Pengikut

Ahad, 2 Mac 2014

Bahana Terlalu Taksub Cerita Cinta Yang Di Paparkan Televisyen

bunuh diri


Asssalamualaikum

Alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan, dia berikan ketahabahan hati untuk lalui segalanya dan terima kasih sangat kepada seorang sahabat iaitu Muhammad Nurkuzaini  yang banyak membantu ,dah 3 sem acik duduk di kolej jati kerana menjadi sekretariat di bawahnya. Hari ini acik ingin bincangkan satu pekara yang mungkin akan mengundang perlbagai tanggapan sama ada yang bersetuju dan tidak tentang hal ini.

Dewasa ini , lambakan drama cinta mahupun filem cinta menjadi menghiasi di kaca-kaca televisyen dan di pangung wayang yang menjadi fenomena turun temurun sejak dulu lagi.Begitu juga penulisan novel cinta yang tak pernah surut sama ada melalui buku ataupun melalui secara talian. Ianya memberikan kesan positif dalam produksi mahupun penulisan serta kepada pembaca. 

Tetapi apabila remaja kita terlalu taksud dan teremosi mempengaruhi cerita cinta dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, cerita sebenarnya saya isteri dia, setia hingga hujung nwawa, novel syahadah cinta dan sebagainya. Di dalam drama dan filem mereka melakonkan mengikut skrip dan membawa watak itu sebaik mungkin seperti di arahkan pengarah. Berlatarkan hidup yang mewah , kaya, berkahwin kehendak keluarga dan banyak lagi. Begitu jiga novel yang di olah oleh penulis agar pembaca di bawa masuk ke dalam perceritaan seperti mereka jalani cerita tersebut, jika baik maka baik, jika buruk maka ianya memberi kesan keburukan.

Impaknya pada acik memang positif tetapi ada sesetengah remaja kita tidak dapat membezakan cerita cinta dalam lakonan dengan cerita cinta dunia nyata. Di dalam drama ,filem barat mahupun novel cinta,cinta mereka sangat agung,walaupun terpisah tetap bersama, kawin muda dan lama-lama jatuh cinta sebagainya. Ramai yang ingin mengikuti jejak seperti itu, kawin muda jalani untuk mendapatkan cinta sejati, gaduh-gaduh sayang dan akhirnya jatuh cinta.Balik-balik jalan ceritanya lebih kurang. Bila minda ini sudah dari awal lagi disogokkan dengan perkara yang negatif, remaja mula lupa diri. Seolah-olah bila bercinta mesti bersentuhan bagi menunjukkan nilai cinta kepada pasangan.

Sehinggakan remaja kita mengharapkan dunia nyata itu seindah lakonan yang di paparkan. Segala yang di tayang itu di jadikan sebagai rujukan dalam percintaaan di dunia. Terkejut juga apabila dapat tahu kes bunuh diri sebabkan cinta semakin meningkat, kes perceraian kawin muda, kes rogol dan sebagainya berkaitan remaja semakin meningkat saban tahun.
Di Malaysia pula, dalam tempoh sepuluh tahun, antara 10 hingga 13 orang daripada 100,000 penduduknya dianggarkan membunuh diri.Namun, kadar itu dikatakan kurang tepat dan dianggarkan lebih banyak kerana hasil kajian di beberapa kawasan menunjukkan, ada kes bunuh diri di negara ini yang dikategorikan sebagai kematian yang tidak diketahui puncanya.Satu perkara mengejut dan membimbangkan adalah apabila remaja berusia 16 hingga 19 tahun menjadi golongan paling tinggi dalam masyarakat yang mempunyai idea membunuh diri.

Apabila di soal siasat ada mereka mengakui bahawa mereka selalu mengimpikan seperti cinta yang di paparkan di kaca tv itu menjadi realiti tapi sayangnya apa yang di harapkan tidak menjadi nyata dan mereka sangat kecewa ,tertekan dan sehingga melakukan pekara di luar jangkaan.

Wahai remajaku sekalian, cinta yang di paparkan ataupun yang di lakonkan itu tidak sama seperti dunia nyata. Ianya arahan dan jalan cintanya telah di tetapkan oleh pengarah sama ada pengakhirannya bahagia atau derita. Hidup kita juga telah di tetapkan oleh Alllah dari rezeki, soal jodoh ,ajal dan maut. Jadi jalaninya dengan penuh sabar dan menjalani secara realiti bukan fantasi.

Nak salahkan lambakan cerita cinta ? tentulah tidak boleh sepenuhnya kerana ianya permintaan dari penonton dan pembaca. Seperti di blog acik juga setiap hari akan di tanya tentang cinta dan di minta untuk mengulas soal cinta. Pokok pangkalnya adalah diri kita ., tepuk dada tanya iman. Hidup kita di berikan pilihan dan pilih yang terbaik. Jadikan agama itu teras kehidupan kita. Sellau berdoanya kepadanya agar di pertemukan cinta yang sejati dan mencintai diri kita sebagaimana mencintainya. Bersungguh-sungguh mencari cinta sementara yang penuh risiko dan derita, lupa mencari cinta yang kekal abadi dan hakiki. Menurut cerdik pandai, kalau nak kenal sejauh mana Allah cinta kita, boleh tanya diri kita sendiri, sejauh mana kita dahulu mencintai Allah.

Ketika Allah mencintai seorang, Allah akan memberikan kekuatan kepadanya untuk menjadi hamba yang soleh. Allah mudahkan mereka untuk melakukan kebaikan.

Maka, perjuangan menjadi lebih soleh adalah langkah mendapatkan sepenuh cinta daripada Allah. Dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi



Share This!


41 ulasan:

  1. Sbb tu la akak tk suka bc novel cinta dn tk tgk drama2 tu semua...hehehe...kehidupan mewah yg digmbrkanpun terlalu sempurna pdhal kalau kita berada di dlm golongan tersebut(berdasarkan pengalaman sendiri) kehidupan mcm org lain juga....

    BalasPadam
  2. Tue org skrg terlalu taksud ngn media

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum...achik,

    kekadang kita terlalu taksub sangat kan.. jika kita terlalu taksub dan tidak berfikiran waras dalam mencari cinta Allah.. cinta yang sejati. Macam2 perkara boleh berlaku seperti kes bunuh diri, lari daripada rumah mengikut kekasih, dan lupa pada Allah. Kebenaran nya.. realiti tak selalunyer indah..
    Dunia ini penuh pancaroba , penuh dengan onak dan duri..

    moral of story;

    Sepatutnya cerita yang baik jadi teladan, yg buruk jadikan sempadan..

    mselim3

    BalasPadam
  4. semoga kita dihandarkan dari melakukan perbuatan yang tidak baik :)

    BalasPadam
  5. bahaya sgt klu yg taksub nie...baik jadi hamba Allah...itu lbh baik...

    BalasPadam
  6. That's a good share. Memang ramai yg mudah terpengaruh sebab sweett sangat, lagi2 anak muda yg belum matang. Kita sbg yg dewasa pula harus menasihati mereka. Untuk cerita dan novel, mmg susah nak buat selari dengan kehidupan sebenar cos they have to attract the readers/watchers + kalau buat mcm real life, sampai bila pun takkan habis kan.. Yg penting, iman kena teguh dan terus bersandar pada DIA, bukan pada novel/film..

    BalasPadam
  7. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan daripada benda2 tak baik ni. Jangan bagi mereka dipengaruhi dengan pengaruh yang tidak baik...kena control biar sentiasa berada di jalan yang betul....

    BalasPadam
  8. Remaja sekarang mmg boleh dikatakan berfikiran pendek.
    Sedih tgk.

    BalasPadam
  9. Makin menjadi-jadi bila mana, ramai producer yang mengadaptasi novel ke filem mahupun drama. Sebab tak ramai yang gemar baca novel2 ni..jadi ramai yang tak tahu fantasi cinta novel ini. Novel ini rata-ratanya hanyalah rekaan semata-mata, jadi kita jadilah orang yang bijak, untuk menilai yang baik dan buruk. Waktu drama Setia Nyawa sedang meletup2 tu, siap keluar status remaja-remaja yang singkat akalnya mengatakan bahawa, nak terlanjur juga supaya dapat suami macam Zain, hero drama itu. Alahai..kesiannya lah.

    BalasPadam
  10. budak2 sekolah yang taksub sangat cerita2 cinta kat tv sekarang ni...apa da...

    BalasPadam
  11. blogwalking......suka baca entri anda..

    BalasPadam
  12. Sesungguhnya remaja masih mentah dalam mengenal erti cinta..

    BalasPadam
  13. Jiwa remaja yang kurang iman di hati.

    BalasPadam
  14. setuju dengan acik.. tak dinafikan perkara spt ini. oleh itu mereka haruslah tahu membezakan antara drama dan realiti..

    BalasPadam
  15. Cerita cinta la best layan huhu..

    BalasPadam
  16. drama je lebihh... ini semua poyo

    hehe

    BalasPadam
  17. hehehehe..susah kalau imaginasi terbawa ke dunia realiti...

    BalasPadam
  18. itu cuma CERITA okeh.. CERITA.. awat ada yg tak dapat nak bezakan.. adeh... kesian.. ):

    BalasPadam
  19. Great sharing, acik.. Pernah juga terikut2 "cinta movie" zaman muda2. Hihi..Alhamdulillah, masih dilindungi Allah.. Takde faedahnye ye adik2..jgnlah terhanyut dan terbawa2..

    BalasPadam
  20. Cerita novel dan dlm tv sgt lah meniu. Hero dengan heroin wajib cantik sempurna. Hidup mau tak kalah. Maam anak raja. Hahahha. Zmn belajar dulu, hanyut la waktu baa novel. Nasib dpt suami yg baik walau tak sempurna. :)

    BalasPadam
  21. tak minat sgt drama2 cintan cintun mcm ni. huhu. rasa mengarut je. tp kadang2 tu tengok jugak. tp kita cedok apa yg baik, yg negatif kita jadikan sebagai pengajaran dan peringatan.

    BalasPadam
  22. Media skrng ni pun seolah2 terlalu mengikut trend yg menguntungkan.. untung2 lah juga sbb itu mmg tujuan perniagaan, tetapi sbg media sepatutnya menjadi pencetus yg dpt menarik minda msykt kita ke arah yg lebih baik & lebih maju. Bila terlalu bnyk cerita2 cinta yg menyentuh hati, keadaan minda terutama remaja menjadi tak menentu spt yg Acik katakan tu.. Biarlah cerita spt itu ada ala kadar shj...

    BalasPadam
  23. Assalam,

    terpulang pada pandangan seseorang...guna akal logik...jangan terlalu banyak berimajinasi...

    BalasPadam
  24. Allahu Robbi.. sayangnya akhiri hidup dgn cara camtu..

    BalasPadam
  25. salam acik..
    tahniah sebab menjadi pemenang
    Winner Best Lifestyle Blog..
    anda memang layak >:P
    tahniah..tahniah..
    teruskan berblogging,,dan semoga trus maju jaya :P

    BalasPadam
  26. Sebenarnya pemantauan ibu bapa itu penting. Sepatutnya ibu bapa memberi penjelasan dan bimbingan dengan setiap cerita yang dilihat atau dibaca. Masalahnya, remaja kini tidak rapat dgn ibu bapa dan lebih rapat dengan rakan sebaya serta percaya dengan media sosial.

    BalasPadam
  27. sbb tu ana tak minat nk tgk drama2 melayu tambah2 yg adaptasi novel.
    jln citer kemain la loving bagai. cian anak2 remaja yg baru nak mula naik.

    BalasPadam
  28. cerita cinta di TV ditulis oleh manusia.. yg mendambakan perfection.. manakala kisah cinta kita didunia nyata pula ditulis oleh Allah.. ada ujian dan dugaan yg psti DIA beri untk menguji kita...

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  30. Cinta yang dipaparkan dalam drama dan novel cuma lakonan semata-mata yang dimainkan oleh manusia yang tidak pernah mencintai satu sama lain. Cinta dalam hati saya terhadap seseorang hanya Allah sahaja yang tahu betapa realistik dan benarnya walaupun tak pernah diucapkan atau ditunjukkan di alam realiti ^__^

    BalasPadam
  31. hati kalao dekat dengan Allah , insyaAllah tak buat benda2 yang tak sepatut nya mcm bunuh diri tu

    BalasPadam
  32. mmg bahayalah sakang ni,.. tu yang kena pantau anak2 kita, x kiralah lelaki ke pompuan, byk sgt anasir2 yg x baik ni ! mohon dijauhkanlah !

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum acik. risau gak tengok berita dan newspaper.. banyak sangat kes-kes pelik terjadi kerana taksubnya pada cinta. Semoga kita diberi kewarasan minda untuk mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang syirik ni.. in shaa Allah ~~~

    BalasPadam
  34. kat rumah saya ni memang tak tengok drama melayu..sebab anak saya suka tanya.."mereka ni belakon je kan ibu??mereka belum kawen kan?"

    saya pening nak jawab soalan gitu,jadi tak payah tengok.kalau tengok drama korea,cina tamil,kita boleh je jawab.."depa bukan islam..mati nanti bulat2 jadi kayu api.sebab tu kita tak boleh ikut cara depa ni."

    tapi kalau pelakon melayu islam pulak tu apa la saya nak jawab nanti kat dia..kan??dah terang2 dia tau orang tu melayu,islam pulak tu..

    BalasPadam
  35. mereka ni sebenarnya perlukan bimbingan dan pemantauan
    cerita hanyalah satu cerita menggunakan
    pelbagai rencah untuk menjadikan ianya menarik

    so amat menyedihkan sekiranya ni dianggap sebagai benda yang betul

    BalasPadam
  36. Cahayacinta,Cinta novel jangan percayw kalau terjadi mungkin kebetulan..jsngan jadi hamba cinta hiii

    BalasPadam
  37. Cinta itu amat luas... oleh itu carilah dan berilah cinta pada yang hak...

    BalasPadam
  38. zaza mmg jarang tgk cite cinta...apatah lg novel2... xtahu kenapa kurang minat.. tp tetap la sokong cite mcm tu.. :) bahaya kalau taksub sgt..

    BalasPadam
  39. Ini cinta krna nafsu... Buta kerana cinta...

    BalasPadam
  40. Xmature lagi nak bcintaa ni sb tuu fikiran singkat sgt... kecewa sket nk bunuh dirii..alahaiii. mudah tpgaruh dan obses sgt.

    BalasPadam

Coretkan sedikit pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger · Designed By Seo Blogger Templates
Related Posts with Thumbnails