Pengikut

Isnin, 8 Februari 2016

Pekara-Pekara Yang Allah Sembunyikan Dari Kita



Assalamualaikum 

Selamat bercuti kepada semua, bagaimana hari ini ? harapkan dalam kedaaan baik-baik sahaja. Ketika keseorang buatkan acik banyak berfikir dan melihat sekian alam. Terfikir kalaulah kita hanyut dan hampir lemas di bawa arus air sungai . Tetapi kita tak buat apa-apa untuk selamatkan diri dan biarkan kita lemas dan tengelam. Hanya redha dan berkata " alah inilah takdir aku " itulah yang sering terjadi kepada kita yang berserah dan menunggu penhujung hidup.

Sebab itu banyak pekara yang Allah sembunyikan kepada kita, untuk kita lebih berusaha dan sentiasa mahu berubah. Pernah ada yang tanya pada Acik kenapa Allah tak tunjukkan masa depan kita ? 

Cuba fikir betul-betul, jika Allah tunjukkan masa depan , bagaimana kehidupan kita, kematian dan sebagainya. Bukankah kita akan jadi manusia yang semakin malas dan terus akan berserah kerana itulah masa depan kita. Sedangkan Allah selalu beri peluang kedua, ketiga mahupun keratus kali. Takdir hidup kita memang telah Allah tetapkan tetapi kita mampu mengubahkan jika kita berusaha. 

Si miskin tidak akan selamanya jadi miskin , mesti akan ada "turning point" untuk dia melakukan perubahan. Si kaya jika dia terus leka dan selalu dalam keadaan selesa ,kebarangkalian untuk miskin itu tidak mustahil. Itulah hidup kita yang bagaikan roda ,kadang kala di atas dan kadang kala di bawah. 

Dalam hidup ini kita banyak salahkan takdir dan seolah-olah salah Allah atas apa yang berlaku. Sedangkan kita tak pernah mahu muhasabah dan lihat apa yang kita lakukan. Kita mudah untuk tuding jari kepada orang lain, tetapi kita begitu payah untuk mengakui kesalahan kita.Adilkah kita ? 

Dalam satu hadis ada menyebut 6 pekara yang Allah sembunyikan daripada kita : 

Umar R.A. berkata :

Allah SWT menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara iaitu :
1- Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya  pada mereka yang taat kepada Nya.
2- Allah SWT menyembunyikan murka Nya  pada mereka yang melakukan kemaksiatan kepada Nya.
3- Allah SWT menyembunyikan malam Lailatul Qadar  pada bulan Ramadhan.
4- Allah SWT menyembunyikan Para Wali yang diutuskan dikalangan manusia.
5- Allah SWT menyembunyikan masa dan tarikh  tibanya kematian  dalam umur manusia.
6- Allah SWT menyembunyikan amalan sunat yang diterimaNya dalam amalan sunat lima waktu.

Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 183.

Sebenar banyak lagi yang Allah sembunyikan dari kita, untuk kita jalani hidup ini dengan baik seperti soal jodoh dan pertemuan, soal hari kiamat dan sebagainya.Begitu sayangnya Allah dengan kita ? sedangkan kita ? nak solat pun payah. Nikmat yang Allah beri kadang kala kita sia-siakan. Fikir-fikirlah, hari ini mungkin kita mampu ketawa, riang ria dan bahagia, hari esok siapa yang tahu ? 

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

Yang pasti Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik, merancang dengan baik, berusaha yang terbaik serta bersyukur dan bersabar dengan ketentuannya. 

Akhir kata dari acik , renungi diri kita , peluang sudah tersedia hanya kita yang mahu atau tidak sahaja, Mungkinkah ada hari esok untuk kita ?


Share This!


25 ulasan:

  1. Entry ni buat niesa befikir sejenak... Allah sebaik2 perancang..sama2 kita muhasabah diri.. Semoga entry ni memberi manfaat kpd kita semua..thanks acik... :')

    BalasPadam
  2. assalam...yg tersembunyi itu buatkan teruja utk diketahui...kan itu sifat semulajadi kita..tp walau kebenaran terbentang di depan mata tidak pula diambil hirau...itulah manusia

    BalasPadam
  3. Rahsia Allah, hanya Allah jua yg mengetahui. Segala yg dikurniakan buat kita adalah perkara yg sebaik2nya dengan pengetahuanNya. Semoga kita semua sentiasa mengambil peringatan diatas pesanan ini. T kasih Acik..

    BalasPadam
  4. Salam acik...

    Bagus entri ni....sedang merenung ke dalam diri....ada juga hal2 yg akak pasrah@redho tanpa usaha....

    BalasPadam
  5. Baru tadi terfikikan tentang "turning point". Sememangnya perancanganNya lebih sempurna. Ajar hati utk husnuzon.. :)

    BalasPadam
  6. betul tu acik
    mesti ada sebab dan munasababnya
    jangan salahkan takdir tapi kita kena usaha ubah takdir

    BalasPadam
  7. Betul acik..setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmahkan..doakan yang terbaik aje...

    BalasPadam
  8. ade hikmah kenapa Allah sembunyikan semua tu :) syukran share ye acik

    BalasPadam
  9. betul tu acik. ada disebalik kenapa Allah sebunyikan sesuatu prkara itu..:) thanks sharing

    BalasPadam
  10. good entry...buat sy terfikir & menilai kembali diri sendiri...tq for sharing...

    BalasPadam
  11. bagi akak , yg dinamakan takdir itu adalah perkara yg dah jadi . yg kita mmg x blh ubah aka dah penamat . wallahu'alam .

    BalasPadam
  12. akak suka entri ini.. bagus buat akak bermuhasabah diri..

    BalasPadam
  13. thanks acik..entry ini memang dpt motivate diri aku..sometimes memang sebagai manusia aku wonder how is my future..i wish someone could tell me..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  14. best entri acik..sangat berguna kpd semua orang :)

    BalasPadam
  15. Ada dalam sesetengah hal, Allah tidak berahsia ngan kita. contohnya soalan2 yg bakal ditanya didalam kubur kelak.. betapa syg dan cintanya Allah pada kita.. tp kita yg slalu leka dan alpa pd kasih syg-NYA

    BalasPadam
  16. Nampaknya, dah lama saya tak ke sini. Blog pun dah berwajah baharu. Tahniah Acik. Selangkah maju ke hadapan.

    BalasPadam
  17. Allah sudah menutup aib setiap manusia, tetapi manusia itu sendiri yang membuka aibnya sendiri dengan Facebook dan media massa.

    (Rujuk perkembangan terkini kes Adiputra dan isteri seorang ahli perniagaan. Hahaha)

    BalasPadam
  18. Tertinggal pulak nak komen tentang page baru Achik ni. Hehe.

    Cantik la page baru Achik ni. Kemas dan ringkas. Load time pun lebih pantas berbanding design page yang lama.

    BalasPadam
  19. mmg ada sebab Allah smbunyikan... Allah Maha Mengetahui.. dan Allah Maha Bijaksana...

    BalasPadam
  20. acdik tb baru tau..thanks for sharing ;)

    BalasPadam
  21. Kadang-kadang diri sendiri tertanya-tanya apa perkara yang tersembunyi itu. Tapi, bila difikir balik, kita siapa nak melawan takdir yang ditetapkan Allah swt. Jalan terbaik, berdiam, berdoa dan bertawakal saja. Semoga dgn cara ini dapat menguatkan hati utk terus menjalani kehidupan mendatang...

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails