Assalamualaikum
Alhamdulilalah
masih lagi dapat bernafas di bumi pinjaman Allah ini , mari kita
berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Ramai yang tanya
adakah solat istikarahku terjawab bahawa dia bukan jodohku
kisah benar ? Ye memang kisah benar, entahlah mungkin cara penulisan
itu seperti cerita tapi itulah apa yang hati acik rasa dan apa yang
perlu acik lalui. Terima kasi juga untuk pandangan bagi perempuan pakai baju kurung seksi ?
Terima
kasih juga kata-kata semangat, acik perlu ikhlas dan redhakannya walau
apa pun keadaannya. Semalam berkongsi kedukaan ada seorang responden
yang mungkin mempunyai rasa sedih yang sama tapi kisah yang berlainan
ingin tahu ? jom baca di bawah ini.
Assalamualaikum
acik , sedih akak baca kisah acik tetapi bertuahnya adik ramai yang
sokong dan beri semangat pada acik. Tapi tidak pada akak dik, akak
selalu keseorangan dan menjadi mangsa mainan perasaan orang . Akak
sebenarnya nak berkongsi kesedihan dik, dulukan akak pernah minta
pendapat dari adik tentang masalah akak dan alhamdulilah dik akak sudah
tinggalkan dia ,ini keputusan yang terbaik untuk akak.Untuk pengetahuan
semua yang belum mengetahui kisah akak ,sebenarnya akak pernah bercinta
dengan suami orang yang akan berkahwin lagi 5 bulan dengan si dia
menjadi isteri ke dua. Nasiblah ada adik acik dan ibu bapa yang kuatkan
hati ini untuk tinggalkan lelaki tak guna itu.
Acik
: Walaikumusalam kak ain, alhamdulilah kak kalau keputusan akak macam
gitu, tapi macam mane akak boleh yakin untuk tinggalkan lelaki tu
bukankah akak akan kawin dengan dia dalam beberapa bulan lagi ?
Kak
Ain : Mulanya dik, akak rasa inilah hidup aku dan takdir akak sebagai
seorang madu, tapi akak tak puas hati apabila dia selalu kata yang
isterinya selalu kongkong dia, suka paksa dia dan paling penting dia
kata dia tak bahagia lagi dengan isterinya. Mulanya akak simpati
dengannya dan akak sudi jadi isteri keduanya kerana akak rasa akak boleh
jadi isteri yang terbaik untuk dia. Tapi satu hari dik ,akak ikut dia
balik ke rumah dan akak nampak isteri dan anak-anaknya dik. Ya Allah
isteri dia cantik dan anak-anaknya ada 5 orang. Apa lagi sebenarnya yang
dia mahukan ? isteri sambut baik dengan penuh mesra bila suaminya
pulang ? Satu hari akak beranikan diri untuk berjumpa dengan isteri
abang halim untuk beritahu kisah sebenar.
Adik
tahu apa yang isteri abang halim kata ? sambil menangis dia kata
"kalaulah ini keputusan abang Halim saya terima kerana dia berhak untuk
ini , tapi kenapa perlu menipu dan memburuk saya ?
Isterinya
sungguh baik dan lembut orangnya dan anak-anak juga masih kecil , akak
buat solat istikarah untuk kuatkan hati ini seperti di sarankan oleh
acik. Alhamdulilah hati ini kuat untuk tidak bersama abang halim. Jika
dia boleh cari yang lain sedangkan isterinya yang baik dan cantik serta
boleh memburuk isterinya apatah nanti bila dengan akak pastinya dia
boleh dapatkan ke 3 dan ke 4.
Dalam
islam memang memboleh berpoligami, akak pun tidak masalah jika satu
hari nanti jika suami akak berpoligami tetapi biarlah kena dengan cara
dan jalannya. Asalkan dia benar-benar mampu dan adil , kebanyakkan
lelaki sekarang ini lebih kepada nafsu ,bila dah kawin isteri di
tinggalkan nafkah entah kemana?
Yang
selalu di tindas adalah wanita dik, akak tak mahu jadi perampas
kebahagian rumahtangga orang dik.Akak tahu saat milik kita orang lain
ambil,sangat sakit dik, sangat perit untuk di terima. Akak harap lelaki
di luar sana fikirlah secara matang untuk lakukan setiap tindakan..
adakah kamu fikir tentang isteri kamu ini ? apa dia rasa apabila kamu
memburukkannya.
Acik : ermm itulah mungkin luahan seorang wanita, acik ambil petikan ini dari laman web JAIS
Allah Ta'la telah berfirman dalam Surah An Nisa': ayat 3 yang bermaksud:
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
" Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."
Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sakit.
- Membela kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak dapat melahirkan zuriat atas sebab kesihatan.
Bukan semua lelaki tidak bertanggungjawab, ramai yang suami yang bagus ini mungkin segelintir sahaja, kita bersangka baik sahaja. Apapun lelaki ada ketua dalam keluarga, jika nakhotanya tidak brtanggungjawab maka kapal akan tenggelam, jika nakhota yang baik pastikan bahtera itu akan selamat aman dan damai. Semuanya terpulang pada individu. Ada acik lihat berpoligami tetapi bahagia sehingga ke anak cucu. Pucuk pangkalnya adalah suami itu sendiri.
Jadi
fikir-fikirlah wahai kamu semua, jika memang benar dia jodohmu maka
berlaku adillah antara kamu isteri-iserimu , jangan berat sebelah sana dan
sebelah pihak lagi di tinggalkan .Dan apabila ada cerita yang tak baik
itu jangan cepat ambil dan hadam cerita itu, dengar dari kedua-dua
pihak, adil itu semesti dari semua pekara.
41 Ulasan
lelaki itu tmpt wanita bergantung tp ramai lelaki yg bersikap mengantung wanita tanpa tali...syabad pd Ain..buat keputusan yg bijak tp akak dh tgk ramai kwn yg hidup bermadu namun bahagia dimana isteri kedua yg berkerjaya blh sama2 membantu suami utk menyara anak2 dr isteri pertama yg melanjutkan pelajaran,manakala isteri pertama mengasuh anak isteri kedua yg keluar bekerja..kalau baik lelaki itu melayan wanita...maka baiklah hasilnya.....
acik boleh tak kupas isu pasal "suami ada adik angkat perempuan" apa perasaan si isteri? apa pendapat kalau acik berada di tempat suami tersebut..
seorang suami yang baik tidak akan membuka aib isterinya dan begitu juga dengan si isteri..
Setahu ika semasa belajar dulu, dibolehkan berpoligami tu atas beberapa sebab, contohnya, isteri menderita sakit yang berpanjangan, isteri tidak boleh melahirkan zuriat (pada ika kalau setia, soal anak boleh je ambil anak angkat), dan sebagainya. Sepatutnya kita jadikan rasulullah tu sebagai contoh, apa dan kenapa berpoligami. Jangan membuta tuli je nak kahwin lebih daripada seorang. huk
Kesian dekat wanita yang teraniaya.
soal hati ni sgt rumit..
x berani komen lebih.
takut terkena diri sendiri..
Persefahaman di antara suami isteri sangat perlu dititikberatkan, tambahan pula dalam kegawatan moral yang melanda masyarakat kita, masalah lebih mudah muncul berbanding penyelesaiannya.
tapi sy tak tentang poligami..cuma minta dijauhkan la..