Ticker

6/recent/ticker-posts

Lebih Baik Ada Musuh Yang Mengaku Dia Benci Kita Daripada Ada Kawan Yang Mengaku Sayang Kita Tapi Belakang Kita, Kutuk-Kutuk Kita.



Assalamualaikum

Entahlah hari ini rasa kecewa sangat, sepatutnya mulakan hari dengan senyuman tetapi bertukar trajedi. Hati ini terasa kesal sangat, orang yang kita percaya, di depan kita sangat baik tapi di belakang kita ? bagaikan harimau tidak mendapatkan makanannya. 

Depan kita kemain lagi tekun mendengar cerita, menasihati kita dengan kata-kata semangat. Di belakang ? apa yang di dengar itu di sampaikan benda yang lain, apa yang di pertuturkan itu dengan ayat yang lain, intonasi yang lain dan maksud yang lain. Jadi seolah-olah kita yang salah dan anggap kita yang melakukan keburukan ? 

ini pengajaran untuk diri ini, jangan sewenang-wenangnya bercerita dengan orang walaupun dia kawan kita, jangan dengan mudah mempercayai orang lain belum tentu apa yang kita cuba sampaikan itu di fahami dan di terjemahkan dalam bentuk ayat yang berbeza dan untuk memecahbelah perhubungan yang sedia ada. 

Wajah yang baik tidak semestinya mampu membuktikan perwatakan yang baik juga, di depan mampu tersenyum dengan mesra dengan kita tetapi di belakang ? kutukan dan hinaan di berikan , janganlah menjadi langgau yang membusukkan daging andai tidak mampu mampu membuat daging bertahan. 

Lebih baik ada musuh yang mengaku dia benci kita daripada ada kawan baik yang mengaku sayang kita tapi belakang kita, kutuk-kutuk kita.

Teruskankan bermuka-muka dan teruskan menyampaikan untuk niat memecahbelahkan perhubungan yang sedia ada . Semoga Allah merahmatimu dan semoga Allah berikan petunjuk kepada kamu. 

Nabi SAW  bersabda maksudnya : ” Sesungguhnya seorang hamba bila melaknat seseorang nescaya laknat itu akan naik ke langit kemudian menutup pintu pintu langit di bawahnya, lalu turun ke bumi menutup pintu pintu yang lain, kemudian mengambil tangan kanan di tangan kirinya, apabila tidak memenuhi sasarannya, ia kembali kepada orang yang dilaknat dan jika tidak boleh ia akan kembali kepada orang yang melaknatnya.” (Hadis Riwayat  Abu Daud)

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya  ” Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)



Catat Ulasan

37 Ulasan

Unknown berkata…
isk memang ada manusia cm niedik..satu fakta yang kukuh..cemburu tengok orang lain senang..tu yang dok mengata-gata tu..hihi..:)
Unknown berkata…
Betul3! Setuju dengan tajuk tu :)
mmg pun ada org cam gitu...
yg penting bila berkwn kenal dulu,hati budi masing2
kadang2 org tak senang tgk kita bahagia...
jadi kan tauladan
Tanpa Nama berkata…
Kadang2 kita tersalah duga dgn seseorg sehingga kita begitu percaya...tp tak mengapa acik,biar org buat jahat pd kita asalkan kita sentiasa bersangka baik wpun dikhianati...biarlah Allah yg membalasnya.....
Fiza Aizzawa berkata…
Fiza lebih suka meluahkan apa yang fiza tak puas hati kat kertas.. kalau cerita kat orang mmg tak boleh percaya.. tambah pulak jenis bermuka-muka dan menyampai...
Kena berhati-hatilah lps ni. Mcm2 ragam manusia ni
Blog Santai berkata…
Hmmm..sabar acik..dugaan tu..just be careful next time..
Tetamu Istimewa berkata…
Jadi, pengajarannya jangan kita beri sepenuh kepercayaan kita kepada orang lain dan jangan kita terlalu membenci kepada orang yang dibenci. Pasti ada hikmahnya nanti.
Adam Faiz berkata…
Adam pun pernah lalui semua ni.Sabar ya..
New Entri : 2000 Followers !
Unknown berkata…
Been there. Huhu. Mmg down jugak lah.
Cik Itah berkata…
setuju kata acik tu..sabar ya cik..
Tanpa Nama berkata…
betul tu abang, kita terlalu percayai dia. sebab dia satu-satunya kawan yang kita ada. sheila pernah hadapi situasi macam ni. bila berlaku perselisihan faham, baru terbongkar yang selama ni kita percayakan dia, segala masalah dikongsi, diceritakan pada orang lain. hanya Allah je yang tau. betapa sakitnya hati ni bila dikhianati sahabat sendiri...
Montana berkata…
setuju sama ini tajuk
licha berkata…
setuju sgt tu acik. been in that situation before.
and lepas tu licha dah xcakap pasal orang lain lagi depan sesiapa pon..
susah.. lagi baik menjauhkan diri je.
Mizz Aiza berkata…
sabarlah acik.. akak pernah jumpa kawan yang sebegini masa belajar dulu.. ada seorang kawan akak (A) cantik orangnya.. seorang kawan lain (B) rapat dengan kawan akak ni dan selalu la memuji kawan akak (A).. yang mengejutkan apabila si B sanggup membuka rahsia dan memburukkan si A apabila berjumpa kawan-kawannya yang lain.. sedih betul dapat kawan yang macam ni..
Asha Lya berkata…
mcm tu la lumrah dunia..sabar ya acik.kita tak boleh nak percaya sgt dgn org biarpun nampak baik.tpi hatinya kita tak taw kan.jadi harusla sentiasa berwaspada
Atien berkata…
memang betul tu..nak cakap depan2 takut kecik hati ,tapi bile dgr dari mulut org lain..aduhaii..sakitnya hati:(
Khir Khalid berkata…
Musuh dalam selimut.. gunting dalam lipatan.. mmg amat berbahaya..
Unknown berkata…
memang mcm tulah lumrah..be patient je...bersangka baik terus..dan doakn dia yang baik2 je
Unknown berkata…
betul tu abg acik . syuk bnyk kali terkena . semata2 nak naik pangkat je dia sanggup buat camni kat syuk . :(
MalizaMah berkata…
sangat setuju.... tajuk pun dh terbaik.
Unknown berkata…
sabaq nah bro ,ada hikmah nya nih huhu.
BinMuhammad berkata…
Sabar... Tiada kata nasihat terbaik selain dari sabar. Allah maha mengetahui...
lynmunir berkata…
Lebih baik kita mengenal musuh dengan pasti dari dituba oleh orang yang kita percayai.
sobri yaacob berkata…
setuju acik..lebih baikkenal musuh darpda org yg kita ingat baik tapi berpura2..
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..sukar kita nak dapat kawan yang boleh menjadi sahabat..kerana sahabat boleh bertukar menjadi sengketa..
Unknown berkata…
eerghhh.. x ske org mcm ni.. mintak2 dijauhkan
Affy Afiqah berkata…
ramai sebenarnya, sangat ramai jenis bermuka-muka macam ni, so hati2 laa dalam memilih sahabat...
Tanpa Nama berkata…
itu lagi bahaya...harap2 kita tiada kawan sebegitu..
Vee berkata…
Sabarlah ye. Jadikan pengajaran :) It's okay, God's always with us :)
Vee berkata…
Btw, jom ubatkan hati dengan durian.. ;)
Tanpa Nama berkata…
setuju. tapi tak ramai kawan yang macam tu
Nina Mads berkata…
nina pernah juga terkena dgn kawan mcm ni.. sekarang bkn senang nk dpt kawan yg betol2 kawan dan menjaga rahsia kita dgn baik
Fatin Liyana berkata…
Ni namanya musuh dalam selimut. kita senasib. baru-baru Fatin jugak alami perkara yg sama. sudah terkena ! depan nampak baik, jadi pendengar setia la konon. sekali duk canang-canang keburukan kita kt org lain, the worst thing is, siap update status kt Facebook tu :'D nampak sgt betapa tak matangnya diorang tu.

sabar ye awak. biar org buat jahat kt kita, jgn kita balas jahat. biar Allah je yg balas perbuatan diorang tu. kita layan diorang dgn baik, tapi mcm ni pulak balasan diorang kt kita. biar hilang kawan, jgn hilang Allah. Allah kan ada :)