Pengikut

Jumaat, 14 Mac 2014

Aku Ikhlas Terima Kekurangan Dan Kelebihan Dia Kerana Allah

aku cinta dia kerana ALLAH


Assalamualaikum
 
Alhamdulilah masih bernafas di muka bumi Allah ,ucapkan syukur kepadaNya atas nikmatnya yang tak terhingga. Sang mentari selalu menyinari hidup kita ketika siang hari, begitu juga rembulan yang selalu menemani kita ketika malam hari. Ketika hati gundah Dia selalu ada dengan kita walaupun apa jua yang terjadi.

Beberapa hari yang lepas, acik sempat berjumpa dengan seorang rakan yang dulunya merupakan rakan kerja di pahang dulu. Kami berjumpa setelah hampir 3 tahun tidak bersua kebetulan beliau ada tugasan di Shah Alam. Minta maaf kerana acik terpaksa menukar namanya kerana permintaan rakan acik tersebut.

Faiz ( bukan nama sebenar) :acik alhamdulilah akhirnya dapat juga kita berjumpa dah lama kot kita tak jumpa.
Acik : alhamdulilah sangat dapat jumpa dengan rakan lama, apa khabar ?
Faiz : alhamdulilah khabar baik, acik tahniah atas kemenangan blog tu , aku sebenarnya nak kongsi sedikit cerita dengan ko lah, boleh tak ?
Acik: terima kasih , boleh saje ,lagipun aku tak kelas hari nie. 

Faiz : Aku sebenar sedih acik, aku tak tahu nak cerita pada siapa, mungkin ini takdir Allah agaknya hantarkan kau untuk meringankan beban aku walaupun tiada penyelesainya. Aku dah 8 tahun berkahwin dengan Halimah (bukan nama sebenar). Tapi sampai sekarang kami masih lagi belum di kurniakan zuriat, setelah pelbagai cara kami cuba dari rawatan tradisional dan moden tapi belum lagi ada rezeki. Ubat jangan cakaplah dah pelbagai aku makan, bila orang kata ubat ini bagus pasti akan cuba. Aku paling kesian dekat isteri aku apabila dia asyik menjadi mangsa ejekan dan sindiran orang rakan-rakannya. Kadang balik rumah aku melihat dia menangis dan selalu dalam keadan tertekan lagi-lagi bila orang tanya dah berapa orang anak ?

Paling aku sedih apabila saudara mara mengelar aku lelaki yang tak subur, tapi aku dah check tapi kami tak ada masalah. Sebenarnya isteri aku pernah beberapa kali keguguran katanya rahim tak kuat.isteri aku selalu kesedihan dan rasa dia tak mampu bahagia aku. Sampai satu tahap kerana dek termakan hasutan dari sanak saudara isteri aku paksa aku untuk kawin dengan perempuan lain. Kau tahu acik betapa luluhnya hati aku, aku sayang dia, aku ikhlas terima kekurangan dan kelebihan dia kerana Allah, mungkin lelaki lain suka tetapi tidak aku. Aku berjanji pada diri aku walaupun apa pun jua halangan dan dugaan aku akan tetap dengan dia. Dia isteri yang solehah dan dia isteri yang baik, tak sanggup aku sakiti hatinya hanya untuk kepuasanku mendapatkan zuriat. Mungkin belum ada rezeki kami lagi acik, tapi aku akan akan tetap berusaha, kalau aku kawin lain, bagaimana perasaannya ? dalam doaku tak pernah lekang untuk dia isteriku, aku sayang dia sebagaimana aku sayang diriku. 
  
aku tengok ,orang yang buat kerja yang bukan-bukan itu sanggup buang bayi mereka sendiri , mereka tak tahu kami yang belum dapat anak ini ,macam mana rasanya. Kadang orang yang beradai di sekeliling kita yang lebih-lebih dari kita. Mereka pula yang seolahnya menentukan kebahgiaan kita. Siapa kita untuk melawan takdir Allah ? 

Acik : em yang pasti Allah tak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dapat anak, Allah tak menjanjikan bila kawin sahaja terus dapat anak, tentulah tiba masanya Allah akan berikan, bro kena percaya itu. 

Sebenarnya panjang lebar lagi cerita kami, cuma tak mampu untuk di taip semuanya. Acik tak ada pengalaman soal ini semua kerana acik sendiri belum lagi berkahwin. Kepada yang ada pengalaman bolehlah berikan pendapat dan cadangan akan acik beritahu kepada kawan acik ini. Pertama kali acik melihat kawan yang rapat masa kerja dahulu begitu serious dan lihat kesedihan di wajahnya. Orangnya sangat "good lucky" tetapi itulah setiap kegembiraan terselit seribu masalah yang kita tak ketahui.

Share This!


23 ulasan:

  1. aku terima dia kerana hati bukan paras rupa

    BalasPadam
  2. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum acik.. sedih baca.. semoga pasangan itu terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini.. In shaa Allah, akan sampai masanya untuk mereka menimang cahaya mata. sheila doakan yang terbaik buat mereka.. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    BalasPadam
  4. Betol apa yang adik perkatakan tu.
    Setiap apa yang ALLAH rencanakan itu.
    Akan sentiasa menguji kesabaran hambanya.
    Apa yang penting hati kita.
    Iman kita dimana.
    Berpegang pada janji ALLAH.
    Setiap apa yang berlaku pasti akan dibayar dengan nilai yang tertinggi.
    Bersabar lah itu yang terbaik.

    BalasPadam
  5. terima seseorang dalam hidup kita dengan seadanya andai itu takdir kita dan jodoh kita, jangan kita paksa mereka untuk menjadi orang lain atau cuba mengubah mereka menjadi orang dan menyalahkan mereka atas keadaan yang berlaku... hidup berumahtangga adalah untuk saling lengkap melengkapi...

    BalasPadam
  6. bergenang air mata iman sebab family iman mengalami sendrik. berilah kami sekuat harapan dan ketabahn untuk menjalani hidup ni

    BalasPadam
  7. Entry ni.. zara xtau nak komen cmana.. hnya satu smiley =')

    BalasPadam
  8. salam jumaat acik.. erm.. tsentuh :(

    BalasPadam
  9. terima pasangan seadanya..melengkapi yang kurang,mengisi yang kosong..

    BalasPadam
  10. Sabar dan redha..sandarkan semua pada Pencipta..minta ketenangan daripadaNya..sayu,, pilu,, hampa..menangislah mohon padaNya..Allah sentiasa melihat..melihat hati kita..penawar terbaik pada setiap penantian adalah bila Allah kabul setiap doa..namun jangan kita lupa untuk bersyukur..Allah sebaik pengatur..

    BalasPadam
  11. Sememangnya satu permasalahan yg bukan ringan buat mereka Acik... semangat & sokongan amat perlu kpd pasangan terutama kpd isteri beliau. Apa yg mampu kita lakukan hanyalah berdoa buat mereka, mudah2an Allah membantu dgn beribu kebaikan. Semoga mereka tabah bersama... aamiin..

    BalasPadam
  12. Cahaya mata memang indah.. hanya Allah menentukan. Allah menguji hambanya tanda sayang

    BalasPadam
  13. anak itu anugerah dari Allah.. akak pun tiada pengalaman dalam bab ini acik.. menurut pengalaman kawan sepejabat akak ketika bekerja dahulu, mereka berkahwin hampir 4 tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata.. alhamdulillah selepas kawan akak dan suaminya menunaikan umrah, kawan akak disahkan hamil.. rupa-rupanya kawan akak ada berdoa ketika berada di hadapan kaabah supaya memberikan rezeki anak kepada mereka suami isteri..

    BalasPadam
  14. Usaha, doa dan tawakkal. Kalau tak dapat rezeki anak juga..sabarlah. Bersangka baik pada Allah. Memang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin belum masa yg sesuai untuk kawan acik menerima zuriat. Hanya Allah yg tahu.. cuma harus diingat, Allah tak membebani hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupan dan keupayaannya..

    Ikhtiar lain, buat rawatan kesuburan dengan doktor pakar. Sepupu saya, 8 thn juga tak ada anak. Tp dgn ikhtiar ini, alhamdulillah..dah setahun dah sekarang budak tu.. :)

    BalasPadam
  15. emm xtau nk kata apu semua kuasa Allaha.. truskan berdoa..

    BalasPadam
  16. rezeki dan zuriat di tangan allah. berusaha dan tawakal .:)

    BalasPadam
  17. jodoh, ajal maut semua ditangan Allah.. kita berusaha sahaja dan berserah, tak perlu kot fikirkan apa orang nak kata.. orang cuma boleh bercakap kosong..sabar lah..

    BalasPadam
  18. Do your best. I believe in miracles.

    BalasPadam
  19. Terimalah psgn kita kerana mncari redha Allah.. Insha Allah akan ada rahmatnya..

    BalasPadam
  20. good lucky? ke happy go lucky acik??

    betul apa acik kongsikan, apa pun kita kena terima pasangan kita seadanya, baik dia burk dia, terima seadanya...redha...Allah takkan jodohkan kita dengan dia kalau bukan takdir kita...ada hikmah... :))

    BalasPadam
  21. Nurul pun ada bbrp org kwn menghadapi mslh begini, ada yg lebih rapat dsebbkn ini. Ada jg yg trumbang-ambing, sokongan sesama pasangan jg keluarga amat perlu. Ada jg yg dh 10yrs br dikurniakn anak. Miracles do happen. Jgn berhenti meminta pada Allah. Semua yg trjadi ttu ada hikmahnya. In shaa Allah.

    BalasPadam
  22. Hanya mampu tersenyum dengan artikel ni bro :)

    Ikhlas,
    profhariz.com

    BalasPadam
  23. setiap yang berlaku tu ada sebabnya... dan ada hikmahnya.. pada kawan mike tu sabo le.. mulut oghang ni bukan nye boleh ditutup camtu je....... dan kalo kita asik dengo mulut oghang... bulih jadi gila kita acik....

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails