Pengikut

Jumaat, 7 Februari 2014

Saat-saat Ketika Seorang Insan Menghadapi Mati


Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bersama di penghulu segala hari, seperti biasa acik hari jumaat acik akan kongsikan tentang kisah tauladan untuk peringatan kita bersama dan baiki diri ini yang banyak kekurangan.Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini. Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya. 

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda: 

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 

Sambung Rasulullah saw lagi: 

"Kalau orang yang bernazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s." 

"Kalau orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya." 

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT." 

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." 

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: 

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." 

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." 

Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." 

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka mata berkata: 

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." 

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

"Wahai malaikat-Ku, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman itu." 

Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang. 

Abu Bakar r.a. telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a: 

"Roh itu menuju ketujuh tempat: 

1. Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara, tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya sehingga sampai hari kiamat." 

Telah bersabda Rasulullah saw:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang yang berpuasa dihari Arafah." 

Semoga kita dapat manfaat bersama untuk entri ini., jadikan tauladan dan peringatan bersama.

Share This!


27 ulasan:

  1. Assalamualaikum acik. Allahuakbar. Subhanallah. terima kasih untuk perkongsian ini. semoga kita diberikan hidayah dan rahmatNya..

    BalasPadam
  2. salam jumaat acik..bila2 masa sja nyawa kita ditatik tak kirala muda atau tua

    BalasPadam
  3. salam jumaat..perkongsian untuk mengingatkan kita sesama islam...thanks..

    BalasPadam
  4. Smoga kita ,ati dlm keadaan mukmin.amin

    BalasPadam
  5. Salam.. Saya dapat 2 manfaat dari entri acik ini:
    1) Peringatan dan maklumat berguna mengenai kematian....dan roh anak saya kini di antara roh anak2 yang berada di gunung dari minyak misik...
    2) Idea untuk mewujudkan slot entri mengikut hari.
    Terima kasih banyak2 acik. Moga diberkati Allah selalu...

    BalasPadam
  6. orang paling bijak... orang yang sentiasa mengingati mati ...

    BalasPadam
  7. Salam Jumaat Achik... alhamdulillah peringatan utk diri sendiri juga..
    terima kasih atas peringatan yg sgt bermakna ni :)

    BalasPadam
  8. salam jumaat acik..mengingati mati itu sunat n mati itu sakit amat....

    BalasPadam
  9. tq share info ni acik..moga sama2 kita manfaatkannya..

    BalasPadam
  10. Perkongsian bermanfaat. Moga pengakhiran hayat kita dalam husnul khotimah :)

    BalasPadam
  11. Semoga kita mati dalam keadaan sempurna dan beriman, jauh dari segala keaiban.
    Terima kasih berkongsi peringatan :)

    BalasPadam
  12. sebak sy baca entry acik nie.. :( trime kasih kongsian nie.. saling ingat mengingati yg kematian semakin hmpir dlm diri kite..wallahualam..

    BalasPadam
  13. salam. sesungguhnya setiap hari sy memikirkan kematian dan setiap kali memikirkannya sy jadi takut..takut tentang bekalan sy untuk menghadapinya..

    BalasPadam
  14. Salam Jumaat..terima kasih atas peringatan ini acik..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  15. ..salam acik ; kehidupan ini adalah kesempatan yg hanya boleh dirasakan setelah kita kehilangan sedangkan kesihatan adalah mahkota yg bersemayam di atas kepala orang yang sihat yg hanya boleh dilihat oleh orang yg sakit/nazak.

    BalasPadam
  16. Salam Jumaat..perkongsian yang baik :)

    BalasPadam
  17. In Shaa Allah...pkongsian jumaat.. Amin ya Rabb

    BalasPadam
  18. semuga ketika nazak, syurgalah yg kita nampak...

    BalasPadam
  19. terima kasih acik.. hindari dosa.. banyakkan amalan.. in syaa Allah...

    BalasPadam
  20. Salam Jumaat Acik..peringatan dan perkongsian yang amat berguna..semoga kita muhasabah dan memperbaiki diri...

    BalasPadam
  21. Astaghfirullahalazim.. cukupkah bekalan kita utk ke sana?

    :"(

    BalasPadam
  22. Peringatan yg sgt baik utk renungan kita semua.. t kasih & salam Jumaat Acik.. :)

    BalasPadam
  23. Semoga kita di matikan bukan dalam keadaan aib..

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails