Assalamualaikum
Alhamdulilah ucapkan syukur ke hardat ilahi kerana hari ini masih lagi bernafas di bumi pinjaman Allah ini. Ucapkan syukur kepadanya, mungkin tidak terlambat lagi untuk acik membuat entri berkaitan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014. Majlis ini akan diadakan pada 8 mac nanti bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang.Istimewanya kali ini penaja rasmi adalah Yeo's dan ramai lagi penaja bersama.Tapi sayangnya pendaftaran sudah ditutup.
Menurut tuan denaihati :
Sangat bersyukur dengan sambutan yg diberi oleh rakan blogger dan penaja untuk #SBB2014 #SBBYEOS2014. Dengan rasa rendah diri diumumkan pendaftaran telah ditutup kerana pendaftar telah melebihi. Doakan semuga persediaan majlis ini berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH. Semuga misi untuk bersama untuk kebaikan industri blog Malaysia tercapai.
Alhamdulilah ini kali pertama acik akan sertai , mudah-mudahan tiada halangan untuk menghadirinya. Nampaknya kena gerak awal pagilah sebab acik menaiki "public transport" dari Shah Alam. Selama hampir 6 tahun acik berblog, acik masih lagi tidak pernah berjumpa dengan blogger-blogger yang acik hormati. Sebagai contoh, denaihati.com,melastikbintang.com dan ramai lagi.
Dan ini juga satu platform untuk saling berkenali terutama kepada rakan blogger yang banyak support blog acik ini. Jika mahu di sebut satu persatu memang jenuh , tetapi memang ramai sekali. Selain itu juga, juga ianya dapat membina "network" dengan blogger yang lain. Mungkin melalui "face to face" mereka lebih mempercayai kamu. Kerana di alam maya pelbagai pekara boleh terjadi.
Selain itu juga kamu boleh dapatkan tips -tips dari blogger popular seperti ben ashaari, red mummy dan ramai lagi. Sebenarnya acik rasa kagum dengan penganjuran seperti ini, kerana ianya bukan mudah dan memerlukan kos yang tinggi. Tabik spring terhadap blogger otai yang memang terbukti mereka memang layak untuk di contohi.
Di samping itu, kita boleh bertukar pendapat dan buah fikiran terutama dalam soal pandangan blogger lain terhadap blog kita. Inilah masa yang sangat sesuai untuk kita mengubah persepsi terhadap blogger-blogger terutama blogger otai.
Alhamdulilah acik sempat mendaftarkan diri, semoga tiada halangan untuk acik sertai majlis terbesar ini,jika dahulu di blogrr acik terlepas kerana ada rakaman di studio . Moga kala ini di izinkan Allah.
Persaudaraan dalam Islam merupakan satu kemesraan, kasih sayang dan saling membantu. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu memutuskan silaturrahim , jangan kamu berpaling memberi belakang, jangan kamu benci-membenci, jangan kamu hasad dengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak harus bagi Muslim meninggalkan tegur sapa dengan saudaranya lebih dari tiga hari.” (Riwayat Malik, Abu Daud, Nasa’i dan Tirmizi, Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis sepertinya)“Jangan kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Darr)
Paling istimewa ialah hadiah yang akan diberikan dalam cabutan bertuah, antaranya
Iphone 5s, GPS, Mini iPAD, dan macam macam lagi. Dan jangan lupa Contest Yeo’s Sempena SBB2014
27 ulasan:
acik kita berjumpa di sana nanti yer... ^_^
Jangan lupa kongsi pengalaman disana nanti. Salam buat semua blogger...
Masih belum bersedia utk menonjolkan diri...terasa kerdil sgt...huhu
p/s: Acik jgn lupa support share G+ entri contest Yeo's : http://relakssminda.blogspot.com/2014/02/pengikat-kasih-sayang-yeos-pilihan-semulajadiku.html
Wah.... terbaik la...
tak sempat nak register... hati mula2 macam 50-50 je nak join.. bila tanya husband, husband kata pergi je lh.. at least boleh meramaikan kawan.. huhu terlambat sudehh =(
yeah .. terbaiklah Acik, salam sy untuk blogger lain.
saya pun pergi juga nanti... segan juga nak jumpa blogger otai.. tapi nak menuntut ilmu beranikan jugak lah.... hehe...
wahhh..untungla kan boleh pg..niesa jauh..hukhuk...
mmg tak dpat nak pergi...share nanti ea..
memang nak pergi,,tapi ada halangan keje pulak...selamat bersosial bersama blogger acik
tahniah acik...seronok lah nanti dapat berkumpul dengan blogers terkenal nanti..
.kita tak sempat nak join..dah tutup awal..nway have fun ya!!!!
salam. sy tak sempat join..huhu kalau sempat pun jauh la hukhuk nanti kongsikan cerita dari sana nanti yer acik :)
p/s isi tabung the school acik..^_^
Nanti boleh la kita sembang and borak-borak yea...
Kita berjumpa di sana ye acik :)
best nye..jangan lupa kongsikan pengalaman di sanan nanti :D
Terlepas nak mendaftar contest Yeo's ni. Busy banget sampai banyak event blogger terlepas. Ingat nak start join tahun ni, tapi dah masuk bulan 2 ni pun still tak join-join lagi. Haha
Sudah daftar..harap takde halangan nanti
Aiyakk..tak sempat nak join walaupun event tu berlangsung dekat dengan rumah...hehehe
Regards,
-Strider-
have fun acik hehehe fae 101% konpom x dapat register coz i am staying in brunei hahaha
selamat berjaya....semoga murah rezeki selalu.
Tak dapat joinlah acikk.. takde rezeki nak jumpa.. :(
Saya join Acik.. in shaa Allah.. bolehlah kita berjumpa merapat ukhwah bersama2 yg lain ye.. :)
ps; maaf lambat terjah bw sbb baru hari ini diizinkan berkesempatan setelah beberapa hari tak berblogging... salam ceria.. :D
saya tak g ..hehehe
Untungnya acik..kirim salam buat semua..cewah..
bestnya .. huhu
kak mia join acik... jumpa di sana ya...
Catat Ulasan