perempuan kecewa, termenung

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat kita bersama di muka bumi Allah yang di pinjamkan sementara dengan kita. Ucapkan syukur alhamdulilah kerana kita masih lagi menikmati anugerah Allah yang terindah ini. Pagi tadi lepas subuh acik terbaca sebuah luahan seorang ibu yang di muat naik di facebook. Tak perlulah rasanya acik kongsikan statusnya tetapi ia adalah kekecewaan kepada anaknya yang lebih memilih mengikut kata isterinya dari kata ibunya sendiri dan telah 5 tahun anaknya tidak menjenguknya.

 Duhai anak janganlah sehingga kau buat ibumu menangis hanya kerana perbuatan mampu buat hatinya terluka.  Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik dalam hidup anak-anaknya. Mungkin sebelum ini ibu kita adalah segalanya dalam hidup kita, dialah yang memberikan kasih sayang, dialah yang menjaga kita, memenuhi keperluan kita dan kelengkapan kita. 

Di saat kita mula berganjak ke usia dewasa , kita rasa kesunyian dan kekosongan hidup, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati kamu. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di saat itu mungkin kamu ada 2 pilihan : 

Pertama kamu meneruskan perkahwinan dan megenepikan ibu bapa kamu dan menetap jauh-jauh. 
Kedua tinggalkan dia, ikut kata ibu bapa kamu  dan meratapi pemergiaan dia, gundah gelana membawa hati yang lara.

Ingat satu pekara, redha ibu bapa adalah redha Allah untuk kita. Kalau ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan kita mungkin ada sebab. Lainlah kalau ibu bapa kita tolak si dia kerana bukan sekufu ataupun kerana dia kerja biasa (itu boleh di perbincangkan lagi).


Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Ada itu setelah berkahwin terus tinggalkan keluarga, pergi dari rumah tanpa jenguk ibu bapanya.Paling teruk apabila seorang lelaki lebih mengikut kata isteri yang ke arah memustuskan silaturahim : 

"Ala abang tak payah tengok mak awak tu, dia boleh jaga dirinya sendiri" 
Ishh asyik-asyik balik rumah mak, mak bukan suka sangat saya, nanti saya juga asyik kena perli"
La kan bulan lepas dah balik , buat apa nak balik lagi ? kita kena saving bang "

Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Sebagai anak lelaki ibu bapa adalah tanggungjawab kita, perempuan begitu juga tetapi perempuan sudah di beri keutamaan kepada keluarganya tersendiri dahulu.

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Ye setiap orang ada masalah yang tersendiri yang kita tak ketahui , misalnya masalah dari pihak ibu bapa, dari diri kita sendiri dan mahupun pasangan kita. Maka pilihlah pasangan kita itu mengikut ciri-ciri idaman ibu bapa kita. Jadilah bijak, untuk menyelesaikan masalah. Kalau kawin lari, tak balik bertahun-tahun tengok mak dan ayah ibu bukan jalan yang terbaik.