Pengikut

Isnin, 23 Disember 2013

Kenapa Dia Bukan Jodoh Untukku ?


jodoh dari Allah

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi pinjaman Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Ramai yang bertanya dengan acik, adakah perlu jika kita tidak dalam kemampuan tapi mahu berkahwin dengan orang yang kita sayang ? 

Hari ini acik nak buka sedikit rahsia yang tersimpan rapi di hati ini, biarlah ia menjadi pengajaran dalam hidup dan menjadi sebuah kenangan yang tidak akan di lupakan. Siang bertemankan malam, sang mentari bertemankan sang bulan, itulah ragam realiti kehidupan bahawa hidup kita ini berpasang-pasangan. Dalam dunia ini siapa pun pasti mahu bersama dengan orang yang pernah bertahta di hatinya. Tapi langit itu tak selalu cerah , hati itu tak selalu mampu bahagia. 

Ketika seseorang itu jatuh cinta, ia sanggup buat apa sahaja yang mampu membahagiakan walaupun merampas kebahagian orang lain. Itulah manusia yang sering kala memikirkan hak mutlak dirinya sahaja. Tipulah jika hati ini tidak pernah terpaut pada seseorang wanita yang di idamkan menjadi mahkota hati yang halal. Begitu juga diriku, mencari peneman yang halal hingga ke hujung nyawa. 

Sewaktu itu umurku baru 21 tahun, aku telah jatuh cinta pada seseorang yang selalu memberi harapan kepadaku. Aku letakkan dia sebagai bakal teman hidupku kelak. Aku sedang berusaha untuk menjadi lelaki yang baik untuk persiapanku nanti. Tapi ketika itu aku masih lagi belajar tak mampu menampung jika aku mahu berkahwin. Hatiku selalu berdoa bahawa temukanlah jodoh yang tepat untukku bersama dengan waktu yang sesuai.

Ketika itu, hati ini mula yakin bahawa dialah jodohku, dalam doaku tidak pernah lekang untuk mendoa kesejahteraannya. Aku bahagia kerana dapat kenal dengannya, tapi aku di kejutkan dengan berita bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan keluarganya. Lelaki tersebut adalah seorang ustaz, anak kenalan teman ayahnya.

Dia telah mengatakan kepada ayahnya bahawa dia sudah ada calon untuknya tetapi ayahnya tegas untuk menikahi mereka berdua.

Dengan hampa dia datang kepadaku, dia bertanya : Bagaimana hati kita ? tak pernah orang ambil kisah dan tak pernah orang peduli. Awak ada masa 2 bulan lagi untuk awak ambil keputusan. Kalau awak nak saya lari ikut awak pun saya sanggup sebab saya sayang awak. 

Aku pernah di bawa berjumpa dengan bapanya :  Bapanya bertanya denganku : adakah kau seorang ustaz yang mampu menjaga anakku di dunia dan akhirat 

Acik : saya mencuba ke arah itu , saya sedang berusaha

Bapa :  Kau dah ada pekerjaan dan duit untuk sara anak aku ? 

Acik : saya masih kuliah pakcik.

Bapa : Hantaran anak pakcik yang di beri oleh Ustaz Itu RM 10000, adakah kau mampu beri sebanyak itu ? 

Tapi aku hanya mampu berdiam seribu bahasa, hati ini sangat terluka dengan pekara tersebut. 

Aku banyak memikir hal-hal di masa hadapan. Adakah aku sanggup untuk hadapi semua ini ? adakah aku mampu jaga anak orang ? bagaimana jika keluargaku tidak restu ? adakah aku sanggup kecewakan ibuku ? 

Banyak soalan yang bermain di otak, sanggupku bawa anak orang lari dan biarkan dia mendapatkan cinta sejati dan buat hati ibu ayahnya sakit demi cinta yang tak pasti ini ? 

Apa yang mampu aku pertuturkan adalah " kita percaya pada ketentuan Allah ,jika kita memang di takdirkan bersama pasti akan bersatu.

Seriously sedih sangat ketika itu, sebab dia seorang gadis yang baik. Dan akhirnya waktu yang di tunggu telah tiba dia menjadi milik orang lain.

Jika aku ikutkan hati dan nafsuku pasti aku bawa sahaja lari dia, tapi hidupku juga ada matlamat dan ada tujuannya. Tanggungjawabku kepada ibu bapa yang telah membesarkanku.

Dia dapatkan seorang lelaki yang lebih baik dariku, seorang ustaz yang dapat membimbing dia di dunia dan di akhirat. Soal perasaan itu mampu di pupuk dan di jaga. Aku percaya pada ketentuannya, pada takdir Allah. Bukan aku tak yakin pada diriku, tapi hantaran RM 10 Ribu adakah mampu aku sediakan sedangkan kuliah pun masih pakai duit PTPTN.

Kenapa dia bukan jodoh untukku ? 

Kerana bukan dia yang telah tetapkan Allah untukku, walaupun hati ini sakit untuk menerima segalanya tetapi aku ikhlaskannya kerana janji Allah untuk setiap manusia yang hidup di dunia ini telah di tetapkan tentang hidupnya, matinya, jodohnya dan rezeki.

Acik kongsi ini bukanlah untuk meraih simpati tetapi pengajaran untuk semua, bukan semua cinta itu harus termiliki. Jangan terlalu ikut nafsu kamu, untuk bawa lari anak orang lepas tu ? Dia terabai ? 

Allah pasti akan temukan dengan orang yang selayaknya bertepatan dengan keadaan dan masa. Allah itu tidak pernah mensia-sia hambanya. Hanya kita yang terlalu mengikut hati dan nafsu .

Share This!


39 ulasan:

Lieya Von Jay berkata...

hakikat hidup.. mencintai bukan seharus nya memiliki.. semoga Allah mempertemukan dengan seorang insan yang baik .. InsyaAllah :)

Haslinda Hassan Ali berkata...

ajal jodoh pertemuan urusan allah
walaupun sejauh mana kita bercinta
kalau bukan jodoh kita nak buat mcm manakan,
akak dulu pun ada juga kenangan mcm tu...!
sedih dulu gembira kemudian...

memmetlenggeng berkata...

AP, saya selalu fikir, kalau kita anggap yang Tuhan tarik dari kita itu bukan musibah, tapi hikmah, Tuhan akan ganti dengan yang lebih baik. Percayalah

Bin Muhammad berkata...

Alhamdulillah kerana Acik berjaya mengawal perasaan. Itulah bezanya antara orang yg ada pegangan dan berilmu berbanding dgn mereka yg hanya mengikut kehendak naluri dan fikiran.
Kisah lama buat pedoman dan terus melangkah kehadapan...

Cik Itah@RRP berkata...

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..percaya dan yakinlah

Mohd Selim Zainal berkata...

Assalammualaikum... achik.

Memang percaturan dan ketentuanNya adalah yang terbaik buat hamba-hambaNya. Sabar,tawakal dan redha pada ketentuanNya adalah kunci ketenangan hati..siapalah kita kan achik .. hanyalah hambaNya yang kerdil kan..

mselim3

ain diyana berkata...

geram la plak.. kalau ayahnya baik sgt np nk letak hantaran tinggi menggunung? apa2 pun itu hak dia untk dpt yg tbaik untuk anak dara nya.. Acik sabar je lah ye.

zaza zehra berkata...

sebak pula baca... ketentuan ALLAH. Hanya dia tahu apa yg terbaik.

TelingaBulat berkata...

org kata jodoh tuh adalah rezeki,perkahwinan jugak adalah rezeki.TB pernah rasai jugak benda macam ni.walaupon seorang perempuan tp seorang pmpuan jugak memerlukan duit utk apa shj.kalau cinta shj tp duit xda memang xkn bawak kemane.dari situ jugak la kne beruseha utk mendapatkan apa yg dihajati.kalau benar dia jodoh kita,dia xkn lari kemane n jauh kemane2.xpe tb doakan acik jmpe jodoh yg baik ;)

Norhasniza Khalid berkata...

sabarlah, Allah tahu apa yang baik untuk hambaNya, yang penting jangan putus asa, pautkan doa dan sentiasa fikirkan yang baik-baik saja...

Acik, ada lagi ke Template error tu?.. mama puas cek, tak nampak pun.....

MyCherita berkata...

ini sudah ketentuan dari ilahi..bersabarlah.. insyallah, tuhan akan menemukan jodoh yang baik untuk dirimu..

paridah berkata...

pengalaman hidup yang sangat mahal tu...xsemua yg mampu merasainya...indahnya dilamun cinta n derita cinta yg xkesampaian...tentu ada hikmah besar disebaliknya...in sya Allah.

cinta03 berkata...

jalan cerita yang disusun oleh Nya sangat cantik... :)
insya Allah kamu akan mendapat jodoh lebih baik dari yang kamu sangkakan. :)

Sylarius Yusof berkata...

Ada hikmahnya tu Acik. Kalau go on jugak, belum tentu dapat memberikan kesudahan yang gembira. Silap-silap lagi miserable kot jadinya. Mana tau, nak dapatkan RM10,000 nak kahwin punya pasal sampai sanggup pinjam Along, last-last tak tenteram hidup dikejar Ah Long.

Maria Firdz berkata...

Allah tahu yang terbaik utk kita... :)

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

moga kita ikut ketentuan illahi..reda je.

Sobri Yaacob berkata...

entah la cik mcm mana nak komen..situasi yg sama..masa blajar..redha saja..allah tahu yg lbih baik utk kita :)

PeRdU cINta berkata...

InsyaAllah suatu saat kelak dia pasti hadir..lebih dari apa yg kita jangkakan..nikmat Allah itu terlalu luas..bila kita redha dengan ujiannya..Allah pasti hadiahkan suatu yang terindah..ameenn..

Cik Tieka berkata...

wah, tragis jgk cinta kisah cinta Acik dulu2 yer..hmmm,begitula cinta remaja. nasib baik Acik masih mampu bezakan mana baik..mana yg buruk time tu..kalau tak, tak tau apa yg bakal jadi :).. yakinlah jodoh tu sudah ditentukan di Luh Mahfuz..Acik akn jumpa jgk jodoh tu suatu hari nnti..

Fizi Zaidi berkata...

bila difikirkan balik, jodoh itu hak Allah..mgkn dia ada yang lebih baik untuk bro..

Raudzah Z berkata...

Jodoh itu rahsia Allah acik..pasti ada hikamha yang tersembunyikan!!! Moga acik bertemu yang lebih baik k!!!

Hafiza AizZawa berkata...

sedih nye cerita acik.. mmg tiada jodoh acik dengan dia.. mcm cerita drama tv jer.. tp acik alaminya sendri.. jgn sedey2 yer..

aisya berkata...

Terima kasih Acik, perkongsian yg sangat menarik..

Percaya bahawa perancangan Allah itulah yg terbaik.. :)

veesandy berkata...

setiap org ada sejarah cintanya . pengalaman itu akan lebih mematangkan kamu untuk melihat realiti itu melebihi impian !

Kucing Hitam berkata...

biasa la tu klo syg xmesti bersatu org ckp ramai lg tp klo hati dh sayang susah gak nak lupa

Tetamu Istimewa berkata...

Sebagai orang Islam, kita haruslah bersandarkan pada iman. Ya, perancangan Allah SWT itu lebih baik daripada perancangan kita.

Pinkbubblegumprincess berkata...

jodoh itu rahsia Allah S.W.T inshaAllah ada yang terbaik menantikmu bro..

Khir Khalid berkata...

Sedih sy Acik bila baca entri ini.. alhamdulillah kerana Acik ttp waras dlm mengawal perasaan. In shaa Allah, akan ada yg lebih baik kurniaan Allah nnti.. aamiin.

izan mama mia berkata...

belom jodoh namanya...

Aniq Bukhary berkata...

Alahai! Sedihnya plak layan cte Acik nie... Perancangan Allah adalah yg terbaik untuk kita.. Yakinlah! :)

Kucing Hitam berkata...

nak masuk bloglist acik leh x

fatin wawa berkata...

saya pun percaya restu keluarga terutama ibu bapa itu sangat penting.:)

atien zuraidah berkata...

Mencintai tidak semestinya memilik..percaya pada allah.
Acik tahu ke bagaimana kehidupan ex acik skrg?

Kathy R'bain berkata...

ada yang lebih baik di aturkan buat acik..inshaAllah..

Affy Afiqah berkata...

Allah, semoga tabah ya acik, hmmmm
Mungkin jodoh untuk acik ada di luar sana, yang lebih baik, yang keluarganya juga menerima kekurangan dan kelebihan acik seadanya...ika sedih bila cerita pasal hal2 macam ni, pasal jodoh, pasal keluarga, pasal restu, i just cant take it, for some personal reason, apa yang ika harapkan, semoga acik tabah...percaya laa, ramai lagi yang senasib dengan acik, even yang dah bertunang pun amsih ada masalah2 lain untuk bernikah ni....

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

semoga perkongsian pengalaman acik ini menjadi ikhtibar kepada semua.. betul tu acik, cinta tak semestinya memiliki.. kerana kita hanya merancang dan hanya Allah sahaja yang menentukan segalanya.. hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa akan datang..

ika zulkefli berkata...

setuju dgn mizz aiza, spaya prkongsian ini mnjadi buat semua..

Wirda Amir berkata...

Sebak akak...sabarlah acik....ada yg terbaik utk acik tu.....

Mieza Jhaa K berkata...

Ye, pasti ada yg terbaik utk Acikk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails