Pengikut

Selasa, 25 Februari 2014

Suami Meletakkan Tapak Tangan Di atas Ubun-Ubun Atau Kepala Isteri

Suami memegang atau meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun atau kepada isteri dan berdoa

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucaplah syukur kepadanya kerana sehingga saat ini kita masih lagi di berikan peluang dan kesempatan untuk diri kita. Sekejap masa berlalu ,tiba penghujung bulan februari dan masuk mac dan cuti sekolah akan bermula. Cuti sekolah tentu akan banyak sekali majlis perkahwinan yang akan di langsungkan. Kebetulan 2 minggu lepas acik ada pergi majlis akad nikah seorang kenalan acik. Sangat tertarik dengan majlis akad nikahnya yang bersederhana tetapi sangat meriah. 

Rafiq : Acik aku baru first time tengok pengantin lelaki letakkan tapak tangan kat atas kepala perempuan, kenapa , itu adat ke  ?
Acik :itu bukan adat, tetapi amalan sunnah Rasullulah saw yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin. Tujuannya juga adalah mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan

Itulah serba sedikit perbualan kami ,mungkin perbuatan ini hanya di lakukan oleh sesetengah orang saja dan pada acik sangat "sweet" perilakuan seperti ini. Ada juga yang bertanya dengan acik kenapa ramai orang tak buat ? 

Sebagaimana kita tahu, pekara-pekara sunat iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

Suami memegang atau meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun atau kepala isteri dan sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan  segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya." 


(Riwayat Abu Daud)

Share This!


50 ulasan:

  1. assalam acik artikel yg sangat menarik utk menambah ilmu...kak juga baru tau cara sebaik itu selepas akad...sangat sopan sempurna.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. dulu masa menikah mmg ada org sarankan utk buat spt ni.. amalan yg sgt baik utk kita semua praktikkan. Perkongsian yg sungguh bermanfaat Acik. T kasih.. :)

    BalasPadam
  3. ya acik..sblum ini abah saya ada ckap juga pasai pkara ini..ada maksud dan pngertian d sbalik perbuatan ini..terima kasih acik atas pnjelasan .. :P

    BalasPadam
  4. memamg suwit kalau tengok lelaki letak tangan atas kepala isteri selepas kahwin..

    BalasPadam
  5. nice sharing acik. bagus pendedahan mcm ni. yumida pun x ingat ms kawen dulu ade x hb letak tgn kat ubun2 kepala.

    BalasPadam
  6. selalu juga lya nampak kalau time akad nikah pengantin ;)..

    BalasPadam
  7. bila kuar kat maya , baru ramai org tahu keperluannya .

    BalasPadam
  8. salam bro, baru2 nie. sepupu fizi kawin pun but perkara yang sama cam entri ini...

    BalasPadam
  9. sayangnya saya dan suami tak aware perkara ni masa nikah 7 tahun dulu.. tak apalah..moga bahagia selalu hendaknya..hihi. terima kasih atas perkongsian, acik..

    BalasPadam
  10. Memang x semua yg buat mcm ni.betullah cakap acik tu sambil berdoa kan.

    BalasPadam
  11. yeah amalan sunnah Rasulullah saw, ..kalau kawan lupa kita ingatkan, mudah-mudahan dgn ingatan kita ini membawakan keberkatan Allah swt kepada pasangan.. ; terkenang lagi pcl masa nikah dulu..thnks acik.

    BalasPadam
  12. pernah nmpak ada org buat tapi jarang.. btw nice sharing..berguna ni utk bakal2 pengantin lelaki

    BalasPadam
  13. Sweetkan kalau ada yang buat macamni.. Menampakkan yang si suami jadi pelindung kepada si isteri.. =)

    Contest SEO momsavenues.com

    BalasPadam
  14. rasa romantik dan disayangi..

    BalasPadam
  15. acik..lupa nak wish...tahniah!!!!
    terpilih dlm BEST LIFESTYLE BLOG - FINALIST
    yg ni masih bertanding erk? coz ade letak finalist. ke senarai pemenang

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas wish nya.. ini belum final result.. tak sabar nak tahu keputusan penuh

      Padam
  16. caya tak bila iman baca ni terus sayu hati ni...

    BalasPadam
  17. so sweet....semoga kasih sayang berpanjangan...

    BalasPadam
  18. Mmg sangat menarik..pada bakal raja sehari boleh try lepas ni.

    BalasPadam
  19. skrg byk org cium je dahi isteri...solat sunat pun tak buat :(

    BalasPadam
  20. memang sepatutnya macam tulah... ni tak, orang sekarang ni...lepas sah jer akad terus cium dahi isteri dulu...mentang2 dah sah..tak nyempat2... solat sunatnyer kemana...pelagi yg perempuannya...

    BalasPadam
  21. Sekarang ni selalu lihat dan dah jadi amalan yang biasa dilakukan. Alhamdulillah...perubahan yg amat baik. Saya dulu xtau pun perkara ini. Itulah untungnya orang zaman sekarang, mudah ilmu disebarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Acik...tersenarai dalam top 3 msmw2014. Semoga kejayaan buat Acik tahun ini.

      Padam
    2. alhamdulilah terima kasih atas wish nya ^_^

      Padam
    3. top 3 Acikk??? wahhhhh tahniah..tumpang gembira..

      Padam
  22. terasa nak kahwin tetiba, hehehe xD

    BalasPadam
  23. Alhamdulilah, sgt brguna info ni especially pd pasangan yg bakal bernikah. InsayAllah, sy pon nak jugakla mcm ni. ;)

    BalasPadam
  24. akak pun baru tahu selepas sepupu akak berkahwin tahun lepas.. sangat bermanfaat perkongsian ini acik untuk amalan pengantin baru nikah.. :D

    BalasPadam
  25. mmg ramai yg tak tahu psl ni, termasuk lah saya..
    tengs sharing info berguna ni...

    tengs drop by my blog, saya follow sini terus.
    very nice blog!!

    BalasPadam
  26. sy pun penah tertanye2 bnde yg sme..xtau pula sunnah Rasullulah

    BalasPadam
  27. akak pun tak tahu pasal ni, so time nikah tak buat
    bila abang ipar buat time nikah, rasa pelik
    sebab tak pernah ada orang buat
    tapi sekarang kebanyakkan majlis nikah dah ada ni

    BalasPadam
  28. Assalammualaikum... achik,

    Amalan sunat lepas nikah nie.. sekarang dah ramai yang amalkan .. bagus doa yang dikongsikan tu...

    mselim3

    BalasPadam
  29. owh baru tau.. thanks for the info :)

    BalasPadam
  30. aww fae nak bakal suami do this bila nikah nanti :3

    BalasPadam
  31. pernah dengar tapi tak pernah tengok..

    BalasPadam
  32. amalan rasulullah itu sentiasa indah :D

    BalasPadam
  33. sekarang lebih kepada adat orang Barat..cium dahi utk bergambar.

    BalasPadam
  34. mmg betul apa acik cakap. nampak sweet.

    thanks for the info. :)

    BalasPadam
  35. baguslah kan. zaman kak dulu, pengantin cium dahi, batalkan air sembahyang. masa tu kurang ustaz bagi nasihat cam la. kita pun jahil masa tu..

    p/s tahniah acik. kak pun undi acik tau..

    BalasPadam
  36. Bukan lpas nikah, lepas solat pun blh buat... :-)

    BalasPadam
  37. subhanallah.. baru tahu ini adalah sunnah.. thanxx Acik for ths info.. biasa kita lihat org kiss kat dahi..huhu

    BalasPadam
  38. Emm tak lama lagi lah nak cuti sekolah..hehe..

    BalasPadam
  39. Sunnah Rasullullah.. =) Alhamdulillah. .

    BalasPadam
  40. Tapi kebanyakan yang kita tengok sekarang ni, suami sekadar mengucup dahi isteri dan isteri bersalaman dengan suami.

    BalasPadam
  41. entry menarik.
    patotlah menang. tahniah! (>.<)

    BalasPadam
  42. kebiasaannya KG nampk cium dahi isteri..x pernah nampk lagi yg mcm ni

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails