faham kedudukan sebenar. Nice sharing :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails