Pengikut

Sabtu, 25 Januari 2014

Jangan Sangka Kawan Yang Rapat Tak Ada Muslihat

tikam belakang

Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah dan ucapkan syukur ke hadrat ilahi. Sebelum itu nak dapat handphone percuma ? click di sini.Hari ini acik menaip atas permintaan pembaca-pembaca berkali-kali ,jadi acik tunaikan. Hidup ini selalu terjadi pekara yang tak di jangka dan sering berlaku pekara-pekara yang mengejutkan. Di saat kita mula mempercayai seseorang itu dengan sepenuh hati, di saat itu ianya menghancurkan kepercayaan. 

Rasullulah seorang yang sangat menyayangi sabahatnya dan sahabatnya begitu memuliakan baginda. Persahabatan mereka begitu agung dan saling bantu membantu. Tetapi apa yang sering terjadi dalam masyarakat kita bahawa persahabatan itu hanya mampu di zahirkan melalui perkataan dan pertuturan tetapi tidak seiring dengan apa yang di perkatakan.

Tikam belakang atau dalam bahasa English (backstabber) ,kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan khianat seorang kawan terhadap kawan lain terutamanya kawan rapat yang boleh dikatakan tidur sebantal, makan bersama, "hang out" bersama dan sebagaianya. Kenapa berlaku khianat terhadap kawan sendiri ?

Kerana harta, pangkat, kedudukan , wanita , lelaki mahupun cinta ,sahabat yang baik mampu bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Sehinggakan sanggup tikam kawan baiknya dari belakang. Tidak di nafikan ianya pernah berlaku dalam hidup acik .

Kerana merebutkan seorang kekasih (perempuan) sahabat sanggup bergaduh dan saling memburukkan sesama mereka untuk mendapatkan pujaan hatinya.Kerana harta sahabat sanggup menipu sahabat baiknya asalkan dia dapat keuntungan tersebut.Andainya berkaitan dengan kerja seorang kawan rapat boleh khianat kawan sendiri kerana berebut jawatan yang lebih baik sanggup sebar fitnah agar kawan tidak mendapat jawatan yang lebih baik atau burukkan nama kawan dihadapan pihak pengurusan tertinggi. Kebiasannya kerana takut kawan dinaikkan pangkat atau diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan disebabkan ketekunan, kepandaian melaksanakan kerja bak kata orang takut pekungnya terdedah maka lebih baik dia buka aib orang sebelum kelemahan sendiri terdedah takut dengan bayangan sendiri. Bahaya orang seperti ini jika ada dalam kehidupan kita.

Sering yang terjadi pada zaman sekarang ini pantang melihat kawannya lebih darinya. Maka sifat iri hati dan tak puas hati menguasai diri. Memburukkan sahabat baiknya, memecahkan rahsia yang telah di ceritakan. Di belakang sahabat memburukkannya,bila di depan macam pijak semut pun tak mati. Paling menyedihkan apabila sahabat yang paling kita percaya dan tiada keraguan terhadapnya tetapi dialah yang menghancurkan  persahabatan itu. Kawan yang kita percayai membocorkan rahsia kawannya sendiri. Dan dia menggunakan kita untuk kebaikan dan kepentingan dia sendiri. Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya, jangan sangka kawan yang rapat tak ada muslihat.

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebenarnya banyak hadis yang berkaitan dengan sabahat mahupun kawan baik, jadi acik sertakan sedikit untuk kamu.

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”(Surah at-Taubah, ayat 119)

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya  ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim)

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Akhir kata dari acik, berhati-hati memilih kawan, jangan terlalu mudah mempercayai orang lagi-lagi baru kenal. Jangan beritahu rahsia kamu sepenuhnya dan sentiasa ada sedikit keraguan dalam persahabatan. 

Share This!


33 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum acik.. nice entri. terima kasih berkongsi.. in shaa Allah, sahabat yang baik mencerminkan diri kita. semoga kita berbaik dengan semua sahabat (",)

AyueJean AJ berkata...

So true ACik....
Kandang yang baik ni lagi banyak muslihat..
Nak pulak bile dia lagi banyak tau pasal kita kan....
SO biarlah berpada-pada dalam dalam bersahabat.... =D

huny madu berkata...

Betul sesangat tu acik, kita xtau sama ada kawan kita tu ikhlas atau sebaliknya. Bukan bersangka buruk cuma kena berhati hati kan :)

boni kacak berkata...

jadi... kita kena betul2 cari seseorang yang boleh dijadikan sahabat.. aku pun sekarang cukup takut nak brkawan sebenarnya..

Muhammad Taufiq berkata...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Nadia Farhana Ismail berkata...

suka baca, nak cari kawan mudah tapi nak percaya kena fikir dulu :)

Puteri Kasih berkata...

menarik perkongsiaan ni acik..memang kena bijak memilih sahabat dan juga kena berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik :)

Sobri Yaacob berkata...

setuju acik..nak cari kwan yg btul2 bleh pcaya memng payah jumpa..kalau dah jumpa..alhamdulilah :)

ika zulkefli berkata...

bukan senang nak cari kawan yg jujur dan ikhlas kan..emm bila dah ada kawan yg baik tu, hargailah sbaik mngkin.:) nice sharing acik

paridah berkata...

sahabat yg baik adalah rezeki drpd Allah juga sbb tu sukar memperolehinya...

Tetamu Istimewa berkata...

Ada perbezaan antara kawan dan sahabat. Semuanya bergantung kepada keikhlasan dalam kita menjalin perhubungan dan menjagainya.

Yumida Huda berkata...

betul tu acik..kita kena pandai memilih sahabat
takut kang klo pilih yg x baik, kita turut sm terjerumus sama
sentiasalah kita beringat dan berpada-pada
Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

Mia Liana berkata...

adui.... kak mia selalu terkena juga ni.... payah nak percaya sangat.. tu yang ada seorang je sahabat rapat... huhuhu yang lain semua kawan..

PeRdU cINta berkata...

Assalammualaikum acik..entry yang dekat dengan akak..perkongsian yang baik..untuk peringatan kita semua..pedihnya Allah yang tahu..pilunya hati bila dikhianati..sekali cukup buat akak lebih berhati hati..moga Allah sentiasa lindungi kita semua..

yana yani berkata...

betul tu, kadang tak sangka sebab dan tujuan perlakuan mereka
yang penting kita kena bijak menanganinya =)

Khir Khalid berkata...

Assalam Acik... subhanallah.. perkongsian yg sgt baik berserta peringatan yg amat mendalam.. semoga dpt dijadikan panduan utk kehidupan kita semua... t kasih..

Kathy R'bain berkata...

apapun yg di lakukan,biar berpada..begitu juga dalam persahabatan..

Azwar Syuhada berkata...

Thanks for sharing Acik. Walau macam mana baik pun kawan kita tu, kena juga hati-hati dan jangan terlalu percaya.. :)

Bahrain Ramlan berkata...

banyak faktor yang menyebabkan tikam belakang ni. Apa pun minta dijauhkan dari perkara ini.

Abak Lorong Cinta berkata...

Nauzubillahi min zalik... moga2 kita sntiasa ikhlas dalam berukhuwah kerana Allah..

Budu Bilis berkata...

saya tak ada kawan yg ramai, masih fobia dengan sikap kawan2 dari sekolah sampai dh kerja. Selalu dibuli dan difitnah. Sy rasa lbh baik saya buat hal saya... Apa pun kesalahan mereka sudah sy maafkan :D

Invisible Me berkata...

Buka senang nak cari sahabat yg betul-betul sahabat. Sahabat hingga ke syurga. Membawa ke arah kebaikan.

unsecretostory berkata...

Haii, saya sdiri pernah alami kawan macamni.Sebab nak terlalu rapat, last2 kita jugak mangsa dia. Hmm. Best baca entry nie. Thanks :)

Normi Nieza berkata...

good entry..:)

Ainim Suju berkata...

Acik, betul sangat apa yang acik katakan. Saya pun lihat juga perkara ni depan mata sedangkan kami berkawan. Disebabkan itulah saya lebih ambil sikap2 berhati2 bila berkawan

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

berhati2 dalam berkawan...

Maria Firdz berkata...

Kawan mmg boleh jadi.lawan.. Mmg kna hati-hati..

Azlan Strider berkata...

peringatan yang bagus..alhamdulillah setakat ini kalau kawan rapat saya masih belum ada yang berperangai macam tu..hopefully mereka stay that way..tapi dikalangan rakan biasa saya tak nafikan yang benda2 macam ni berlaku...

Regards,
-Strider-

Norhasniza Khalid berkata...

takut mama dengan sahabat begini, sebelum itu, kita juga harus elak diri dari bersikap begitu pada sahabat kita..

Liniey Nor berkata...

kawan memang ramai..tapi sahabat?? 1 dalam sejuta :)

sherry barakhbah berkata...

Kisah ini pernah terjadi Dlm hidup saya.. Bila kwn rapat yg sayay pcaya,saya anggap mcm adik bradik...tikam saya Dr blakang....so...berhati2 bila kita berkawan... Saya sedih bila dikhianati kwn sendiri

sherry barakhbah berkata...

Ya.... Betul

sherry barakhbah berkata...

Kita kna berhati2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails