Suami Meletakkan Tapak Tangan Di atas Ubun-Ubun Atau Kepala Isteri | Best Lifestyle Blog Malaysia

Pengikut

Selasa, 25 Februari 2014

Suami Meletakkan Tapak Tangan Di atas Ubun-Ubun Atau Kepala Isteri

Suami memegang atau meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun atau kepada isteri dan berdoa

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucaplah syukur kepadanya kerana sehingga saat ini kita masih lagi di berikan peluang dan kesempatan untuk diri kita. Sekejap masa berlalu ,tiba penghujung bulan februari dan masuk mac dan cuti sekolah akan bermula. Cuti sekolah tentu akan banyak sekali majlis perkahwinan yang akan di langsungkan. Kebetulan 2 minggu lepas acik ada pergi majlis akad nikah seorang kenalan acik. Sangat tertarik dengan majlis akad nikahnya yang bersederhana tetapi sangat meriah. 

Rafiq : Acik aku baru first time tengok pengantin lelaki letakkan tapak tangan kat atas kepala perempuan, kenapa , itu adat ke  ?
Acik :itu bukan adat, tetapi amalan sunnah Rasullulah saw yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin. Tujuannya juga adalah mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan

Itulah serba sedikit perbualan kami ,mungkin perbuatan ini hanya di lakukan oleh sesetengah orang saja dan pada acik sangat "sweet" perilakuan seperti ini. Ada juga yang bertanya dengan acik kenapa ramai orang tak buat ? 

Sebagaimana kita tahu, pekara-pekara sunat iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

Suami memegang atau meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun atau kepala isteri dan sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan  segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya." 


(Riwayat Abu Daud)

Share This!


50 ulasan:

paridah berkata...

assalam acik artikel yg sangat menarik utk menambah ilmu...kak juga baru tau cara sebaik itu selepas akad...sangat sopan sempurna.

Khir Khalid berkata...

Alhamdulillah.. dulu masa menikah mmg ada org sarankan utk buat spt ni.. amalan yg sgt baik utk kita semua praktikkan. Perkongsian yg sungguh bermanfaat Acik. T kasih.. :)

sobri yaacob berkata...

ya acik..sblum ini abah saya ada ckap juga pasai pkara ini..ada maksud dan pngertian d sbalik perbuatan ini..terima kasih acik atas pnjelasan .. :P

Unknown berkata...

memamg suwit kalau tengok lelaki letak tangan atas kepala isteri selepas kahwin..

Unknown berkata...

nice sharing acik. bagus pendedahan mcm ni. yumida pun x ingat ms kawen dulu ade x hb letak tgn kat ubun2 kepala.

Asha Lya berkata...

selalu juga lya nampak kalau time akad nikah pengantin ;)..

Unknown berkata...

bila kuar kat maya , baru ramai org tahu keperluannya .

Unknown berkata...

salam bro, baru2 nie. sepupu fizi kawin pun but perkara yang sama cam entri ini...

randomlyally berkata...

sayangnya saya dan suami tak aware perkara ni masa nikah 7 tahun dulu.. tak apalah..moga bahagia selalu hendaknya..hihi. terima kasih atas perkongsian, acik..

Unknown berkata...

Memang x semua yg buat mcm ni.betullah cakap acik tu sambil berdoa kan.

PCL berkata...

yeah amalan sunnah Rasulullah saw, ..kalau kawan lupa kita ingatkan, mudah-mudahan dgn ingatan kita ini membawakan keberkatan Allah swt kepada pasangan.. ; terkenang lagi pcl masa nikah dulu..thnks acik.

inche hlovate berkata...

pernah nmpak ada org buat tapi jarang.. btw nice sharing..berguna ni utk bakal2 pengantin lelaki

Unknown berkata...

Sweetkan kalau ada yang buat macamni.. Menampakkan yang si suami jadi pelindung kepada si isteri.. =)

Contest SEO momsavenues.com

kak tie berkata...

rasa romantik dan disayangi..

Unknown berkata...

acik..lupa nak wish...tahniah!!!!
terpilih dlm BEST LIFESTYLE BLOG - FINALIST
yg ni masih bertanding erk? coz ade letak finalist. ke senarai pemenang

Unknown berkata...

caya tak bila iman baca ni terus sayu hati ni...

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

so sweet....semoga kasih sayang berpanjangan...

Awanama berkata...

Mmg sangat menarik..pada bakal raja sehari boleh try lepas ni.

Sally Samsaiman berkata...

skrg byk org cium je dahi isteri...solat sunat pun tak buat :(

Bunda_nora berkata...

memang sepatutnya macam tulah... ni tak, orang sekarang ni...lepas sah jer akad terus cium dahi isteri dulu...mentang2 dah sah..tak nyempat2... solat sunatnyer kemana...pelagi yg perempuannya...

BinMuhammad berkata...

Sekarang ni selalu lihat dan dah jadi amalan yang biasa dilakukan. Alhamdulillah...perubahan yg amat baik. Saya dulu xtau pun perkara ini. Itulah untungnya orang zaman sekarang, mudah ilmu disebarkan.

cik lisa berkata...

terasa nak kahwin tetiba, hehehe xD

BinMuhammad berkata...

Tahniah Acik...tersenarai dalam top 3 msmw2014. Semoga kejayaan buat Acik tahun ini.

Akupenghibur.com berkata...

alhamdulilah terima kasih atas wish nya ^_^

Akupenghibur.com berkata...

alhamdulilah klau macam tu ^_^

Akupenghibur.com berkata...

terima kasih atas wish nya.. ini belum final result.. tak sabar nak tahu keputusan penuh

Awanama berkata...

Alhamdulilah, sgt brguna info ni especially pd pasangan yg bakal bernikah. InsayAllah, sy pon nak jugakla mcm ni. ;)

Unknown berkata...

akak pun baru tahu selepas sepupu akak berkahwin tahun lepas.. sangat bermanfaat perkongsian ini acik untuk amalan pengantin baru nikah.. :D

wahida berkata...

mmg ramai yg tak tahu psl ni, termasuk lah saya..
tengs sharing info berguna ni...

tengs drop by my blog, saya follow sini terus.
very nice blog!!

Unknown berkata...

sy pun penah tertanye2 bnde yg sme..xtau pula sunnah Rasullulah

Yana Yani berkata...

akak pun tak tahu pasal ni, so time nikah tak buat
bila abang ipar buat time nikah, rasa pelik
sebab tak pernah ada orang buat
tapi sekarang kebanyakkan majlis nikah dah ada ni

mselim3 berkata...

Assalammualaikum... achik,

Amalan sunat lepas nikah nie.. sekarang dah ramai yang amalkan .. bagus doa yang dikongsikan tu...

mselim3

Unknown berkata...

owh baru tau.. thanks for the info :)

Unknown berkata...

aww fae nak bakal suami do this bila nikah nanti :3

Fatin Wawa berkata...

pernah dengar tapi tak pernah tengok..

hasliynda umairah beauty berkata...

terima kasih info yg baik

Unknown berkata...

amalan rasulullah itu sentiasa indah :D

Unknown berkata...

sekarang lebih kepada adat orang Barat..cium dahi utk bergambar.

Unknown berkata...

top 3 Acikk??? wahhhhh tahniah..tumpang gembira..

Unknown berkata...

mmg betul apa acik cakap. nampak sweet.

thanks for the info. :)

ANIM berkata...

baguslah kan. zaman kak dulu, pengantin cium dahi, batalkan air sembahyang. masa tu kurang ustaz bagi nasihat cam la. kita pun jahil masa tu..

p/s tahniah acik. kak pun undi acik tau..

Unknown berkata...

sweet <3

Maria Firdz berkata...

Bukan lpas nikah, lepas solat pun blh buat... :-)

Cik Tieka berkata...

subhanallah.. baru tahu ini adalah sunnah.. thanxx Acik for ths info.. biasa kita lihat org kiss kat dahi..huhu

Hafizul berkata...

Emm tak lama lagi lah nak cuti sekolah..hehe..

Unknown berkata...

Sunnah Rasullullah.. =) Alhamdulillah. .

Tetamu Istimewa berkata...

Tapi kebanyakan yang kita tengok sekarang ni, suami sekadar mengucup dahi isteri dan isteri bersalaman dengan suami.

blog-tips-kurus berkata...

entry menarik.
patotlah menang. tahniah! (>.<)

kak gojes berkata...

kebiasaannya KG nampk cium dahi isteri..x pernah nampk lagi yg mcm ni

Unknown berkata...

Tringin gni.. insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails