Assalamualaikum
Hai
semua, dalam beberapa hari nie acik cuba menulis entri walaupon badan
penat dengan event, tapi itu bukan alasan kerana acik rasa bahagia bila
ada orang baca apa yang kita tulis dan berkongsi pandangan. Sebab itulah
tujuan utama acik, walaupon blog acik nie bukanlah sepopular yang lain
,acik tak kisah janji ada yang sudi berkunjung di sini.Setelah bermacam
hal di facebook dan jadi isu sikit pasal apa yang acik post tapi malas
nak cerita pasal remeh temeh tu. Dan hari nie acik cuba selami apa yang
ibu bapa kita rasa.
Kalau
kita tengok ramai sangat orang sekarang cepat sangat nak bertunang dan
kawin. Pada acik memang tak salah pun sebab itu tuntutan bagi mereka
yang berkemampuan dan mengelakkan dari melakukan maksiat. Acik sangat
sokong kepada mereka semua yang inginkan mendirikan rumah tangga nie
tapi kena fikir dari pelbagai aspek rohani dan jasmani. Benarkah kamu
sudah sedia ??? dari sudut kewangan dan juga kepuasan hidup remaja ??
Acik
nie bukan seorang yang pakar dalam kehidupan tapi melalui tinjaun acik,
acik rasa bagaikan tidak seimbang dalam kehidupan ini. Kita sibuk
mengejar untuk mendirikan rumah tangga tapi kita terleka dengan
tanggungjawab kita terhadap ibu bapa. Yelah setelah kita habis belajar
kita baru nak kerja dah fikir nak kawin tapi bagaimana kita dengan
bahagian untuk mengembirakan mereka ??
Hal
yang paling menyedihkan kita dapat lihat,pelajar di universiti
menghabiskan wang mereka untuk pasangan yang belum tentu menjadi
bahagian halalnya untuknya sedangkan wang yang diminta datangnya dari
ibu bapa. Untuk kekasih hati sanggup belikan apa sahaja ,tapi untuk ibu
dan ayah tak pernah pula belikan hadiah masa hari lahir mereka.
Masih ramai anak-anak yang tak menghargai
pengorbanan ibu bapa.ada yang hanya memerlukan bapa ketika mereka
kesuntukan wang,ada anak yang buat ibu seperti orang gaji,dipaksa bangun
pagi-pagi masak dan buat kerja mcm orang gaji.Sedangkan anak bangun lewat dan buat selamba jer bangun terus makan.
Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk
kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan
ke atas mereka.
Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.
Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidak mampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah. Akhirnya, barulah al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.
Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita
Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)
Maksudnya :
"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".
Disamping itu, kita hendaklah sentiasa mengunjungi dan menziarahi mereka serta menghulurkanlah bantuan dan kewangan. Sentiasalah kita bertanya khabar dan prihatin tentang kesihatan mereka. Sebagai anak maka kita hendaklah sentiasa mendahulukan keutamaan ibu dari orang lain.
Marilah kita mengambil iktibar peristiwa yang pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w. iaitu kisah seorang pemuda bernama Al-Qamah yang lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akibatnya, ketika saat kematiannya al-Qamah tidak mampu untuk mengucap kalimah syahadah sehinggalah ibunya memaafkan kesalahan al-Qamah. Akhirnya, barulah al-Qamah dapat menghembuskan nafasnya dengan penuh tenteram.
Mahukah peristiwa tersebut terjadi kepada diri kita?. Semoga kita tidak termasuk dari golongan yang menderhakai kedua ibu bapa kita
Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 24)
Maksudnya :
"Dan Hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya kerana kasihan belas dan kasih sayang Mu dan Doakanlah untuk mereka dengan berkata : Wahai tuhan kami cucurilah rahmat kepada kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".
Pada
acik bila habis belajar bagi ruang umur kita untuk membahagiakan ibu
bapa seperti bantu apa yang mereka perlukan dan selebihnya barulah kita
fikirkan tentang perkahwinan. Sebab ibu bapa memang tak akan pernah
cakap dengan anak tentang apa yang mereka rasa. Tapi sebagai anak kita
kena faham mereka . Sampai disini dulu acik menaip , kalau ada yang
terasa acik minta maaf ,wasalam
38 ulasan:
saya belum puas menggembirakan hati ibu bapa... memikirkan pengorbanan mereka tak terbalas rasanya.... semoga kita semua jadi anak soleh dan sentiasa menghargai jasa mereka.... :)
wajib menggembirakan mereka dahulu... terutamanya anak lelaki ... ;)
Anak lelaki wajib.....ibu bapa kita kan.
Benar. Bukan semua orang memiliki ibu bapa yang baik. Atau masih mempunyai ibu bapa.
dalam usaha mengembirakan hati mak ayah mun :)
In Shaa Allah..betul tu Acik!! Syurga dibawah tapak kaki Ibu..
sbb itu Allah beri lelaki 9 akal . kerana tanggungjwb lelaki yg byk dan besar . sedih bila lihat lelaki yg utamakan keperluannya melebihi keperluan ibu bapanya ...
ya...tanggungjawab anak2 menjaga kebajikan ibubapa mrk selagi kedua-duanya masih bernafas...gembirakanlah mrk...jadilah anak yg tau mengenang jasa.
ibu bapa tu tanggungjawab anak2 kelak. sayangi mereka :)
setuju, anak lelaki tak payah la nak kahwin cepat sgt, at least do something for your parents, takut dh kahwin nanti, tak mampu, sbb tgjwb dh bertambah...
ibu bapa dan keluarga lah yang akan snetiasa bersama2 kita.. kekasih boleh tinggalkan kita, tapi mereka akan sentiasa bersama kita.
1. restu kedua ibu bapa itu penting utk kebahagian duani dan akhirat..
2. bila dh mendirikan rumah tangga, jgn diabaikan tanggujawab kita sebagai anak..
3. kawin lah bila berkemampuan, cukup syarat..
Parents first, baru benda lain. Psl kahwin2 ni, memang Vee tolak tepi at the moment. Nak berpacaran pun malas rasanya. Tanggungjawab lain masih byk belum terlaksana.. Lps tonton Arianna Rose pulak, tetiba rasa tak nak ada bf, nak kahwin terus.. Pastu berpacaran. Best lagi mcm tu kot. Hehehe..
betul tu acik kita pun setuju..kita pernah jumpa sorang ummi ni yang sedih sangat sangat coz anak dia baru habis belajar dah nak kahwin..dia orang bukan orang senang. masa belajar pun ummi dia yang bersusah payah bekerja untuk biaya study dia.macam-macam kerja. Dia orang bukan orang senang...kesian jugaklah..kadang-kadang parents kita mesti nak juga merasa duit dari kita semua bila dah bekerjakan...kalau dah married ada tanggungjawab lain..macam tak kesampaian aje hajat tu..
Baguslah jika ada ingatan seperti ini...Acik. Jodoh itu takdir Allah SWT tapi kita perlu bijak mengutamakan yang mana paling penting. Semoga kita dipermudahkan segala urusan....
p/s: singgah dan support saya dalam contest yeos ye :)
tanggungjawab anak tu...
in Shaa Allah...cik pon berusaha untuk mengembirakan ibu bapa cik..
mak ayah adalah segalanya kt dunia ni
cinta pd mak ayah ! :) thanx sharing acik..
ibu bapa yg paling rapat dengan kita. sambut kita masa lahir dan membesarkan kita. jasa mereka tiada tandingannya :)
Betullah Acik..sepatutnya bila dah kahwin, kesedaran tanggungjawab pada parents tu makin tebal tapi rasanya macam sering terabai
Mmg betul tu Acik.. kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa berkat dunia.. in shaa Allah.. t kasih diatas perkongsian.. :)
Jgn sia-siakan lah masa yg ada utk bhgiakan kekasih..xde mkna, xde pahala... Klu suami isteri tu lain lah...
Jgn sia-siakan lah masa yg ada utk bhgiakan kekasih..xde mkna, xde pahala... Klu suami isteri tu lain lah...
Jgn sia-siakan lah masa yg ada utk bhgiakan kekasih..xde mkna, xde pahala... Klu suami isteri tu lain lah...
Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
btl tu acik..bahagiakan dulu org tuamu sblm bahagiakan org lain..tanpa mereka siapala kita
Subhanallah,peringatan yg baik acik.
insyaallah masih berusaha utk membahagiakan ibu&bapa
belum puas membahagiakan mak dan ayah. moga allah memberi kesemptan dan ruang untuk terus berbakti
sangat2 setuju dgn entry ni...
tanpa ibu bapa siapalah kita...kekasih u dtg dan pergi...
gembira mak ayah kita, gembira juga hati kita dan hidup kita akan dirahmati..
betul tu. Membahagiakan ibu bapa jauh lebih penting. Sebab kita takkan mampu nak membalas semua jasa mereka. :D
Kak Alin setuju ngan acik...
W/pun kak alin tak belajar tinggi, alhamdulillah sampai dah anak 2 masih boleh gembirakan mak dan abah. Masih boleh belikan apa yg dorang nak.
Sepatutnya mereka kerjalah dulu...bagi senang mak abah. Bila kita dah kawin ni sangat terikat terutama perempuan. Nanti dah beranak pinak lagi banyak pakai duit.
Kesian mak abah. memang dorang tak meminta2 tapi kita faham2 sendirilah.
salam. in shaa Allah..itu yang cuba sy lakukan acik..:)
masih berusaha mengembirakan hati mak ayah.. Siapalah kita tanpa mereka kan :)
sayangilah ibu bapa selagi mereka masih ada
Setuju 101% dgn pandangan Acik ni!
Ayah dan ibu,ayah dan ibu...itulah permulaan kami,dapat mengenal bulan dan matahari..
Catat Ulasan