Ticker

6/recent/ticker-posts

Alamak Apabila Lelaki Mengalirkan Air Mata



Assalamualaikum 

Alhamdulilah semua dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini dan ucapkan syukur terhadapNya.Terkejut juga ramai yang mencari di blog acik hari ini tentang lelaki mengalirkan air mata.  Bila lelaki Mengalirkan Air Mata .. Dulu acik pernah buat entri tersebut dan ini adalah lanjutannya.

Orang kata, lelaki ni susah sangat nak menangis. Lelaki ni sifatnya keras, tough, kuat, tabah, dan seumpamanya. Jadinya, lelaki dan air mata ibarat susu dan nila. Tak boleh bercampur. Kalau tidak pasti rosaklah salah satu darinya. Lelaki yang menangis dipandang tak macho, manja/anak emak (memang anak emak pun, takkan anak jiran sebelah), lembik dan seangkatannya.Tapi realitinya, tipulah kalau kata lelaki tak pernah menangis.



Semalam acik buat survey di facebook dan hasilnya hampir 95% pengundi yang bersetuju bahawa sebab utama kebanyakkan lelaki menagis adalah di sebabkan Putus Cinta.

Betul ke ? Dan ada juga mengatakan bahawa : 

~Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


Ini mungkin sebahgian darinya tetapi ada sesuatu hal nie di akui oleh kawan acik dan adik acik sendiri ...masa pertama kali mereka bercinta mereka katakan :

" Aku tak akan menangis semata-mata putus cinta dan tak payah nak jiwang sangat la menagis sebab putus cinta "

Dan akhirnya terbukti hal itu berlaku sebaliknya dan fitrah seorang lelaki memiliki ego. Pada acik tak salah jika lelaki menagis kerana putus cinta kerana bahawa dia benar-benar mencintai perempuan itu dengan setulus hati kerana ALLAH taala.

Punca utama lelaki tak mahu tunjukkan mereka menagis adalah kerana lelaki adalah sebagai pemimpin tapi jika seorang pemimpin tak dapat melawan perasaan itu maka lemahlah dia sedangkan banyak hal yang lebih besar akan berlaku ...itu sebabnya ada lelaki bila putus cinta buat selamba jer tapi bila tak ada orang wahhhhh menjurai-jurai air mata.

Sebenarnya kepada lelaki di luar sana sepatutnya kamu berterima kasih kepada ALLAH kerana beri peluang dapat mengalirkan air mata yang amat berharga kerana air mata itu boleh menjadi penawar di dalam kehidupan .Tapi kepada lelaki yang gembeng atau kuat menangis tu jangan nak mengada-ngada sangat ,meh sini acik lempang ,lelaki kena kuat .
ok lah sampai di sini dulu acik menaip ..badan penat yang teramat nak berehat dulu nanti kalau ada isu menarik akan kongsikan bersama kamu semua yer.

Catat Ulasan

27 Ulasan

Unknown berkata…
tak nangis ye..hihi....
Memang pun...paling yang terkesan dihati mereka...bila ibu mengalirkan air mata..tengok lah...seego mana air mata lelaki...pasti menangis kerana insan yang bergelar ibu.....:)
Azlan Strider berkata…
lelaki juga punyai perasaan..its normal jika lelaki menangis atas beberapa alasan..

Regards,
-Strider-
Adam Faiz berkata…
lelaki pun manusia normal,ada perasaan kan?haha x)
New Entri : Blogger Yang Tak Berfikir Sebelum Bertindak
sizziey darliana berkata…
saya terharu tengok lelaki yang mengeluarkan air mata .. hehehe
Tanpa Nama berkata…
Rasanyer sekali je kot pernah nampak en Hubby mengalirkan airmata hehehe
Tanpa Nama berkata…
lelaki dikeliling saya selamba jer bila putus cinta juga ibu bapa meninggal . mungkin mereka ' redha ' ...
Unknown berkata…
hehe, kadang2 kesedihan tu menunjukkan yang lelaki pun punyai perasaan :)
Unknown berkata…
ooo...jarang dapat tgk lelaki nangis ni..
Atien berkata…
Suami saya pernah mengalirkan air mata tetkala mak dy jatuh sakit..;(
MalizaMah berkata…
"dia" pernah mengalir air mata berkali-kali tatkala gaduh dengan teman istimewanya.
Cikrosecute berkata…
perkara normal lelaki mengalir airmata...Itu menandakan seseorang lelaki tue menpunyai hati yg lembut...
Fatin Wawa berkata…
memang tak pernah tgk ayah dan adik lelaki menangis... v.v
Mizz Aiza berkata…
kalau menangis kerana takut kepada Allah atau kasihkan ibu bapa tu tak salah.. menangis kerana ditinggalkan kekasih tu normal, tapi berpada-padalah..
Adilah Asari berkata…
huhu..bg Yaya lelaki yang menangis pasal wanita or putus cinta, mereka sangatlah menghargai wanita itu kerana sukar lelaki mahu mengalirkan air mata kan acik.. ^_^
Shahrul Yusof berkata…
Pasal perempuan, aku tak pernah menangis. Tapi kalau pasal ibu dan juga anak-anak aku, aku cepat terasa nak menangis.
Unknown berkata…
jarang nampak lelaki menangis, :)
Unknown berkata…
heee....terharu sangat kalau ada lelaki yang sanggup mngeluarkan air mata demi permpuan tuh..tak salah pun lelaki nak menangis..sebab memang lumrah lelaki tu payah bebenor nak keluarkan air mata..xox0
Khir Khalid berkata…
Tak salah lelaki menangis, asalkan bersesuaian dgn apa yg ditangiskan itu.. biasanya lelaki klu menangis bermaksud sesuatu itu sungguh bernilai dlm hidupnya.. thanks sharing Acik.. :)
Tanpa Nama berkata…
Tak mengapa lelaki menangis....
Yaya Mohd berkata…
owh...begitu cerita nye ye..huu
lagi sadis plak..sedeyh sowng2..ciann..
tp prmpuan pun ad jgk yg mcm tu kan.. =)
lelaki menangis itu lelaki sebenar...
Tanpa Nama berkata…
tidak salah seorang lelaki menangis..mereka pun manusia yg berperasaan..
Affy Afiqah berkata…
manusia, lelaki ke perempuan dua2 ada perasaan. Lelaki pun boleh juga menangis atas beberapa perkara, tak timbul isu tak nak menangis sebab ego tinggi ke apa :)
Maria Firdz berkata…
hehe,,, suami suami mudh menangis.. tgk drama dia yg nangis dulu.. hehe... ok la tu kan... lelaki pun de perasaan gak kn.. apa nk heran,,
Tetamu Istimewa berkata…
Tidak salah kalau lelaki menitiskan air mata kerana sesuatu yang membanggakannya dan meruntun perasaannya.
biasanya kalau lelaki menangis
tu tandanya dia seorg yg jujur...