Ticker

6/recent/ticker-posts

Kesan Buruk Penggunaan Gadget Berlebihan Terhadap Kanak-Kanak

kesan gadget

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu, hari sabtu tetapi rasa seperti ahad kerana setelah johor bertukar cuti kepada jumaat dan sabtu. Jadi hari ini banyak kenduri kawin kawan-kawan sebaya yang perlu pergi. Di hujung minggu ini mesti masa berkumpul sesama keluarga. Teringat zaman dulu-dulu apabila waktu cuti ini mesti akan berkumpul bersama rakan-rakan untuk main guli, tembak rusa, baling selipar, kunda kundi dan pelbagai lagi.

Seperti biasaanya acik memang suka pada budak-budak dan banyak pekara yang bertanya pada kanak-kanak dan berbual dengan mereka.

Acik : Hafiz jomlah main baling selipar ,dah lama acik tak main
Hafiz : tak nak bang, panas kat luar dan mama tak bagi nanti hitam katanya, baik main PSP nie
Acik : okey kalau acik ada di sini semua peralatan gadget tak boleh boleh di gunakan, jadi semua berbaris kita main kunda kundi
Haziq : kunda kundi tu apa acik ? kejap aziq nak ambil tab nak google
Acik : ishh kunda kundi pun tak tahu, dah semua pergi laman depan, hari ini acik ajar semua permainan kampung.

Itulah telatah mereka yang mengikuti perkembangan zaman sekarang yang terlalu maju dan moden. Anak-anak di biarkan main dengan gadget, main  "game" di rumah dan makan makanan segera. Badan tak sihat dan tak ada keluar peluh. Bila anak menangis di sogok dengan permainan di telefon bimbit.

Kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan yang tidak mengetahui apa-apa seperti yang selalu disebut-sebut dalam masyarakat “anak ibarat kain putih”. Oleh itu, menjadi tugas ibubapa dalam membentuk dan mencorak anak-anak tersebut sama ada baik atau buruknya budi pekerti mereka.
 
Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Hurairah r.a yang bermaksud:

“Tidak ada seorang bayi melainkan dilahirkan di dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya, memajusikannya atau mengkristiankannya.”

Kanak-kanak juga telah dilahirkan daripada perut seoarang ibu tanpa mengetahui sesuatu pun. Ibu bapalah yang bertanggung jawab memberi didikan kepada anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.

Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud:

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran, supaya kamu bersyukur.”
 
Memang betul ianya memudahkan kita untuk buat kerja, mahupun  ketika kita berbual .Tetapi biarlah pekara yang berilmiah selaras dengan pertumbuhbesaran kanak-kanak. Seperti kak long acik, dia seorang cikgu , Dia pastikan anak-anaknya seimbangkan pembelajaran dan pemainan. Contohnya ketika masa cuti 3 jam untuk belajar dan setengah jam untuk bermain aplikasi permainan.  Memang dari kecil di ajar macam tu dan kadang tengok "game" itu pun ada unsur pembelajaran.

Mengikut laman web pmr.penerangan.gov.my Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

Kanak-kanak
0 - 1.5 Bayi
1.5 - 4 Kanak-kanak bertatih
4 - 11 Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)
  10 - 11 (lebih kurang)   Prapubesens; subset yang atas
11 - 12 Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);
sila perhatikan pertindanan dengan peringkat prapubesens    
13 - 17 Remaja dan baligh

Dari pemerhatian yang acik tengok sebenarnya tak sihat sangat jika kanak-kanak di biarkan sahaja bermain lebih dari 5 jam dan terdapat beberapa masalah terhadap mereka. Antaranya

Cepat rabun

Sekarang ini tak pelik kalau lihat kanak-kanak usia 6 tahun dah pakai cermin mata dan "power" cermin matanya juga tinggi. Kerana mereka di biarkan menggunakan komputer dan gadget dengan kerap. Kanak-kanak ini biasanya menumpukan dengan permainan yang bersungguh-sungguh dan dengan jarak penglihatan yang dekat.

Kurang keyakinan diri

Segelintir kanak-kanak apabila ingin membuat sesuatu meraka akan rasa ragu-ragu. Pertanyaan bila "boleh ke saya buat nie ? " dan ada yang cakap kalau kat "game" bolehlah. Pernah acik menjadi fasilitator untuk pelajar sekolah di kem motivasi. Bila di tanya mereka memang menghabiskan main gadget di rumah lebih dari 5 jam.Mereka tidak mempunyai keyakinan untuk jadi ketua mahupun lakukan aktiviti dengan ragu-ragu. Ini kerana apa ? kerana mereka tiada terbiasa dengan aktiviti luar dan persekitaran luar.

Kelemahan interpersonal komunikasi

Komunikasi yang baik dapat memastikan mesej itu sampai mengikut kefahaman individu. Jika terlalu banyak menghabiskan masa bersama gadget mereka ianya membuat kemahiran itu semakin terhakis. Bila bersama dengan sanak saudara semuanya senyap, tak tahu nak bercakap apa ,masing-masing sibuk dengan gadget. Komunikasi yang terhad dan hanya tertentu sahaja. Dan proses komunikasi 2 hala itu akan terhalang dan di menghadkan mereka membina kemahiran komunikasi sesuai dengan peringat umurnya.

Selain itu perkembangan bahasa mereka lemah dan mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian. 

Sebenarnya banyak lagi yang ingin di kongsikan , sekarang ini dalam kereta,jadi terhad sedikit, nanti acik kongsikan lagi kepada kamu semua di bahagian kedua. Tak salah nak berikan gadget kenapa anak-anak tetapi

Catat Ulasan

35 Ulasan

Atien berkata…
Memang betullah acik.tapi akak rasa permainan dulu2 lagi seronok lah dari dok main game je.
main game kalau tak dikawal.rosak le budak....tak belajar dan asyik leka je.
Vee berkata…
Even Albert Einstein pernah 'warn' dunia.. He said, dunia akan menjadi semakin maju; penuh dengan technology tapi manusia akan menjadi kurang bijak (bahasa sopan sikit hehe). Kita yang belum jadi parents ni, baik fikir2kan. Kita ada waktu utk mengubah semuanya itu..
Bunda_nora berkata…
memang betul...menurut pakar kanak2 yang pernah bunda dengar dan lihat dalam satu program tv juga berpendapat begitu...

so pantau lah dan had kan waktu penggunaan dan permainan gadget2 yang tak memberi faedah kepada anak2 kecil...jangan kita berfikiran dan terlalu bangga sekiranya melihat anak2 kecil kita pandai menggunakan gadget2 ini...sebaliknya kita patut fikir tentang kesan buruk dalam jangka waktu panjangnya...

kebanyakan anak2 kecil zaman sekarang jarang bermain luar rumah(outdoor game)...asek mengadap tv dan gadget saja...dari situ jer nampak dah kurang sihatnya..
Dzureen Darwis berkata…
Memang sangat tak digalakkan :) Oh Acik, jangan risau saya dah lama undi :)
Maria Firdz berkata…
Nak main boleh tpi kna kawal dan kena pntau.. Tapi sy sndiri x galakkan anak main gadjet..
Maria Firdz berkata…
Nak main boleh tpi kna kawal dan kena pntau.. Tapi sy sndiri x galakkan anak main gadjet..
Jejari Menaip berkata…
betul tu acik....ssh nk tgk budak2 skrg main mainan mcm tu skrg...
Tanpa Nama berkata…
Mmg bahaya kalau tak di pantau.sebab kat gajet ni boleh install jg gambar lucah yg ada di playstore.
PeRdU cINta berkata…
Akak setuju dengan entry ni acik..boleh dedahkan dengan gajet..tapi sekadar pengatahuan umum..bukan disogokkan sentiasa..dari kecil la kita kena bina landasan ukhwah,, hidup bermasyarakat..bersuai kenal..tiba masanya biar anak anak terokai sendiri..
Tanpa Nama berkata…
permainan atau gadgets terkini tak salah dimiliki asalkan dibawah pemantauan ibubapa :)
Azwar Syuhada berkata…
Budak2 zaman sekarang lebih cenderung main gadget, sampaikan permainan tradisional pun tak tau.. >_<
BinMuhammad berkata…
Salam acik,
Zaman berubah...permainan kanak2 pun berubah. Tapi pilihlah yg terbaik dan tidak mendatangkan kesan buruk.

p/s: ada masalah nak akses blog acik melaui entri feed..
Azhafizah MN berkata…
budak² sekarang lebih banyak habiskan masa depan gadget..dunia luar jarang di explore disebabkan information semua dii hujung jari..cara tradisional makin pupus..
nOe suhaimi berkata…
bila mereka meningkat dewasa...apa la agaknya cerita2 masa kecil mereka yg akan mereka kenangkan??? mcm zaman2 kita byk la permainan kanak2 yang boleh kita cerita...rugikan kanak2 sekarang....tapi memori itu boleh di create dengan bantuan ibu bapa...ibu bapa kena la had kan gadget ni...jgn all the time mengadap benda tu jer...
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu Acik.. budak2 ni klu asyik dgn gadget, dia hanya hidup dlm dunia imaginasi dia.. susah kita nanti... Thanks sharing Acik.. :)
Yana Yani berkata…
akak pun pernah buat entry pasal hal ni
sebenarnya ada banyak keburukan daripada kebaikan
apabila anak-anak disogok dengan gajet ni

banyak orang kata boleh bagi tapi pantau
pemantauan yang macamana yang mereka maksudkan?
sebenarnya once kita dah bagi, ianya akan addicted
amat sukar nak menjauhkan kemudian hari

akak tak pernah beli tab ke, tablet ke
paling canggih pun laptob ni aje =)

p/s-adalah masalahlah nak masuk blog Acik melalui entry, blog feed kalau tak silap
Mimie berkata…
Memg betul tuh acik...dulu anak anak sy ada jugak tab tp bile tab rosak mls nak repair..sbb bile pikir balik kalo repair asyik nak ngadap bnd tuh aje...memg dlm tab tuh sume game berunsurkan pelajaran tp rsrnye better dedahkan diorang dgn permainan tradisional..sekurg2nya diorg x lupe permainan tradisional tuh kan
Mimie berkata…
Memg betul tuh acik...dulu anak anak sy ada jugak tab tp bile tab rosak mls nak repair..sbb bile pikir balik kalo repair asyik nak ngadap bnd tuh aje...memg dlm tab tuh sume game berunsurkan pelajaran tp rsrnye better dedahkan diorang dgn permainan tradisional..sekurg2nya diorg x lupe permainan tradisional tuh kan
Mimie berkata…
Memg betul tuh acik...dulu anak anak sy ada jugak tab tp bile tab rosak mls nak repair..sbb bile pikir balik kalo repair asyik nak ngadap bnd tuh aje...memg dlm tab tuh sume game berunsurkan pelajaran tp rsrnye better dedahkan diorang dgn permainan tradisional..sekurg2nya diorg x lupe permainan tradisional tuh kan
Mardiah Diana berkata…
Assalamualaikum dan salam berhujung minggu Acik...penggunaan gadget yang berlebihan akan membuatkan kanak malas nak menghadap buku dan kerja sekolah...
Blog Santai berkata…
Sorry acik..kita pun baru first time dengar Kunda kundi dan tembak rusa..main guli dan baling selipar tu pernah mainlah..he..he..Tapi memang betul pun ad risiko sebenarnya bile dah overexposed...semuanya di hujung jari. Jadi malas and kurang komunikasi..nway salam hujung minggu acik..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

penggunaan gadget nie byk memberikan kesan buruk sebenarnyer.. anak2 mselim3 jarang guna gadget nie....kecuali kalau ada benar perlu aje.. kalu tak lebih baik jgn ..

mselim3
Unknown berkata…
betul kan acik..kena ada kawalan n had masa bermain gadget..budak2 mudah terleka
main blh..tp mesti patuhi peratusan masa
Cik Rose berkata…
kemajuan teknologi ni ada baik dan ada buruknya.. kita sendiri yang harus pandai mengawal.. jangan terlalu obses terhadap sesuatu :)
Unknown berkata…
betul...memang ada kesan buruk...asal nages jer kasi gadget , asal biarkan gedget tu letak mana2 jer..mereka mesti nampak, mula lah nak pinjam nak main laa...klu ajak makan sama2 confirm tak nak...alasan makan lah dulu kenyang lagi nie...mcm mana nak kenyang dok mengadap gedget 24h...budak2 zaman skrg memang kene pantau.
Fatin Wawa berkata…
realiti dunia sekarangkan.. zaman dah berubah.. bdk2 skrg mana nak main mcm zaman kita2 dulu..
Unknown berkata…
Adoi...budak zaman sekarang memang nak kan yang hebat2....memang tak dinafikan dik...
anak sedara cik akak tu...lagilah....tahan 24 jam kalau tak di tegur bagai...
makan pon tidak...asyik menatap tablet bagai....games tu yang buat dia cam tu...
Nina Mads berkata…
rindunya nk main permainan dulu2.. terutama zaman 90'an. bdk1 slrg lebih suka main gadget dr benda lain. bahaya kalau ibubapa xpantau
nad berkata…
Anak2 mmg takde tab atau ipad.. Tp kene kurgkan tgk tv la budak2 kt umh ni.. Mmg beza budak dlu ngan skrg kan...
Tanpa Nama berkata…
ya akak setuju acik. alhamdulilah zara tak suka gadget. akak lebih suka guna pendekatan buku bagi hilang resah dan keboringan dia.
mrnoble berkata…
Game pon ada di smartphone. Mmg payah nak stop diorang drp main game tu.
Unknown berkata…
gadjet berlebihan bukan membawa keburukan pd kanak2 sahaja malah setiap lapisan masyarakat.. masyarakat menjadi semakin ramah dan sopan dan beradab di alam maya berbanding di dunia sebenar
Unknown berkata…
Agree, that's why I don't use a tablet at home also.
zaman sekrg tak mcm kita dulu2...dah lain sgt