Assalamualaikum
Selamat bekerja kepada semua, pastikan hari ini hari yang indah buatmu dan marilah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Hari ini acik mahu kongsikan sedikit tentang jodoh dan cinta, kepada blogger yang dah berkawin dan otai silalah faham ,jangan meluat pula entri seperti ini. Entri ini khas untuk kaum remaja atau sewaktu dengannya yang kecewa dengan cinta. Acik ini mengembalikan cinta yang semakin di bawa kegairahan kehidupan mereka. Putus cinta memang sangat perih dan sedih apabila orang yang kita sayangi itu bukan lagi milik kita.
Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita,
akan tetapi takdir berkata lain,hanya membuat rasa sakit dan pedih.Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak dapat selamanya bersama.Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala. Segala rasa perih di hati akan hilang pada waktunya,dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak. Percayalah pada kebesaranNya. Bahawa DIA tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya, mana yang terbaik untuk makhluk-maklukNya.Jangan pernah anggap putus cinta dan tak dapat bersama dengan yang kita harapkan sebagai hukuman atau ALLAH itu tidak adil.Percayalah, ada Rahsia di balik Rahsia.Di balik semua peristiwa pasti ada hikmah nya
ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman
Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)..Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi,
niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH
telah mempersatukan hati mereka, Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha
Bijaksana.(S. Al Anfal: 63)
Untuk kaum wanita
"Wahai wanita solehah, jangan risau akan
jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada
wanita hanya pada kecantikan/lirikan senyuman, pada bicara manja yang
menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum
sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang
membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita
itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan
hadir untuk melengkapkan dirimu." :-)
untuk kaum adam
Semua
yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa,
walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan
siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta
kita kepada seseorang.
Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui dan Maha Memahami apa yang terbaik dan sesuai buat dirimu. Maka redha dan sabarlah dalam menemuinya.
kesakitan yg kita alami akan menjadikan kita
orang yang lebih kuat. Syukurlah sebab pernah sakit kerana cinta sebab
lepas itu kita lebih menghargai cinta dan banyak pengajaran.Acik cakap berdasarkan pengalaman juga.
38 Ulasan
meskipun aku tahu dye bukan milik aq.. tapi aq harap dye bahagia. Sakit hati sebab lidah aq kelu nak kata yang aq suka kat dye.. bodoh ke banggang mungkin dye bukan jodoh tuk aq..tapi arg apew aq mengarut ni hahaha..
soey acik terlalu emo lak hari ni..mood sedey
mengapa ditakdirkan kita tak ada jodoh dengan dia juga ada hikmahnya..
bersangka baik dengan Allah SWT kerana dia yg Maha Mengetahui
sakit putus cinta tu perkara biasa... hee :)
Jangan salahkan takdir.Ada hikmah di sebalik kejadian
Insyallah
silapnya dulu bila bercinta bagai nak mati..
kesannya , kekasih (calon bakal suami) yg menanggung..
hmm.. x penat berdoa agar Allah lembutkan hati ni agar lebih bertoleransi dan terbuka.
jika dia bukan jodoh kita anggab pasti sesuatu tersirat, jodoh itu ketentuan Allah .. terima dgn redha.. sakit memang sakit.. mengadu pada Dia..
:)
cinta boleh dicari dan diganti.
cuma jgn putus bila sudah bekerluarga :)
Tapi kan, berdasarkan pengalaman aku, perempuan ni akan datang kat lelaki kalau time lelaki tu tak ambik port tentang dia. Kalau lelaki tu terlampau tumpukan perhatian dia, dia akan cepat rasa bosan.
Senang cerita, hati perempuan ni dekatkan dengan kita umpama main layang-layang. Jangan lepaskan tali terlalu banyak, nanti dia terjatuh. Jangan tarik terlalu kuat nanti talinya terputus. Lebih kurang macam tu la.
Err.. Betul ke analogi layang-layang dan hati wanita yang aku guna ni?
dari:
akubahrain.com
moga masing2 menemui cinta sjati
bahagia di dunia n akhirat
ainimrashihah.blogspot.com/2013/06/cinta.html