Ticker

6/recent/ticker-posts

Solat Istikarahku Terjawab Bahawa Dia Bukan Jodohku


Assalamualaikum 

Ya Allah akhirnya aku temui jawapan yang tersembunyi rapi dah bertahun ku nantikan. Kebahgian yang dulu aku rasai hanya mainan syaitan yang menduga untuk aku terus lalai demi sebuah cinta. Aku pernah khilaf dan jatuh cinta pada seorang wanita yang baik akhlak.

Dulu pernah kami bertemu untuk berkenalan , setelah berkenalan kami semakin akrab lebih dari seorang kawan. Dan akhirnya hati ini terpaut kepadanya. Walaupun kami menjaga jarak, kami tidak pernah seperti pasangan bercinta yang lain ,tidak berpegang tangan, naik motor berdua-duaan , mahupun berjalan berdua. Kami letak jarak itu bukan sebagai penghukum tetapi sebagai batas pergaulan.

Tetapi mungkin syaitan tak pernah berputus asa, semakin kami menjaga jarak kami semakin itu rindu yang bertaut di hati ini semakin kuat. Setiap hari aku merinduinya dan setiap detik hanya dia dalam ingatanku. Jika aku tak mampu melihat dengan cara yang nyata melalui laman sosial aku melihatnya.

Aku semakin hanyut terbawa oleh perasaan ini, sehingga aku aturkan pertemuan kami berdua, rupanya dia juga rasa benda yang sama. Tetapi semakin cinta itu mula mengukuh ,semakin hebat ujian untuk kami. Kami di duga dengan pelbagai pekara mungkin untuk melihat sekuat mana hebatnya cinta ini. Adakah mampu mencintai Allah dan Rasullulah sebagaimana aku mencintai seorang wanita itu ?

Pelbagai ujian yang hadir dari satu pekara ke satu pekara yang lain. Sehinggakan air matanya mengalir kerana aku menyakiti hatinya. Dan salah faham mula berlaku , ketika aku sedang keluar bersama kakakku dia terlihat dan dia mengatakan aku ada perempuan lain .Dan cemburu itu semakin membakar setelah ada pihak yang mengambil kesempatan. Di mana keadilan bagi pihakku ?

Setiap hari aku selalu berdoa dan bermohon kepada Allah agar satukan kami dan kuatkan jodoh kami. Aku berdoa agar aku menjadi lelaki yang terbaik untuk hidupnya. Kadang kala sehinggakan aku sendiri mendesak untuk mendapatkannya. Aku juga selalu berdoa jika dia bukan jodohku, kuatkan hatiku untuk aku ikhlaskan dan terima ini sebagai takdirku.

Itulah konon hebatnya cinta, tetapi siapakah aku untuk mengatur semua ini ? aku hanya mampu merancang , aku hanya mampu meminta tetapi yang penuhi hanyalah DiriMu Wahai Tuhanku!! Kalau dia jodohku pastinya Allah akan satu kami walaupun beribu halangan yang melanda. Tapi jika bukan jodohku walaupun apa jua caranya pasti tidak bersatu.

Ketika aku menanti , terus berharap dan istikarahku aku teruskan agar aku tahu dia adalah jodohku atau bukan ? . Aku tak pernah kenal erti putus asa.Dia wanita yang baik yang pernah aku temui, aku bersyukur pernah dapat kenal dia.

Baru sebentar tadi ,dia memberitahuku bahawa dia telah di pinang oleh rakan baik ayahnya untuk lelaki anaknya. Anak lelakinya seorang ustaz di sekolah menengah dan ibu bapanya terima dan dia terpaksa akur atas permintaan kedua ibu bapanya.Mereka telah pun bertunang.

Aku akur dengan ketentuan takdir, dia memang layak mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari aku, dia juga wanita yang baik selayaknya untuknya. Pastinya lelaki itu akan menjaganya lebih baik dan menjadikan dia wanita yang solehah.

Alhamdulilah istikarah ku terjawab, dan entah mengapa hati ini  lega dan ikhlasnya . Kerana aku tahu ini yang terbaik untuk diriku dan dirinya.

Wahai tuhanku Engkau berikan kebahgian dan keharmonian hidup kepada dia dan pasangannya.Berikan rezeki dan kuatkanlah perhubungan mereka sehingga ke anak cucu. Mudahkanlah perjalanan hidup mereka ya Allah.


Catat Ulasan

37 Ulasan

Khir Khalid berkata…
Berserahlah kepada Allah & redhalah diatas ketentuanNya.. mudah2an pasti ada yg lebih baik yg akan dikurniakan nanti.. in shaa Allah.. amin.
Unknown berkata…
sabar ye bro :) faham sangat perasaan hati lelaki bila jodoh bukan milik kita..
shazillahsani.com berkata…
alahai sedihnya entry achik..apa pun banyakkan bersabar...setiap berlaku pasti ada hikmahnya..^^
Affy Afiqah berkata…
Semoga acik tabah. InsyaAllah akan ada gadis yang lebih baik dan solehah sebagai jodoh acik satu hari nanti.
Yakin dengan kuasa Allah :)
Semoga acik tabah~
Tanpa Nama berkata…
alahai...sabar la acik..Allah janjikan sesuatu lebih baik untuk acik tu...
BinMuhammad berkata…
Di kala ini jangan bersendirian, carilah teman2 yg baik dan sibukkan dengan pelbagai aktiviti berfaedah. Dekatkan diri dgn Allah...kerana disaat ini syaitan amat mudah meracuni fikiran.
Sabar...ingatlah, pasti ada hikmah disebaliknya. Be positive, mungkin ada yg lagi baik sedang menanti...
Vee berkata…
Acikk.. Sila terjah entry Vee >> http://vaneelea.blogspot.com/2013/10/la-tahzan.html

:)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Kisah benar acik ye...?sedihnya tp acik dah ikhlas dan redhokan acik...itu ketentuan Allah..moga pertunangan mereka berdua diikuti dgn pernikahan..memang baik kalau kita menjaga batas dlm perhubungan sbb tk semestinya gadis itu akan jd milik acik...solat istikharah adalah sebaik2 jln..Allah dah beri kita panduan apabila keliru dgn sesuatu utk membuat keputusan..moga acik tabah..

Teringat kata si dia...jagalah diri dgn sebaik2 cara...akak sebaklah acik :(
Asha Lya berkata…
kisah benar ka ni acik..sabar ya acik..mungkin lps nie acik akan bertemu insan yang betul memang jodoh acik.
Tanpa Nama berkata…
Akak ada buat entry baru yg ringkas...terimakasih sbb acik sudi n tertunggu2 entry akak..malu rasanya....
Amaliena Ros berkata…
istikharah memberi jawapan yang sebaiknya buat hamba yg memohon petunjuk Allah, yang pasti achik akan dapat someone better nanti, dengan izin Allah..bersabarlahya..
Unknown berkata…
mungkin Dia dah tetapkan acik berhak dapatkan yang lebih baik..segala yang berlaku inshaAllah ada hikmah di sebaliknya..sabar ye acik
Hana berkata…
kan best kalau orang yang kita dah berkawan tu dapat terima kenyataan dia bukan untuk kita :)
Unknown berkata…
Semoga beroleh jodoh yg baik, Insyaallah.
Areyna berkata…
jodoh rahsia dari allah... i,allah pasti ada bidadari yg lbh baik untuk awak.......berdoalah.....
Kechek Buzz berkata…
setiap sesuatu pasti ada hikmahnya...mencintai bukan sekadar untuk memiliki tapi untuk melihat dia bahagia... mungkin ada yang lebih baik sedang menanti... in shaa Allah.. :)
Zaza Iman berkata…
sabar ya acik... suatu masa akan bertemu juga jodoh :) teruskan berdoa kepada ALLAH.. :)
Dzureen Darwis berkata…
Salam :)

Acik akan dpt ganjaran dari Dia kelak in shaa Allah
Ainim Rashihah berkata…
Jangan pernah berputus asa ya Acik dalam mencari cinta yang sejati
Unknown berkata…
sedih..tp xpe semua tu ada hikmahnye
Maria Firdz berkata…
Alhamdulillah... Pasti ada yg lebih baik yg Allah tntukan... Allah tahu yg terbaik utk kita...
Mizz Aiza berkata…
hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. bersabarlah dan pasti ada hikmah-Nya..
Unknown berkata…
Setiap manusia yang dijadikan adalha berpasang-pasangan.. InsyaAllah ada yang terbaik untuk Acik..
Unknown berkata…
Bila kita redha atas sesuatu kejadian yang telah ditentukan, inshaAllah kita akan dapat menerimanya dengan tenang..semoga acik jumpa yang lebh baik inshaAllah..yakin dengan hikmah Allah..:)
tarmizi berkata…
menarik jalan cerita dia. patut wat novel ni.
Aku pengembara berkata…
Allah tahu apa yg terbaik untuk kita dan Allah x pernah zalim dengan hambaNya..
Tetamu Istimewa berkata…
Sudah pasti aturan-Nya lebih baik. Kadang kita berasa sangat keam. Namun jika kita terima hanya kerana Allah SWT pasti kita redha.
Tanpa Nama berkata…
Selepas saya buka jer acc fb , ex school mate ramai yg propose nak jadikan no.2 . bkn setakat kat m'sia , yg dok luar negara pun usha sama .

ada yg sanggup hantar selori bunga ros . ada gak yg sanggup tutup lappy dgn selimut takut wife kat sebelah terjaga !

sampai satu tahap tu , saya terpaksa off chat box saya . lbh aman rasa bila kita on fb x de org kacau ...

farahiyah berkata…
sedihnya...tp sy pun pernah merasa keadaan yang same. dia kena kahwin dgn pilihan mak dia :(
Fais-SKA berkata…
smoga tenang hati tu, inshaa'Allah ada yg lebih baik lepas ni, jgn cpat ptus asa dan sntiasa berdoa..kawan2 pasti mnyokong dari belakang =) kena igt..jodoh tu rahsia Allah dan doa tu senjata bg kita..
Kamsiah yusoff berkata…
boleh dijadikan novel...sangat menyentuh perasaan...
Cik Itah berkata…
sedihnya :( sabar ye acik..semoga semuanya dipermudahkan bagi acik..
Unknown berkata…
Sedih Acikk..sebak akak baca..kuatkan hati Acikk..jangan bersedih lagi ye..sibukkan diri dengan pelbagai kerja..mudah-mudahan Acikk dpt melupakan dia..
Unknown berkata…
Sedih Acikk..sebak akak baca..kuatkan hati Acikk..jangan bersedih lagi ye..sibukkan diri dengan pelbagai kerja..mudah-mudahan Acikk dpt melupakan dia..
miss m berkata…
sabar yer... berdoa dan berdoa

saya ade petua untuk perempuan jer..lelaki xde ]

http://sengetbersamakamu.blogspot.com/2014/06/petua-pengikat-kasih-sayang.html