Pengikut

Sabtu, 5 Oktober 2013

Perempuan Pakai Baju Kurung Nampak Seksi ?

Gambar hiasan dari google

Assalamualaikum

Alhamdulilah ,masih lagi bernyawa dan dapat hidup di bumi pinjaman Allah ini, mari kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Pagi-pagi lagi acik dah keluar rumah untuk berjogging dengan misi utama nak" fits" badan yang semakin mengembang nie. Paling utama adalah kesihatan tubuh badan,  lepas tu apalagi melepak di kedai mamak di section 3.

Hari minggu memang ramai orang berada di situ sambil ngeteh dulu , sarapan pagi. Acik duduk betul-betul bersebelahan dengan sekumpulan lelaki yang bercerita dengan pelbagai hal. Habis riuh redah jadi kedai , tiba-tiba yang menarik perhatian acik adalah tentang isu yang di utarakan ini.

Lelaki A : Ishh aku pantang tengok perempuan pakai baju kurung seksi giller 
Lelaki B : Baju kurung seksi biar betul kau nie ? 
Lelaki A : Aku rasa seksi je
Lelaki C : aah aku pun rasa seksi jugak ,superb ala-ala wanita melayu terakhir..

Ahh perempuan pakai baju kurung seksi ?

Itu mula reaksi acik, tapi bila di fikirkan lelaki ini kadang kala fikirannya berfikir di luar kotak. Sampai satu tahap acik pun tak faham apa yang di fikirkan. Bukankah baju kurung itu longgar dan tidak menampakkan bentuk badan ? 

Dan balik dari kedai tadi acik terus tanyakan di fanpage acik tentang isu ini. Pelbagai pandangan yang acik dapatkan, antaranya.

1. Mungkin bagi si A pakai baju kurung itu seksi ,mungkin jugak tidak bagi si B
2. Baju kurung sekarangkan di modenkan (no wonder)
3. Semua itu terkait dengan nafsu..ishhh 

Ini mungkin sebahgian sahaja, tapi bila di fikirkan betul juga, yelah sekarang ini zaman dah berubah, maka trend pun dah berubah. Dulu semuanya longgar sekarang semua dah ketat nak nampakkan bentuk badan.Ada tu acik perasan pakai baju kurung tapi jarangnya jenis kain yang di pakai. Tak sedar atau sengaja ? 

Jadi wahai wanita sekali di luar sana, berhati-hati dalam pemilihan fabrik atau kain untuk di buat baju. Kadang kala tak sesuai untuk di pakai lagi-lagi di tempat umum .Lagi satu kalau boleh janganlah ketat-ketat sangat baju tu waimah baju kurung sekalipun. Seksa den melihatnya. 

Dan lelaki juga perlulah menjaga mata ini, jangan biarkan mata melilau untuk lihat pekara-pekara yang tak elok. Nanti sah-sah dapat dosa secara percuma. 

Pada aciklah , lebih cantik jika pakai baju kurung yang biasa tanpa ada "cutting " atau pun kain jarang. Nampak ayu sahaja pakai baju kurung yang biasa tu , dan tidak akan menjadi perbualan ramai (tidak menjadi bahan fitnah)  serta menutup aurat. Betul tak ? 

Share This!


31 ulasan:

  1. betul tu acik..pakai je baju kurung biasa.. x yah nak ikut trend sgt..nak cuting2 bagai ikut tubuh kan...

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana acik mengingatkan akak..

    BalasPadam
  3. Salam acik...

    Bagusnya,pagi2 dh keluar joging..harini akak tkde aktiviti,hari cuti aktiviti manjakan diri je...hehe

    betul juga org yg berkata tu acik,akak pernah sekali tgk n berperasaan mcm tu,akak tgk dua pempuan yg berbeza tp guna fabrik yg sama utk fesyen bj yg berbeza..yg pakai bj kurung tu,wpun longgar tp nmpk ayu n seksi berbanding yg fesyen kain atas lutut nampak betis n leher yg nampak pangkal dada tu..akak tgk seksa sgt rupa pempuan tu..ini serius acik....pempuan tu bergambar bersebelahan antara satu sama lain...

    Akak suka pakai jubah...ada lebih 20 helai jubah yg kebyakannya berwarna hitam...biasanya pakai bila keluar sblh ptg or mlm...bj kurung setiap hari lps mandi pagi..akak suka,ala2 perempuan melayu terakhir gitu...hehe

    BalasPadam
  4. maybe baju kurung awek tu yg seksi,
    baju kurung skang banyak jnis n dsign,
    sama mcm baju kurung skolah skarang,
    jarang.
    tu yg nmpk seksi dan jadi mangsa sokmo bdk skolah.

    BalasPadam
  5. mmg skrg nie terlalu banyak fesyen untuk wanita.cuma dalam tak sedar fesyen tu kekadang menjerat si pemakai jugak..insyallah

    BalasPadam
  6. Saya suka pakai baju kurung. Kat rumah pakai baju kurung, kat luar ikut keadaan. Santai2 suka pakai t-shirt muslimah. Baju kurung memang nampak juga lekuk badan walaupun kain tebal, lebih2 lagi yang nipis. Pakai baju kurung bila kat luar seeloknya tambah sikit aksesori, pakai kain dalam dan singlet. Kurang sikit nampak bentuk badan. Bila perhatikan, semakin panjang labuh baju dari bahu, semakin nampak bentuk badan kecuali kita pakai berlapis-lapis. Kejadian wanita amat unik. :)

    BalasPadam
  7. hehehe , sekarang ape je yang tak seksi , jubah pown dah tak boleh dipanggil jubah , nice entry ! good job , jemput la ke blog CP :D ade blog yang di review ..

    BalasPadam
  8. hihi...wah entri bagus nie...cik akak komen jap..hihi....

    Kalau yang sebut bajumkurung tu ceksi...memang sah orang tu berkata-kata mengikut nafsu.....kalau orang tu kata anggun dan sopan bila pakai baju kurung...maka terjawablah budi perkerti dan tingginya nilai wanita di mata dia.....
    memang betol kekadang warna baju kurung tu yang menampilkan si pemakai untuk tampil seksi..tak percaya....
    contoh warna merah.....memang warna yang boleh mengoda..
    so berhati-hati bila memilih warna...hihihi

    BalasPadam
  9. cuba acik perhatikan , perempuan yg berbaju kurung , pas tu angin bertiup kuat , seksi tak bila baju tu ikut btk badan ... yes mmg seksi ... akak dah selalu nampak ...

    BalasPadam
  10. Baju kurung ni asalnya mmg cantik & sopan, tp klu dilihat dari sudut seksi.. mmg seksilah yg dia nampak.. pemakainya harus berhati2lah sblum memakai.. thanks sharing Acik.. sesuatu yg baik utk difikirkan.. :)

    BalasPadam
  11. betul jugak kan?hehehe..memang kathy akui..

    BalasPadam
  12. hu3..ternyata aku lebih suka tengok awek yg pakai baju kurung..hu3

    BalasPadam
  13. Beauty is in the eye of the beholder. Thumbs up Acik.

    BalasPadam
  14. kadang-kadang terpikir juga, perlu ke baju kurung yg menampakkan tubuh badan sendiri?

    betul kata ustaz azhar idrus, lelaki macam kancil, wanita macam lamboghini.

    BalasPadam
  15. Berbaju kurung tidak salah tetapi kalau dah jarang dan sendat. Yang tidak bertudung tu...koler pula besar ternganga. Lelaki kalau memandang yg tertutup tapi nampak sikit2 itu lagi seksi namanya...

    BalasPadam
  16. betul apa acik cakap, sekarang memang macam2 trend baju kurung ada, tapi sejujurnya ika lebih memilih baju kurung biasa. Lebih selesa~

    Pernah masa raya, ada makcik ni yang dah agak berusia juga, tapi pakai baju kurung kainnya amat jarang sehingga menampakkan bentuk kaki, subhanallah, ika tengok yang lelaki memandang aje, tak kurang juga yang tidak selesa. Nak tegur tapi dia makcik ika. Bila tegur kita pula dipersalahkan :/

    BalasPadam
  17. pada mama, biasa je.. ada pulak seksi.. hihihih, kan cantik perempuan berbaju kurung, ayu je... hihi

    BalasPadam
  18. Vee pun suka baju kurung, walaupun dlm hidup ni baru 2 kali kott pakai baju kurung. Huhuhu. Tp kan, sebenarnya definition of "sexy" means cantik kat Barat. Vee ada family angkat dr Norway and selalu je kena puji "sexy". Awalnya Vee tak fhm sbb dorang ckp "sexy" padahal masa tu Vee guna long sleeve shirt and jeans. Pastu barulah abg angkat ckp their "sexy" means "gorgeous". Kat Asia je seksi tu maksudnya terdedah sana sini. Kalau dengar perbualan dorang ikut pandangan barat, memang betul yg berbaju kurung mmg cantik. Tp kalau dr pandangan asia pulak, bak kata acik itu ikut nafsuuu. Hehehehe. Apa pn, Vee tetap suka baju kurung labuh ^_^

    BalasPadam
  19. pandangan lelaki itu berbeza. :) *pernah buat survey dulu.. :)

    BalasPadam
  20. betul acik. Nad setuju. :) kena hati2 da nak beli baju kurung huhu

    BalasPadam
  21. Betul sgt.. Berbaju kurung ttp seksi jika berbbju sbb nk berfesyen... Lelaki ni mcm2 jnis sbb tu lah ikut je syariat... Insha Allah slmat..

    BalasPadam
  22. Betul acik..sekarang ni jubah pun adakalanya nampak seksi..terima kasih mengingatkan..

    BalasPadam
  23. Baju kurung mungkin nampak seksi bagi sesetgh org.. sebab kain kadang2 lembut n nipis, bila di tiup angin mmg akan menampakkan susuk tubuh..

    BalasPadam
  24. Acik, sebenarnya baju kurung antara baju yang "sempurna" dicipta oleh orang Melayu untuk perempuan. Tapi, bila dah dimodenkan itulah jadinya.

    Apabila melihat perempuan dengan pandangan nafsu, pakai apapun pasti nampak seksi. Seharusnya lelaki perlu jaga pandangannya.

    BalasPadam
  25. betol tu acik..pd sy..baju kurung skrg ni pn seksi..sy sndri tgok pn mmg hati kata seksi..mcm dah ikut cutting badan..ada juga ustaz ketengahkn isu ni..di sebabkn fesyen..bnyk yg nk nmpak cntik..sbar jelah..kdg2 muka yg cntik pn seksi..he3..cmne tu ye...

    BalasPadam
  26. Ada sesetengahnya memandang seksi bila tertutup sepenuhnya.. Makin ditutup makin menambah seri dan seksi dimata lelaki.. imaginasi lelaki..

    BalasPadam
  27. Hah..dah mengembang ye Acikk..haha..rajin2lah pergi gym.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails