Ada kalanya kita menyangka bahawa melancong itu hanya soal membeli tiket kapal terbang, menempah penginapan, kemudian mengemas pakaian ke dalam bagasi.
Sedangkan, wahai saudara dan saudari yang budiman, sebuah perjalanan yang baik bukanlah bermula tatkala kaki melangkah keluar dari pintu rumah. Ia bermula lebih awal tatkala kita duduk menyusun segala persiapan dengan tenang, agar kelak tiada perkara kecil yang menjadi duri di tengah perjalanan.
Indonesia itu luas negerinya. Banyak tempat indah yang boleh diziarahi, daripada hiruk-pikuk kota Jakarta, kesejukan Bandung, keindahan Bali, hinggalah ke alam Bromo yang menggetarkan jiwa.
Namun sebelum kita mengejar keindahan negeri orang, eloklah kiranya kita terlebih dahulu mengetahui beberapa perkara asas supaya perjalanan menjadi lebih mudah, selesa dan tidak mengundang penyesalan.
Maka, berikutlah beberapa perkara yang patut dilakukan sebelum berangkat.
1. SEBELUM PACING BARANG, ISI DAHULU ARRIVAL FORM
Inilah antara perkara yang sering dilupakan oleh mereka yang terlalu ghairah hendak berjalan.
Tatkala tiket sudah dibeli, hotel sudah ditempah dan pakaian sudah mula disusun, janganlah terus sahaja memikirkan kasut dan baju. Perkara pertama yang wajar diperiksa ialah keperluan kemasukan ke Indonesia, termasuk borang ketibaan (arrival form) yang sedang berkuat kuasa ketika perjalanan.
Jangan menunggu sehingga kapal terbang sudah mendarat barulah hendak mencari Wi-Fi dan bertanya kepada orang di sebelah,
“Eh, borang apa yang kena isi?” 😅
Percayalah, tatkala semua penumpang sedang bergerak menuju pemeriksaan imigresen, kita pula tercari-cari telefon kerana mahu mengisi borang, hati pun mula berdebar.
Namun, bagi kamu yang mahu urusan lebih mudah, Touch ’n Go eWallet juga boleh digunakan untuk mengakses dan melengkapkan keperluan berkaitan perjalanan tertentu, bergantung kepada perkhidmatan yang tersedia pada ketika itu.
Maka, sebelum berangkat, bukalah aplikasi Touch ’n Go eWallet dan semak bahagian berkaitan perjalanan atau kemasukan ke Indonesia. Ikuti sahaja langkah yang diberikan sehingga selesai.
2. BAWA ADAPTER 2-PIN
Perkara ini nampak kecil, tetapi tatkala bateri telefon tinggal 5%, barulah kita mengetahui betapa berharganya sebuah adapter.Di Indonesia, jenis soket yang lazim digunakan ialah jenis C dan F. Maka, bawalah adapter yang bersesuaian, atau lebih mudah, gunakan adapter universal.Bayangkan kamu sampai hotel pada tengah malam. Telefon tinggal beberapa peratus sahaja.Esok pula sudah ditempah Gojek untuk pergi sarapan.
Tetapi...Adapter tiada.Pengecas ada.Wayar ada.Soket pula tidak serasi.Maka duduklah kamu memandang telefon yang semakin kehilangan nyawa.
3. DOWNLOAD GOJEK ATAU MAXIM SEBELUM BERANGKAT
Bagi mereka yang pertama kali melancong ke Indonesia, aplikasi pengangkutan seperti Gojek atau Maxim boleh menjadi sahabat yang sangat berguna.Jangan tunggu sudah keluar dari lapangan terbang baru hendak memasang aplikasi.
Sebaiknya, sebelum berangkat lagi, muat turun aplikasi tersebut, daftar akaun dan fahami sedikit sebanyak cara penggunaannya.Aplikasi sebegini boleh membantu untuk mendapatkan pengangkutan dan, bergantung pada lokasi serta perkhidmatan yang tersedia, memesan makanan atau urusan penghantaran.
4. TUKAR DUIT RUPIAH, JANGAN SEMUANYA DI AIRPORT
Satu perkara yang perlu diberi perhatian apabila kamu melancong ke Indonesia ialah urusan pertukaran wang.
Jika datang dari Malaysia, kamu boleh menyediakan sedikit wang Rupiah terlebih dahulu sebagai persediaan, khususnya untuk urusan kecil seperti tambang, makanan atau keperluan sebaik sahaja tiba.
Namun, jika mahu lebih mudah dan tidak mahu terlalu memikirkan soal pertukaran wang, kamu boleh menggunakan Wise. Dengan Wise, urusan pembayaran dan pertukaran mata wang menjadi lebih mudah, terutama apabila kamu mahu membuat bayaran menggunakan kad tanpa perlu membawa terlalu banyak wang tunai.
Jika kamu tetap mahu menukar wang secara tunai, elakkan daripada terlalu bergantung kepada pengurup wang di lapangan terbang. Bukanlah bermaksud semua pengurup wang di lapangan terbang menawarkan kadar yang buruk, tetapi ada baiknya kamu membandingkan kadar terlebih dahulu kerana kebiasaannya kadar di kawasan lapangan terbang mungkin kurang menguntungkan.
Pendek kata, kalau mahu mudah, bawa sedikit Rupiah dan selebihnya gunakan Wise. Lebih ringan perjalanan, lebih mudah urusan, dan kamu tidak perlu terlalu sibuk mencari pengurup wang sepanjang bercuti.
5. BAWA UBAT DARI MALAYSIA
Ini perkara yang jangan dipandang sebelah mata.Tatkala berada di negara orang, jangan menganggap semua ubat yang biasa kita gunakan mudah diperoleh atau jenamanya sama.
Jika kamu mempunyai ubat yang biasa digunakan, bawa secukupnya untuk tempoh perjalanan.Ubat asas seperti ubat demam, sakit kepala, gastrik, cirit-birit dan keperluan peribadi boleh dimasukkan ke dalam beg yang mudah dicapai, tertakluk kepada peraturan penerbangan dan kemasukan negara berkenaan.
6. PASTIKAN INTERNET SUDAH BERSEDIA
Pada zaman dahulu, orang mengembara membawa peta.Hari ini, kita membawa telefon.Tetapi telefon tanpa internet kadang-kadang sama sahaja seperti membawa peta yang tertinggal di rumah.
Sebelum berangkat, tentukan sama ada hendak menggunakan roaming, eSIM atau SIM tempatan.Pastikan telefon kamu tidak mempunyai masalah untuk menggunakan rangkaian ketika berada di luar negara.
7. SIMPAN SALINAN PASSPORT DAN DOKUMEN PENTING
Passport ialah nyawa kita ketika berada di negara orang.Jangan sesekali mengambil ringan soal keselamatannya.Selain menyimpan passport dengan baik, ambillah gambar atau salinan dokumen penting dan simpan dalam tempat yang selamat seperti storan awan.Boleh juga simpan nombor tempahan hotel, tiket penerbangan dan polisi insurans perjalanan.
9. JANGAN TERUS MEMBELI TANYA HARGA DAHULU
Ini pesan penting terutama kepada mereka yang suka membeli cenderamata.Sebelum membeli, bertanyalah harga.Jika mahu membeli banyak barang, tanyakan pula sama ada terdapat harga borong atau diskaun.
10. SEMAK CUACA SEBELUM BERANGKAT
Jangan kerana nampak gambar orang lain memakai baju cantik di Indonesia, kamu pun membawa pakaian yang sama.Semak dahulu cuaca dan kawasan yang bakal dikunjungi.
Jika ke kawasan tanah tinggi seperti Bromo atau Bandung, suhu boleh terasa lebih dingin berbanding kawasan bandar yang panas. Kalau ke kawasan yang banyak aktiviti luar, kasut yang selesa lebih berguna daripada kasut yang sekadar cantik untuk bergambar.
Kerana percayalah...Kasut cantik tetapi sakit kaki akan membuatkan gambar yang indah terasa seperti sebuah pengorbanan.
11. BAWA BEG KECIL UNTUK BERJALAN
Tidak perlulah membawa seluruh isi beg pakaian ketika keluar berjalan.
Cukuplah sebuah beg kecil yang mengandungi barang penting:
Telefon
Power bank
Duit kecil
Tisu
Hand sanitizer
Ubat asas
Air mineral
Salinan dokumen penting jika perlu
Ringkas tetapi berguna. hati-hati kadang kala banyak pencopet.
12. PERTIMBANGKAN TRAVEL INSURANCE
Perjalanan tidak selalunya berjalan seperti yang dirancang.Kadang-kadang penerbangan tertunda.
Kadang-kadang bagasi lambat.Kadang-kadang berlaku perkara yang tidak kita sangka.Sebab itu, bagi perjalanan yang sesuai, pertimbangkan untuk mengambil insurans perjalanan.Bukan kerana kita menjangka sesuatu yang buruk akan berlaku.Tetapi kerana orang yang bijak bersedia sebelum musibah tiba.
13. JAGA BARANG DAN JANGAN TERLALU MENUNJUKKAN WANG
Tatkala berjalan di tempat yang ramai, sentiasalah menjaga barang peribadi.Jangan mengeluarkan seluruh wang tunai di tempat awam.Jangan meletakkan telefon di tempat yang mudah dicapai orang.Dan jangan terlalu leka dengan telefon sehingga tidak memperhatikan keadaan sekeliling.Kita melancong untuk berseronok, tetapi kewaspadaan jangan ditinggalkan di rumah.
14. JANGAN LUPA ETIKA SEBAGAI TETAMU DI NEGERI ORANG
Ini mungkin tip yang paling penting tetapi sering dilupakan.Kita datang sebagai tetamu.Maka hormatilah budaya, adat dan kebiasaan masyarakat setempat.Jangan sesuka hati mengambil gambar orang tanpa izin.Jangan membuang sampah.Jangan bercakap terlalu kuat di tempat yang tidak sesuai.Jika memasuki tempat ibadah atau kawasan yang mempunyai peraturan berpakaian, hormatilah ketetapan tersebut.Kerana ukuran seorang pelancong yang baik bukanlah berapa banyak negara yang telah dilawatinya.
Tetapi bagaimana tingkah lakunya ketika berada di negara orang.
KALAU KE INDONESIA, NAK PERGI MANA?
Inilah soalan yang lebih susah.Indonesia terlalu luas.Kalau mahu mencari tempat menarik, rasanya sebulan pun belum tentu habis.Maka jangan cuba menakluk seluruh Indonesia dalam satu perjalanan.
Pilih mengikut jiwa dan tujuan perjalanan kamu.
1. BANDUNG
Kalau ini merupakan antara perjalanan pertama kamu ke Indonesia dan mahu sesuatu yang santai, Bandung boleh dimasukkan dalam senarai.Bandung terkenal dengan suasana yang lebih nyaman, kawasan pergunungan, makanan dan tempat membeli-belah.
Port healing di Bandung
Kamu boleh menikmati kawasan seperti:
Kawah Putih
Lembang
Orchid Forest
Jalan Braga
Gedung Sate
Bayangkan pagi-pagi keluar dari hotel, udara terasa sedikit dingin.Kemudian mencari sarapan.
Petang pula berjalan di Jalan Braga.Malam mencari makanan dan pulang ke hotel dengan beg yang entah bagaimana semakin berat.
Itulah tanda melancong sudah berjaya.
🏛️ 2. YOGYAKARTA
Kalau kamu seorang yang suka sejarah, budaya dan suasana kota yang lebih tenang, Yogyakarta sangat menarik.Antara tempat yang boleh dimasukkan:
Candi Borobudur,Candi Prambanan,Jalan Malioboro,Keraton Yogyakarta,Taman Sari
Port Healing Terbaik di Yogjakarta atau Jogjakarta Yang Mudah Dan Murah
Bayangkan kamu berdiri di hadapan binaan yang telah berusia berabad-abad.Tatkala matahari mula naik, kabus perlahan-lahan menghilang.Di hadapan mata terbentang sebuah tinggalan sejarah yang begitu besar.Pada ketika itu, barangkali kamu akan terfikir:“Rupanya dunia ini jauh lebih luas daripada apa yang selama ini aku lihat.”Dan itulah salah satu sebab kita mengembara.Bukan sekadar untuk bergambar.Tetapi untuk melihat dunia dengan mata sendiri.
3. BROMO UNTUK YANG MAHU MELIHAT MATAHARI TERBIT
Kalau kamu mahukan pengalaman yang lebih dramatik, pergilah ke Gunung Bromo.Bromo merupakan antara destinasi unggulan rasmi pelancongan Indonesia. Kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru merangkumi kawasan vulkanik yang luas di Jawa Timur.Kebiasaannya orang pergi awal pagi untuk mengejar matahari terbit.
4. BALI
Bali pula sudah tentu tidak perlu diperkenalkan.Kalau kamu mahu perjalanan yang lebih santai, romantik atau sekadar mahu berehat daripada rutin kerja, Bali boleh menjadi pilihan.
Antara kawasan yang boleh dipertimbangkan:
Ubud — untuk suasana hijau, budaya dan ketenangan.
Seminyak — untuk makanan, kafe dan suasana santai.
Kuta — lebih meriah dan mudah untuk pelancong.
Uluwatu — untuk pemandangan laut dan matahari terbenam.
Nusa Penida — untuk pemandangan alam dan pantai.
Tetapi Bali janganlah dikejar seperti mengejar hutang.Kalau lima hari, lima hari itulah.Jangan sampai pagi Ubud.Petang Uluwatu.Malam Seminyak.Esok Nusa Penida.Akhirnya separuh masa dihabiskan dalam perjalanan.
5. JAKARTA
Kalau kamu lebih suka suasana kota besar, Jakarta boleh menjadi pilihan.Jakarta merupakan pusat ekonomi, budaya dan politik Indonesia.Di sini kamu boleh menikmati:
Grand Indonesia,Kota Tua Jakarta,Monas
6. LABUAN BAJO
Kalau kamu mahu sesuatu yang lebih istimewa, bolehlah melihat Labuan Bajo.Tempat ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati laut, pulau dan keindahan alam.Namun perjalanan ke sini memerlukan perancangan yang lebih rapi berbanding Bandung atau Jakarta.Kalau sudah sampai, jangan lupa menikmati suasana laut dan melihat keindahan pulau-pulau di sekitarnya.
7. DANAU TOBA
Kalau kamu mahu tempat yang tidak terlalu mengejar hiruk-pikuk kota, Danau Toba di Sumatera Utara juga sangat menarik.Ia merupakan salah satu destinasi utama yang diketengahkan oleh pelancongan rasmi Indonesia.Di sini, kamu boleh mengambil masa untuk berehat.Tidak perlu setiap minit dipenuhi aktiviti.Kadangkala duduk melihat air yang luas sambil minum kopi pun sudah cukup.Kerana melancong bukan selalu tentang:“Hari ini kita pergi mana?”
Kadang-kadang melancong ialah tentang:
“Hari ini kita duduk sahaja dan menikmati hidup.”



0 Ulasan