Gambar hiasan dari google

Assalamualaikum

Alhamdulilah ,masih lagi bernyawa dan dapat hidup di bumi pinjaman Allah ini, mari kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Pagi-pagi lagi acik dah keluar rumah untuk berjogging dengan misi utama nak" fits" badan yang semakin mengembang nie. Paling utama adalah kesihatan tubuh badan,  lepas tu apalagi melepak di kedai mamak di section 3.

Hari minggu memang ramai orang berada di situ sambil ngeteh dulu , sarapan pagi. Acik duduk betul-betul bersebelahan dengan sekumpulan lelaki yang bercerita dengan pelbagai hal. Habis riuh redah jadi kedai , tiba-tiba yang menarik perhatian acik adalah tentang isu yang di utarakan ini.

Lelaki A : Ishh aku pantang tengok perempuan pakai baju kurung seksi giller 
Lelaki B : Baju kurung seksi biar betul kau nie ? 
Lelaki A : Aku rasa seksi je
Lelaki C : aah aku pun rasa seksi jugak ,superb ala-ala wanita melayu terakhir..

Ahh perempuan pakai baju kurung seksi ?

Itu mula reaksi acik, tapi bila di fikirkan lelaki ini kadang kala fikirannya berfikir di luar kotak. Sampai satu tahap acik pun tak faham apa yang di fikirkan. Bukankah baju kurung itu longgar dan tidak menampakkan bentuk badan ? 

Dan balik dari kedai tadi acik terus tanyakan di fanpage acik tentang isu ini. Pelbagai pandangan yang acik dapatkan, antaranya.

1. Mungkin bagi si A pakai baju kurung itu seksi ,mungkin jugak tidak bagi si B
2. Baju kurung sekarangkan di modenkan (no wonder)
3. Semua itu terkait dengan nafsu..ishhh 

Ini mungkin sebahgian sahaja, tapi bila di fikirkan betul juga, yelah sekarang ini zaman dah berubah, maka trend pun dah berubah. Dulu semuanya longgar sekarang semua dah ketat nak nampakkan bentuk badan.Ada tu acik perasan pakai baju kurung tapi jarangnya jenis kain yang di pakai. Tak sedar atau sengaja ? 

Jadi wahai wanita sekali di luar sana, berhati-hati dalam pemilihan fabrik atau kain untuk di buat baju. Kadang kala tak sesuai untuk di pakai lagi-lagi di tempat umum .Lagi satu kalau boleh janganlah ketat-ketat sangat baju tu waimah baju kurung sekalipun. Seksa den melihatnya. 

Dan lelaki juga perlulah menjaga mata ini, jangan biarkan mata melilau untuk lihat pekara-pekara yang tak elok. Nanti sah-sah dapat dosa secara percuma. 

Pada aciklah , lebih cantik jika pakai baju kurung yang biasa tanpa ada "cutting " atau pun kain jarang. Nampak ayu sahaja pakai baju kurung yang biasa tu , dan tidak akan menjadi perbualan ramai (tidak menjadi bahan fitnah)  serta menutup aurat. Betul tak ?