Pengikut

Ahad, 27 Oktober 2013

Berhati-Hati Apabila Mendengar Khabar Angin



Assalamualaikum 

Alhamdulilah sekarang berada di kampung untuk melawat abah, dan keadaan baik semakin membaik dan hari ini sudah di benarkan keluar hospital. Syukur ya Allah. Dan sebelum itu acik nak ucapkan tahniah kepada acik yang sudah konvo pada hari sabtu yang lepas. Tahniah dapat keputusan yang baik juga.

Kembali tentang cerita tentang abah, suka sangat bila dapat lihat abah dapat senyum seperti dahulu. Abah pun semakin ceria tetapi ada cerita yang tidak seronok untuk di dengar. Pagi tadi , adik pergi ke kedai ada yang cakap dengan adik, abah kena tahan ke ICU dan teruk sangat, ada yang kata kena buatan orang dan paling lari dari topik adalah katanya kaki abah acik kena potong.

Dasyat betulkan, siapalah buat rumors yang tak benar ini, kadang yang tak boleh tahan itu adalah apabila cerita sebenar di putar belit hinggakan lari betul cerita asal. Kadang yang peliknya dia ceritakan pada kita seolah dia lebih tahu dari kita. Dan macam-macam yang acik dengar lebih dari cerita asal yang di tokok dan di tambah.

Dan pernah juga, abang acik di fitnah hingga sampai ke mulut orang lain memang benar-benar lari dari cerita sebenar. Cerita itu di tukar dan di sesuaikan mengikut sedap dari orang-orang tertentu. 

Kita sebagai pendengar ini perlulah menapis segala apa yang di dengar dan jangan ambil bulat-bulat apa yang di dengar. 

Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui.  
( Surah Ali 'Imran: 78)
Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran ketika datang kepadanya? Bukankah di neraka Jahannam tersedia tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?   
(Surah  Az Zumar: 32)
Banyak dusta dan banyak dusta dan kbanyakan berita di khabarkan tidak tepat.

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu - Sahih Muslim

Akhir kata dari acik hati-hati menerima apa jua yang kita dengar , tak kiralah cerita artis atau pun cerita dari orang yang rapat dengan kamu. 
 

Share This!


26 ulasan:

  1. alhamdulillah... Abah achik dan semakin pulih... ;)

    BalasPadam
  2. Semoga ayah Acik sembuh seperti sedia kala.. :-)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..kota tinggi d mana ye

    BalasPadam
  4. Mmg betul tu Acik, khabar angin ni boleh merosakkan hubungan persahabatan, kekeluargaan & juga menjatuhkan negara..
    Syukur Alhamdulillah ayah Acik semakin pulih.. semoga dipermudahkan semuanya & cepat sembuh spt sediakala.. aamiin.
    Salam hujung minggu..:)

    BalasPadam
  5. dengar boleh, just percaya atau tidak tu depends dari kita, sebab kita memang zahir bgtuh, lumrah manusia, mulut tidak dapat nak tutup..^^

    BalasPadam
  6. khabar angin ni boleh menyebarkan fitnah je. semoga ayah acik sentiasa dlm keadaan sihat :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...semoga abah Acik akan pulih sepenuhnya. Jgn di percaya kata2 orang sblm dptkan kepastian... Sabarlah dlm menghadapi ujian.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..abah acik da sembuh..
    betul tu cik apapun yang kita dengar dari mulut orang lain jangan terus percaya..kena tapis dulu..apa yang kita dengar tu tak semestinya itu yang berlaku .
    btw..ayat yg last tu macam ada something happen ja.. kalau kena dengan acik..acik sabar ya :) kuatkan semangat!

    BalasPadam
  9. Salam acik...alhamdulillah abah acik dah bertambah sihat...begitulah acik..cerita biasanya suka ditokok tambah..bimbang akan jd fitnah...sbb itu ada pepatah mengatakan...melihat sekali adalah lebih baik dr mendengar seribu kali.....wallahualam....

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, moga abah acik terus diberi kesiahatan yang baik.

    Janganlah sebarkan khabar angin ni. Nanti jadi fitnah pula.

    BalasPadam
  11. itu sebab cakap orang ni kita bukan boleh dengar sangat, banyak yang menokok nambah, bikin hati kita resah...

    semoga acik tabah dan semoga ayah acik sembuh ye..

    BalasPadam
  12. alhamdulillah, syukur ayah acik cpt sembuh.
    yang rumor tu dinasihat kalau tak pasti jgn disebar. mengundang fitnah :)

    BalasPadam
  13. syukurlah,ayah acik dah semakin pulih..memang selalu macam tu. org lebih suka bercerita tanpa pastikan hal yg sebenar terlebih dulu :(

    BalasPadam
  14. alhamdulillah abah acik sudah semakin sembuh.. betul tu acik.. bahaya betul menyebarkan fitnah.. sepatutnya siasat dulu kesahihan cerita sebelum disebarkan.. seeloknya berdiam diri saja dari menyibuk menyebarkan hal orang lain..

    BalasPadam
  15. Acik...akak ada permintaan la...kalau acik ada masa,blh tk buat entry tentang kesan muzik@ayat suci alquran pd tubuh badan manusia...akak ada tgk pic kat fb,pic dua potong buah tembikai yg satunya diperdengarkan dgn alunan muzik,manakala satu lg diperdengarkan ayat suci alquran...potongan tembikai yg diperdgrkan ayh alquran itu,keadaannya lebih baik berbanding yg diperdgrkan dgn alunan muzik...

    Anak buah akak ada cerita,lacture dia bgtau,dlm tubuh badan manusia ni,90%(yg ini akak kurang pastu sbb x ingat) dr tubuh kita ni,kandungannya adalah air,kalau air diperdgrkan dgn bacaan alquran,molikul air tersebut menjadi baik...kalau diperdgrkan dgn bunyi muzik,ianya akan jd sebaliknya...kalau nk jd baik,byk perdgr ayt quran..kalau dgr muzik..maybe kita akn jadi agrasif...wallahualam..akak x jumpa la info ni..nak cari kat mana ye?

    BalasPadam
  16. manusia ni memang tau..suka sgt tokok tambah cerita..slalu sgt dh terkena dgn bnda mcm ni..

    BalasPadam
  17. Mulut orggg,,huhu,,slalu camtuu,,bnyk3 kn sabar eaaa :)
    Alhamdulilah jga aabah acik dh sihatt

    BalasPadam
  18. normal dah... mmg suka bawa cerita, tmbh cerita dan sebarkan cerita tnpa usul periksa... tmbh2 dah de blog, fb dan twitter lagilah fitnah melata-lata...

    BalasPadam
  19. sangat benci ngan org yg suke bawak cerita yg bukan2..

    BalasPadam
  20. sebab tu dalam ajaran agama kita..dilarang keras dalam menyebarkan berita tak benar..apatah lagi cerita fitnah

    BalasPadam
  21. fitnah besar dosanya...moga dijauhkan

    BalasPadam
  22. tak hairan la sekarang ni org suka sgt bawa cite-cite yang tak betul. bukan nak duduk diam-2. suka-suka hati je nk reka cite :)

    BalasPadam
  23. Acik,, ain dh byk kali add acik.. tp tiap2 kali nk baca blog acik,, ain kene add lagi br jd follower.. nape ye

    BalasPadam
  24. Mulut sentiasa berkata.. lidah kita tajam lebih dr mata pedang apabila berkata2 dan licik apabila menyusun kata

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah ayah acik dh smkin ok =) harap kta xtergolong la dr orang yg suka mnokok tambah ni..silap2 boleh jd fitnah..sesuatu yg xelok tu..Allah pn xsuka..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails