Suami memegang atau meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun atau kepada isteri dan berdoa

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucaplah syukur kepadanya kerana sehingga saat ini kita masih lagi di berikan peluang dan kesempatan untuk diri kita. Sekejap masa berlalu ,tiba penghujung bulan februari dan masuk mac dan cuti sekolah akan bermula. Cuti sekolah tentu akan banyak sekali majlis perkahwinan yang akan di langsungkan. Kebetulan 2 minggu lepas acik ada pergi majlis akad nikah seorang kenalan acik. Sangat tertarik dengan majlis akad nikahnya yang bersederhana tetapi sangat meriah. 

Rafiq : Acik aku baru first time tengok pengantin lelaki letakkan tapak tangan kat atas kepala perempuan, kenapa , itu adat ke  ?
Acik :itu bukan adat, tetapi amalan sunnah Rasullulah saw yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin. Tujuannya juga adalah mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan

Itulah serba sedikit perbualan kami ,mungkin perbuatan ini hanya di lakukan oleh sesetengah orang saja dan pada acik sangat "sweet" perilakuan seperti ini. Ada juga yang bertanya dengan acik kenapa ramai orang tak buat ? 

Sebagaimana kita tahu, pekara-pekara sunat iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.

Suami memegang atau meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun atau kepala isteri dan sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan  segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya." 


(Riwayat Abu Daud)